Friday, March 9, 2012

Kerabu sotong Thai style joayee

MJ buat kerabu ni dah lama dah. Baru sekarang berajat nak postkan. Hehehe..resepi MJ ambik dari gobok MyResepi..by kak joeayee. Tp klu ada anak2 kecil, x yah la buat kerabu2 gini. X diorg makan derr..MJ la dgn family yg dewasa dlm rumah tu yg dok hadap. MJ suka kerabu ni sebab rasa dia lengkap...pedas, masam, masin blend together..walaaa..meh tgk resepinya. Tq Myresepi & kak joe sbb publish resepi ni. MJ mintak izin share di blog MJ ye. Tks again

Bahan-bahan ( 2-4 people )

  • satu mangkok Sotong
  • 2 biji limau nipis
  • Daun ketumbar
  • 1-2 bawang besar
  • 3 sudu besar fish sauce
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 5-10 Cili padi (ikut rasa)
  • NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong.
  2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
  3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
  4. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
  5. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...

Dapur minyak cap kupu-kupu

Nostalgia sungguh bila jumpa gambar ni kat FB. Saje paste kat sini untuk kenangan sendiri. Nanti dah tua2 takut dah susah plak nak cari gambar ni. Bila tgk gambar ni, teringat zaman kecik-kecik dulu. Gigih sungguh arwah mak MJ menyediakan makanan dengan menggunakan dapur ni. Rajin juga la tengok arwah mak 'servis' dapur minyak ni. Tukar sumbu dia la, bersihkan kawasan tabung minyak tu la, mcm2 la. Sgt cermat arwah mak ni menjaga barang2 dia. Part yang paling MJ suka bila arwah mak mintak tolong isikan minyak tanah kat dalam tabung minyak tepi tu. Sbb nak kena pam dari tong minyak tanah n syok je tgk minyak tu masuk penuh. Tp yg x bestnya, tangan melekat bau minyak.

Disebabkan sgt remeh nak menghidupkan apinya (guna mancis je pun), laraskan besar/kecik apinya... cit alasan:p, MJ mmg x teringin langsung nak belajar apa2 tentang ilmu memasak yg MJ rasa sgt bergunung2 dlm 'tangan' mak MJ. Bila dia dah tiada, MJ pulak dah berkeluarga hmmm barulah terasa betapa ruginya x timba byk2 ilmu arwah mak. Nak rasa rugi pun mcm x de apa pun yg dpt sbb pernya x kembalikan. So, kena la usaha sendiri x kira dr sumber mana pun ilmu kulinari ni mesti MJ tuntut...Perghh bersemangat sungguh sy ni:D

Ok tu je karutan waktu ini:D. Nak upload resepi tp tgk la klu rajin hari ni gak..klu x esok lusa tulat ...

Wednesday, March 7, 2012

Frozen Yogurt Fruity

Saat idung soksek soksek ni..eskrim gak yg nak dilayan. Nikmat sungguh sampai x sedar air hidung kuar sama hahahha..cis. Sebenanrnya teringin nak mkn eskrim kat Tutti Frutti..tp entah bila tahun ada kelapangan nak ke outlet mereka. Jadi utk melunaskan kehendak tekak sendiri, dan makan puas2 dgn kos yg rendah hehehe, MJ dpt resepi dr kawan MJ yg share di FB..huhuhu syok layan.. anak-anak, anak sedara sume suka la...

Kenapa gambar dlm bekas eskrim kuning ni je? Alahai xsempat nak buat elok2 dlm bekas sbb semua dah excited nak makan. Nak ambik gambar ni pun terjerit2 suruh tunggu seminit sbb nak snap...ye arr nnt x de bahan bukti 'kemenjadian' plak kan..:D

Ok kawan MJ ni, Suriana ambik resepi dari sini http://sereniety.blogspot.com/2011/11/homemade-frozen-yogurt-ala-tutti-frutti.html.

Mekasih pada empunya blog atas perkongsian dan juga kawan MJ yg uploadkan kat FB..
Ini resepinya:


Tub besar Yogurt Smooth n Fruity (Gambar di atas)
3/4 cwn susu segar
1 cwn susu pekat
2 sudu besar madu

Cara-caranya: (MJ ringkaskan ikut ayat MJ la ye. Malas plak nak taip bebyk)
1. Campurkan ke semua bahan dan blend sebati.
2. Bekukan dalam sejam. Keluarkan semula dan blend lagi. Bekukan semula.
3. Ulangi proses yang sama beberapa kali sehingga mendapat tekstur yg halus (ikut halus mana yg diingini ok)
4. Skopkan dlm dalam mangkuk/cawan. Curahkan apa2 yg diingini - coklat sos ke, caramel ke, badam2 ke, kismis ke..

Thursday, March 1, 2012

Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 3)

Ok masuk hari ke 3, Pak Ugih membawa kami ke Tangkuban Parahu. Kawasan gunung berapi yg katanya sudah tidak aktif. Tapi MJ nampak ada wap panas di kawasan dasar gunung (bhgn paling dlm n tengah). Masa kami di sana ada beberapa org sedang membuat pemeriksaan di bahagian dasar gunung berapi tu. Klu nak tau dalam ke x gunung berapi tu, org2 tu MJ tgk bosar eii sepanjang batang mancis yo dr tebing atas gunung berapi tu. Punyolah jauh ke dalam. Kot jatuh, eiii x tau la nak ckp apa.

Kat atas gunung tu ada kawasan dataran gitu. Ramai org meniaga. Penat nak layan. Harga yg dr IDR 50 000 diorg 'tawarkan sendiri' sampai IDR 10 000:D. Punya la nak kita beli. Kesian pun ada. Tp takut kang beli kat sorg, habis pulak kena hurung. So, kitorg x beli2 pun. Diorg akan offer gak utk ambilkan gambar kita. Blh la sedekah/byr upah kat diorg ni. Mmg manis la mulut diorg melayan kita sebagai tetamu. Tp jgn lupa upahnya buk!. Kawasan situ sejuk gak la. Sib baik anak2 MJ dah siap2 pakai bj sejuk dr hotel. Mmg dingin n nyaman gitu. Org Malaysia? Puuhhh bersepah kat situ. Kang tgh nak ambik gambar, "tumpang lalu jap dik"...eh bhs kita. So tanya, dr mana kak...Perak..Shah Alam...etc.. Memang ramai org kita yg bercuti. Pak Ugih kata mmg bulan Nov n Dec, org Malaysia ramai ke Bandung..Iyaa apa lagi maunya...sopping sampei kering poket tu..

Ok, bg mereka2 yg x tau nak bw brp hengget ke sana kan..x kisah klu bw sikit. Sbb di Bandung ada CIMB Niaga. Blh je withdraw di mesin ATM di sana. Paling hebat pun org CIMB Malaysia akan call untuk confirmkan pengeluaran tu dan tanya brp lama lama kita di sana. Jgn lupa aktifkan roaming dr Malaysia ye. Takut nnt CIMB nak call utk confirmation, xdpt call, diorg suspend plak akaun. Byk lak hal blk KL nnt.:D. So, jgn risau klu agak2 nak shopping mcm gaji riban2 masuk hari2 dlm akaun hehehhe..Ko ckp matlamat gi sana nak shopping kan..aku bg idea je kot2 ko risau cemana klu x cukup duit..Apa2 pun, berpadalah bila berbelanja:D (En. suami, percayalah isteri mu ini sedang berkata2 ayat2 murni itu huhuhu...)

Selepas puas pusing2 n posing2 di situ, kami pergi ke Strawberry Park. Kami tidak singgah ke Kawah Putih kerana keadaan yg sejuk n baby MJ dah start sesema bagai. Di situ aktiviti mcm di strawberry farm kat sini, petik2 buah, beli2 jus n jam dan beli buah soberi la. Harga murah dr tmpt kita la, opkos... Sementara MJ memilih2 buah, hero kami yg 2 org lagi dok layan naik kuda. Setelah hasil petik ditimbang n bayar, kami semua dpt free strawberry blended. Kecik pun
cawannya tp sgt sedap. Manis gitu. Pulang dari situ kami menghala balik ke arah hotel.Otw balik, kami singgah di Rumah Mode. Pada MJ sapa yg nak shopping bj2 branded tp dgn harga yg berbaloi, blh la tgk2 kat sini. MJ x minat n dah penat pun ye gak. So, x berenti lama pun kat situ. Ambik2 gambar je kat kawasan dia sbb dekorasi tempat tu sgt cantik. Nyaman! Selepas selesai di Rumah Mode, kami dah start kebulur. Tp niat di hati nak panjat lg Pasar Baru tu n borong kain ela puas2 lg. Kami meneruskan perjalan ke Pasar Baru. OTw ke Pasar Baru, kami singgal di 1 mall apatah x hengat. Ada outlet Kartika Sari yg glem dgn browniesnya. Sgt ramai org membeli. Berkotak2..Wah mataku pun rambang. Semua nak tunjuk. Semua nampak sedap. Harga pun murah! Gilak gilak...Bila niat berenti tu nak beli tu je, so habis beli brownies mcm2 perisa, cheeasy stick la bagai, kami terus ke Pasar Baru utk memborong kain lagi n lunch di Food Court situ shj.Satu yg MJ x gemar kawasan Pasar Baru ni. Wpun tempatnya berhawa dingin, tp org2 di situ meraokok dlm ekon. Mula la rimas bau tu bercampur dlm ekon. Dan agak menakutkan bila mereka merokok di kawasan yg padat dgn baju2. Sgt mudah terbakar..hayooo knp la begitu. Setelah membeli belah...lagi (tihtihtith)..kami makan menu mcm biasa...seperti yg tertera di gambar. Senang nak tau apa benda akan ada dlm pinggan nnt hehehe. Sgt sedap. Apatah nama mknn dia tp ada ayam kampung bakar la...mmg x tau nak ckp cemana sedap tu. Selesai makan2, kami terus menuju kembali ke hotel. Sgt penat, sakit kaki tp hati manyak senang lo:D:D...Balik hotel, rehat2 jap n packing brg bg muat2 luggage hehehe..mlm gi kuar mkn lg.. Esoknya kami bertolak dr hotel ke lapangan terbang. Brg kami yg berkotak2 di 'offer' pak kastam utk dibalut. Tp byr je brp sen tah. Senang nak loading dlm kargo n x susah masa nak collect klu bersepah2. Pukul 12.30 flight tiba n kami bertolak meninggalkan bumi Bandung.

Overall sgt2 berpuashati dan selesa w/pun berjln n shopping dgn baby yg br berumur 6bln++. Perjalanan yg jauh melihat tempat org buat MJj rasa sgt bersyukur berada di negara sendiri n keluarga yg sederhana. Kepayahan n kesanggupan anak2, ibu2 dan org2 tua di sana menyara hidup mereka sgt menginsafkan. Sedey woo tgk anak2 kecil minta sedekah di tepi2 jalan sambil ketuk2 cermin kereta. Bila lampu merah je, keluar la mereka menghampiri kereta di tgh2 jln. Adus sgt trajis. Apa sahaja kerja yg boleh mendatangkan duit, mereka akan lakukan. Alhamdulillah, bersyukur dgn segala nikmat dan rezeki yg Allah berikan pada kami sehingga hari ini. Hujan emas di negeri org.....

Jangan mudah terpedaya

Pagi ni MJ terima email ni dr email office MJ. Betapa bijaknya org2 ini cuba menipu kita..mari MJ tunjukkan msgnya: Bagi pelanggan CIMB, mesti dah cuak bila terima email mcm ni n mesti nak cepat2 respon. Jangan ok!! Tp MJ saja try click kat perkataan here tu. Dan page yg keluar adalah:

Sebijik sebijon mcm cimbclick nye web page kan..tapi jgn cepat terpedaya dan masukkan segala id n password anda. Perhatikan URL nya..

http://cyclethegardenroute.co.za/libraries/wp-content/wp-content/index/index.html

sgt berbeza dgn yg sepatutnya. Apa yg MJ tahu, untuk webpage yg selamat (secured), URL nya mesti bermula dgn https (ada huruf 's' dihujungnya) dan ada simbol kunci di situ. Jadi ini adalah kerja2 scam yg nak senang cara senang. Hati2 ye kawan. Jgn sampai terpedaya.

Mungkin mereka yg pakar2 berkenaan url2 ni blh cite lbh sikit..MJ hanya tau gitu2 je makna yg ada 's' dgn yg tiada:D