Thursday, October 29, 2009

Daging tempra

Kalau menu daging, yg paling best kami suka daging masak black pepper. Tapi disebabkan DH beli daging yg hamat banyak, makanya terpaksa la dipelbagaikan menu itu. So, ni MJ cikun idea sekali dgn resepi2nya dari blog kak ummi kuantan (mana lagi:D). Resepi asalnya dari Cik Mat yg malatops iteww...huhuhu..mintak izin dikongsi bersama pengunjung blog saya. Menurut kak ummi, CMG kata resepi asal guna ayam tp beliau tukar guna daging. So, MJ pun try gak sbb sibuk mencari resepi daging yg mudah2 nak dimasak lepas balik keje.

Rupanya macam daging masak kicap tp rasanya ada kelainan sikit

Ramuannya:
  • *700 gm daging - dihiris nipis
  • *1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • *2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • *1/2 camca teh garam
  • *1 camca teh gula (Perap semua bahan bertanda * selama 30 minit)
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji cili hijau - hiris serong (x de plak stok dlm fridge)
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • Daun bawang - dihiris untuk tabur (ni pun x de gak)

Bahan A (disatukan dan kacau rata):-

  • 1 camca besar kicap pekat
  • 3 camca besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar jus limau nipis/cuka (yg ni MJ ganti dgn nampla sbb x de gak kat umah)
waaa apa je yg ada dlm fridge ko ni wakakaka......

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7-10 minit hingga dagingnya lembut.
  3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Kecilkan api dan reneh hingga daging benar-benar lembut dan kacau sekali-sekala.
  4. Bila telah pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, kacau rata. Masak sekejap dan seimbangkan rasa. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidang.

No comments: