Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

4 comments:

Ummi Arissariz said...

jenn, aku kat sini mmg pakai basmati pasal boleh tahan la rege dia murah dr kat msia, ikut experience aku, kalau pakai beras basmati mmg kena lebihkan air, beras ni sgt kurang kanji, jadi kalau terlebih air pon dia takkan lembik.aku selalu lebihkan 1 1/2 cawan drpd sukatan beras..

Mamajenn said...

ada yg ckp, kena rendam dulu dlm 20-30 minit sblm kita guna. Entah le, aku jrg pakai hehehehe..Rasanya hrga kat sini mcm mahal sikit la. Aku biasa beli kat kedai2 yg 'loose packing'. Timbang kati punya :D sbb kang beli byk2 x selalu nak masak..membazir je. Tp nx time aku nak try guna beras tu la n ikut tips dr ko ni. Tks norul.

myza said...

puteri saadong tu sape..beras biasa kan qasima gna ni?ok tak?kalau kukus boleh dop?

Mamajenn said...

aah akak guna beras besa je...hehehe..kukusnya blh kot tp letak dlm loyang la kot sbb bahan2 sos tu kena terendam dgn beras tu masa kukus. Rasanya la kuang kuang kuang