
1 tin sederhana besar sardin dlm tin
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - hiris
1 sdk cili giling - saje nak bg pedas2 sikit, x nak bubuh pun x pe
1@2 biji Limau kasturi - ambil jusnya
mayonis
Caranya 'menyadin':
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Kacau agak2 cili dah masak, masukkan sardin dan sos2nya sekali.
- Balik2kan sardin dan kacau hingga mendidih sambil di hancur2kan dengan sudip. Jika anda suka garam lebih, masuk la sikit. Klu x suka, x pe. Masukkan mayonis secukupnya dan gaul.
- Masukkan perahan limau kasturi. Siap dan sejukkan seketika.
Cara 'meroti sardinkan':
- Kerat 2 roti tu. Ambil sebelah dan buatkan lubang pada bhgn tengah roti (diameter roti). Bkn pada bhgn atas roti ye puan2...paham ke instruction ni. X paham, angkat tangan..
- Lubang tersebut jgn sampai tembus ke hujungnya. Ok, sumbatkan sardin yang telah disediakan pada awal tadi.
- Pecahkan telur dan celupkan roti ke dalam telur tersebut.
- Gaul dengan bread crumb dan masak atas non-stick pan atau kuali leper sbb menu ni MJ rasa x sesuai digoreng sbb bun akan meresap minyak yang banyak. So, balik2kan sahaja roti di atas pan sehingga telur yg disalut masak. Buat sehingga semua bun selesai. Selamat mencuba.
2 comments:
sodapnye..xterkeluar ke intinya nnt??
x, sbb kita dah tampal ngan telur..try le myza
Post a Comment