Monday, November 30, 2009

Potato Corquette

Banyak ke dapat daging korban..mesti jenuh nak menghabiskan daging2 yg banyak itu. Kitorg kat Serdang ni ambik guna kupon. Setiap rumah (yg muslim sahaja) dapat 1 kupon. Tp ada makcik kat situ bg kitorg 1 beg daging..Ada la dlm 2 kg.

Ni antara menu yg blh digunakan utk memperabihkan daging. Tp minta maaf la kat tuan punya resepi. Mungkin tidak menepati citarasa kami atau sy yg silap step, maka kurang mendapat sambutan anak2 n hubby. Maybe daging kot..klu ganti ayam, rasanya laju la sikit diperabihkan.

Sumber: Yani MyResipi

Bahan-bahan;
5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung jagung
minyak untuk mengoreng


Cara membuatnya:

- Goreng kentang hingga lembut kemudian lenyek.

- Potong dadu bawang besar.
- Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
- Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
- Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
- Goreng dalam minyak penuh.


No comments: