Baru2 ni kononnya macam tensi kann...hehehhe..So, aktiviti kebanyakkannya yg x dirancang....main belasah je, pastu 'jom'....Hari tu kebetulan En.Asben cuti. Kepala dah memang serabut. Mulanya plan nak survey barang2 utk goodie bag B'day Kimi (esok 28/5). Pastu saje je ayat, jom gi PD. Wah respon baik punya kan...apa lagi mama pack baju2 n susu, terus gerak. Masa tu dah kol 6.30 ptg. Redah je dgn x book hotel...sampai PD dlm kol 8.00++ mula la operasi mencari hotel. Aku rasa masa tu cuti Labour Day. Memang confirm la full house sana sini. Dlm kol 10 still x dapat lagi hotel. Badan dah letih. Mcm dah kecik ati je, n plan nak balik Serdang tido kat umah je. Tetiba ada la mamat (korg biasanya akan jumpa org2 cenggini bila dah lewat mlm x dpt hotel) ni offer apartment kat World Marina PD (betul ke nama ni. x henggat la). Harga RM180. Aku pun ckp, ok je la dah x larat dok dlm keta ni. Budak2 dah meragam lama sgt dlm keta. Terus terima offer tu, beli mknn n naik bilik. Tingkat 13. Perghhh sayup.
Lihatlah kegembiraan anak2 n mak bapaknya dpt berendam dlm kolam. Gambar last tu ambik dari balcony bilik kitorg. Sayuppp...Esok tu kitorg balik Serdang dlm kol 2. Otw balik, kitorg singgah jugak gi Giant Saujana Impian beli beskal Kimi...kecoh satu kampung abg dpt beskal...hishhh:) Ok tu release tension versi outing part1...tunggu part 2 dan seterusnya ye..
No comments:
Post a Comment