Thursday, September 3, 2009

Kentang goreng bersambal + tempe

Menu biasa2 je. Sekadar utk menambah idea menu apa nak dimasak bila puasa dah menjelang belasan hari ni kan..sila la cuba.

Bahan2nya:
3/4 biji kentang (Potong wedges, rebus, goreng hingga kekuningan. Jgn garing sgt ye)
1/2 peket tempe (potong nipis2, kunyit, garam dan goreng)
4 sdb cili boh (Blh je nak tambah lagi)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdb gula pasir
sedikit garam

Cara2nya :
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan gula dan kacau lagi.
- Masukkan kentang dan tempe tadi. Gaul rata.
- Perasakan garam, manis dan pedasnya.
Maka siap la 1 hidangan yang ringkas tp best (errr pada tekak aku la:))

2 comments:

Elly said...

Simple n sedap...elly try potong nipis2 pn sodap..thans share resepi

Mamajenn said...

hehehe mekasih cuba...idea dah kering, gini la menu kita