Thursday, October 15, 2009

Rendang ayam

Saja nak upload resepi rendang ayam dah hujung2 Syawal pun. Untuk rujukan di masa akan datang. MJ ambik dari blog k.Ummi Kuantan lagi n tukar+tambah sesuka hati ku mengikut stok yg ada kat umah..
Kat sini MJ tepek resepi asal dr blog k. ummi + MJ tambah sikit ikut resepi Angah MJ. Halal ye k.ummi & tks ngah!!

Bahan2nya:
- 1 ekor ayam (MJ potong 14)
- 3 senduk cili dikisar

Bahan A (Blend)
-
1 inci kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 6 batang serai

Bahan B (Sangrai + blend)
- 2 sudu besar ketumbar
- 2 sudu besar jintan manis
- 2 sudu besar jintan putih
- 2 sudu besar lada hitam

Bahan C
- 2 mangkuk santan pekat
-1 senduk besar (6 sudu besar) kerisik
-2 sudu teh gula halus
- Garam
- 4 helai daun kunyit - dihiris halus
- 3 helai daun limau purut - dihiris/dikoyak2 (ni MJ tambah atas nasihat angah MJ)

Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan A + B, cili, santan ke dalam kuali. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala.
- Bila agak pekat sedikit, masukkan ayam, gula, garam dan kacau lagi. Jgn kerap sgt sbb takut nnt ayam hancur.
- Agak2 dah nak mula kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut, kerisik. Kacau rata. Test sikit, kalau dah ok rasanya, oklah. Kalau ada yg kurang tambah apa yg patut.

2 comments:

myza said...

aiseh teringin nak makan...huhu

Mamajenn said...

sila ye manak...hr tu dah test power kan masak rendang kat kampung...try ni plak..