Entry ini agak serius gitu. Ingin MJ berkongsi sedikit pengetahuan utk ibubapa diluar sana dan amanat penceramah2 yg sempat MJ salin dan ada setengahnya recall apa yg ingat dek otak yg dah berkarat nih:D. Umur kanak2 yg difokus sewaktu seminar adalah dari usia 0-4 tahun. Antara intipati seminar itu:
1. Membunuh kretiviti anak jika anak menggunakan tangan kiri (left handed) dan kita memukulnya. Biarkan saja cuma betulkan apa yg betul dan apa yg salah. Contohnya, makan guna tangan kanan, bersihkan 'tut' selepas membuang guna tgn kiri.
2. Kita dilahirkan dengan pelbagai fitrah dan potensi. Jgn abaikan potensi anak jika dia lebih cenderung dgn minat/kerjaya yg ibubapa x minat langsung. Dorong mereka ke arah tersebut dgn panduan yg betul (selagi tidak bercanggah dgn agama dan keselamatan diri).
3. Fathering adalah elemen penting dalam menentukan samada anak itu berjaya/tidak dlm kehidupan. (X sempat salin nama researcher tu). So, jgn buruk sangka pulak pada ibu2 bila ada bapa2 yg membantu menguruskan anak2 ye. Itu sebenarnya lg bagus. Please search more about this research findings. I also dunno how to explain in detail n elaborate it.
4. Hargai dan akui usaha setiap pasangan untuk menjadi ibu/bapa yg lebih baik.
5. Turut serta dlm apa jua yg anak lakukan/ceburi. Mereka akan rasa lebih dihargai dan bangga.
6. Apabila bayi baru belajar mengiring utk pusing, jgn dibantu. Merbahaya. Kerana pada waktu itu bayi itu sedang melatih motor kasarnya (peha, lengan, leher dll). Jika, kita bantu dan bayi tersebut sebenarnya tidak bersedia, dia mungkin akan mati lemas kerana tidak mampu mengangkat kepala dlm tempoh yg lama ataupun mengiring bila mukanya tersebam ke bantal/tilam di bawahnya. So, pantang larang org tua ada betulnya cuma tidak diterang secara sainsnya.
7. Kecepatan perkembangan manusia adalah berbeza tetapi sekiranya sgt berbeza dari carta tumbesaran kanak2, dia memerlukan perhatian perubatan.
8. Rangsangan akan menambahkan lagi sel-sel otak kanak2. Makin banyak sel dihasilkan, anak tersebut akan menjadi makin bijak.
9. Kecerdasan kanak-kanak menurut Teori Kecerdasan Gardner ada banyak. Antaranya ada kanak2 yg cerdas number/reasoning smart, word smart, music smart, picture/space smart, body smart, people smart, self smart, nature smart.
10. Buku mewarna menghalang kretiviti kanak2 dan kemampuan dia meluahkan perasaan mereka. Bg mereka kertas yg kosong, biarkan apa yg mereka mahu lukiskan.
11. Jgn paksa anak menulis dgn cantik. Dia akan hilang motivasi dan minat mencuba. Tumpuan belajar menulis akan hilang kerana lebih ditekankan untuk menghasilkan tulisan yg cantik dan kemas.
12. Bergembiralah dlm melaksanakan tggjwb sebagai ibu dan bapa.
Menurut penceramah, Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari, ilmu parenting sgt meluas. Kita perlu menambah pengetahuan dgn pembacaan, bertanya org yg arif dan jika perlu berjumpa pakar. Ini kerana cabaran membesarkan kanak2 di zaman sekarang amat jauh berbeza dgn zaman dahulu. Peganglah (rapat) anak dari berusia 0-15 tahun. Insya-Allah selepas itu jika kita lepaskan mereka akan jadi anak yg menghormati org tua dan berjaya. Insya-Allah.
Keibubapaan adalah pekerjaan sepanjang hayat dan tiada lesen diperlukan utk menjadinya. Asalkan sah dari sudut agama dan undang-undang negara. Sama2lah kita membentuk anak2 yg cemerlang dan sayangilah mereka. Kerana di luar sana ramai pasangan yg berebut2 hendak mendapatkan peluang seperti kita - menjadi ibu dan bapa. Akhir sekali, agama adalah tunggak utama dalam menentukan kebahagiaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga. Bersama-samalah kita mencari keredhaan-Nya.
Sy pun bukanlah insan yg sempurna dalam membesarkan anak2. Ilmu2 begini amat sy perlukan sebagai panduan dan rujukan. Mana yg mampu sy ikut, selebihnya sy ikut kata hati juga :D. Ok itu sahaja dari saya. Selamat Bercuti.
No comments:
Post a Comment