Tuesday, December 15, 2009

Spageti goreng

Ambik resepi dari umah kak Rinnchan..dah berjaman print. Tp br ada kesempatan nak mencuba. X sia2, memang best. Cuma sy ubah sikit2 mengikut kesesuaian tekak anak2 ribena MJ.

Sgt malas menghapdet blog ini buat sementara waktu. Kenapa? Entah le, mmg tgh malas...hahahhaa so, ni resepi yg berjaya sy C&P dari FP kak Rinn. Tengkiu kak rinn utk resepi yg marbeles nih;D

SPAGETTI GORENG

Bahan-bahan:
250gm spagetti, direbus dan toskan
1 biji bawang besar kuning, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
200gm daging cincang
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
2 biji tomato, didadu
Baby Corn, dipotong kecil
Carrot, didadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & Gula secukup rasa
Oregano (optional)
Thyme (optional)
Parsley (optional)
Cheese (optional..apa2 cheese pun ok, rinn guna 2 cheese slices)

Cara-cara:
1. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
2. Masukkan lada hitam & lada putih.
3. Masukkan buah tomato dadu. Masak hingga hancur.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk kari. Kacau sebati.
5. Masukkan daging cincang dan masak.
6. Masukkan spagetti. Perasakan dengan garam & gula.
7. Akhir sekali masukkan cheese dan masak hingga rata.


Selamat mencuba!

2 comments:

myza said...

o0o ini ke rupa spaghtti yg digoreng-lbh kurang mee gorg la yerp..

Mamajenn said...

lebih kurg la tp spageti ni mmg org sana suka rasa tomato kot..sbb kebanyakan sos diorg berasakan tomato..rasanya la..(memandai je akak ni)