Friday, December 4, 2009

Slice cheese cake..

Sangat lembut, gebu dan sedap (pada tekak kami ye). Itu sahaja yang dapat digambarkan dengan terhasilnya kek ini di hari raya kurban tempoh hari...hehehe br sempat nak upload resepi. Baru baik demam pun ni.

Resepi ini MJ jumpa di blog cendanakasih.blogspot.com. Gi la jenguk blog akak ni...pandai masak akak ni & sedap2 menu dia..Ni pun operasi menghabiskan cheesedale yg ada 4 keping lagi dan susu segar. Sian diorg termenung je dlm fridge tu. Sib baik jumpa resepi kak Noorma. Blh la diperabihkan cepat. Minta izin C&P ye kak & terima kasih sudi share resepi yg sedap2 n mudah.

>> Pemilik asal resepi ni rupanya Pn.Ros..nu jauh kat Tokyo. Jemput la ke blog dia (suke den yo jemput org dtg umah org lain hehehe...jgn marah ye Ros...mesti suka klu lg ramai yg dtg kan)..mmg menarik resepi2 kat situ..http://damiacyan.multiply.com/. Tks ye Ros share resepi2 yg simple bangat ini.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
>4-5 keping slice cheese
>200 ml susu segar
>70 gram butter atau marjerin
>70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
>70 gram gula
>4 biji telur saiz M (aku guna 2 biji telur saiz AA)
>beberapa titik esen vanila

Cara-cara
>>potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
>>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
>>asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
>>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
>>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
>>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

2 comments:

myza said...

erm boleh x pakai cream cheese gnti cheesedale tu?nmpak sedap dan gebu la qasima..i must try..!!

Mamajenn said...

csdale tu keping2. Cream cs tu kan bentuk blok. Cemana nak ganti akak x sure. Melainkan convert berat sekeping csdale dgn bbrp hirisan cream cs kot. x sure le manak. Ala beli je csdale, yg 6 keping sebungkus tu kan ada jual..