Friday, May 29, 2009

Selamat Hari Jadi Abang Kimi (Ver.2)

Moist choc. cake
+
Fresh cream + peach (filling)
+
Ganache + bc

"Selamat Hari Jadi yang ke -4 anaknda kami Muhd. Adam Hakimi Muhd. Gadaffi. Semoga menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, anak yang terdiri dari golongan bijak pandai, dimudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, diberi kesihatan yang berpanjangan. Semoga sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin".

Selamat Hari Jadi Abang Kimi

Semalam aku cuti sempena Hari Keputeraan Anaknda Muhd. Adam Hakimi yang ke-4..Mama 'berhempas-pulas' menyediakan juadah yg x banyak mana pun....hehehhe penat la..badan pun x sihat sgt...demam yg bersambung2 ni..Mama prepare simple menu je - B'day cake, Spagheti bolognese, nugget instant tu, tembikai, abah beli kacang. Untuk kawan2 abg, kitorg bagi goodie bag isi segala benda yg budak suka mkn (no junk food okey!).

To my in-law family, tgk gambar yg bawah sekali sebelah kiri, mcm iras Makteh Palin x? hehehehe

Banyak gambar lagi sebenarnya, tp malas nak edit2..Meriah sungguh melayan anak2 kecil kat situ. Aku pun x tau la cemana pengasuh2 ni blh control budak2 yg bkn semuanya paham arahan huhuhu...Kalau aku yg jaga reramai tu, confirm aku ikat je budak2 tu kat kerusi, kaki meja, tiang2 yg ada hahahaha kejam betul..

Wednesday, May 27, 2009

Release tension di PD....kunun...

Baru2 ni kononnya macam tensi kann...hehehhe..So, aktiviti kebanyakkannya yg x dirancang....main belasah je, pastu 'jom'....Hari tu kebetulan En.Asben cuti. Kepala dah memang serabut. Mulanya plan nak survey barang2 utk goodie bag B'day Kimi (esok 28/5). Pastu saje je ayat, jom gi PD. Wah respon baik punya kan...apa lagi mama pack baju2 n susu, terus gerak. Masa tu dah kol 6.30 ptg. Redah je dgn x book hotel...sampai PD dlm kol 8.00++ mula la operasi mencari hotel. Aku rasa masa tu cuti Labour Day. Memang confirm la full house sana sini. Dlm kol 10 still x dapat lagi hotel. Badan dah letih. Mcm dah kecik ati je, n plan nak balik Serdang tido kat umah je. Tetiba ada la mamat (korg biasanya akan jumpa org2 cenggini bila dah lewat mlm x dpt hotel) ni offer apartment kat World Marina PD (betul ke nama ni. x henggat la). Harga RM180. Aku pun ckp, ok je la dah x larat dok dlm keta ni. Budak2 dah meragam lama sgt dlm keta. Terus terima offer tu, beli mknn n naik bilik. Tingkat 13. Perghhh sayup.

Lihatlah kegembiraan anak2 n mak bapaknya dpt berendam dlm kolam. Gambar last tu ambik dari balcony bilik kitorg. Sayuppp...Esok tu kitorg balik Serdang dlm kol 2. Otw balik, kitorg singgah jugak gi Giant Saujana Impian beli beskal Kimi...kecoh satu kampung abg dpt beskal...hishhh:) Ok tu release tension versi outing part1...tunggu part 2 dan seterusnya ye..

Monday, May 25, 2009

Bread & butter pudding (2)

Roti kat umah aku klu x diubah rupanya, semua cam buat dekk je...sampai la roti tu berkulat n buang terus..So, ni antara operasi untuk mempercepatkan roti kat umah aku ni dihabiskan cepat...kekekeke..pernah buat dulu tp saje nak test resepi org lain..


Bahan2nya:
6 keping roti - potong ikut bentuk kegemaran korang
50g butter
50g kismis (rendam 10 minit dgn air suam)
50g caster sugar
300 ml susu
1 biji telur
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Blend susu + telur + gula + tpg jagung - until well mix
2. Griskan loyang dan sapu roti dengan butter. Potong ikut saiz/bentuk kegemaran.
3. Susun roti dalam loyang dan selang-seli dengan kismis.
4. Curahkan bahan-bahan yang diblend tadi ke atas roti tersebut.
5. Biarkan 15 minit sebelum dibakar - 160°C 30 minit

Friday, May 22, 2009

Ayam goreng rangup

Sangat suka menu ini tp as usual, En.Asben x minat sebab berempah. Tapi kimi n najmi layan je..kimi siap tambah lagi..sib baik mama ada geng suka benda berempah2 ni..

Ok ni resepinya. Dapat dr web mana x ingat. Tapi kat web tu mcm byk resepi2 yg dikongsi ala2 myresepi..klu x salah la ehehe

Bahan2nya:
Ayam (7/8 ketul)
2 sdb pes halia (tumbuk halia dan perah jusnya)
2 sdb pes bawang putih (tumbuk bawang putih dan perah jusnya)
2 sdb serbuk ketumbar
1/2 sdb serbuk jintan halus
kunyit serbuk
garam
tepung beras

Caranya:
1. Gaul ayam dengan semua bahan kecuali tepung beras. Perap 30 minit.
2. Panaskan minyak. Sadur ayam dengan tepung beras (x yah pakai telur ye). Goreng dgn api sederhana dan angkat bila tlh masak.
3. Hidangkan ketika panas.

Note : Menu ni mmg akan menghasilkan ayam goreng yg rangup. Tp klu dah sejuk dia akan liat2 sikit mcm ayam KFC. Sama je cuma beza tempat dihasilkan. Satu kat our own kitchen, satu lagi kat KFC. Tak rugi cuba..

Ganache

Ada pelbagai jenis ganache sebenarnya. Resepi a dan b kat bawah ni aku copy dari buku Alex Goh:

a. Cream Ganache

300 g Whipping Cream
500g Dark Choclate, chopped
30g butter

- Didihkan whipping cream. Masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya. Masukkan mentega dan gaul sebati. Biarkan sejuk seketika sblm digunakan

b. Butter Ganache

500g Dark choc., chopped
250g soft butter

- Didihkan coklat secara double boi sehingga semuanya cair. Masukkan butter dan kacau sehingga semuanya larut. Biarkan sejuk seketika sblm digunakan.

c. Ni resepi ganache cream dr kawan den a.k.a pengusaha cheesetart gitu ahaks... Puan Diana yg aku suka sgt guna..Tks ye D for d recipe...

140 ml UHT whipping cream
350g cooking choc
1 tbsp butter

- Heat cream in double boiler
- Add in choc. and butter. Stir till choc melted.
- Leave to cool slightly before pouring on top of the cake.

Thursday, May 21, 2009

Happy Birthday En.Sepul

Kek ni ditempah oleh Cik Fiza utk her beloved one - En. Sepul. Harap2 pasangan bahagia ni gembira la dgn hasil ku ini..Terima kasih ye cik Fiza..Layan dulu gambar..


Moist Choc. Cake
+
Ganache
+
Croqunt (x sure la ejaannya)

"Kepada En. Saiful, Selamat Hari Lahir, semoga apa yang diimpikan dan diusahakan selama ini tercapai dengan izin-Nya. Amin"

Chilled Yakult Yogurt Cake

Sekarang cuaca kat negeri Selangor ni aku rasa cam panas sesangat. Hujan turun pun aku rasa 2 minggu sekali...cuma last wk ada la jugak 2/3 kali hujan tp still terasa bahangnya sampai malam. So, menu yg sesuai mestilah yg sejok2 gitu..Ok, let's find the recipe..

Aku jumpa resepi ni masa rayau2 blog orang..tp lupa nak copy nama blog tu..sib baik resepi sempat simpan..aku suggest korang guna acuan 20cm atau yg 6". So, puas sikit makan bahagian inti tu..

~ To the owner of this recipe, thanks for sharing. I hope you dont mind if i share it with others. If i'm not mistaken she is Chinese and Singaporean.~

Based

digestive biscuits crumbs+


Ingredients for the filling:
100g sugarless natural yogurt
150ml yakult
1 tbsp lemon juice
150ml non-diary whipping cream
1 tbsp gelatin
3 tbsp sugar
150ml water
Grated lemon zest

*Jello Topping:
1/3 pkt Jello
120ml hot water
1/2 tsp gelatin


(*Yg ni aku guna instant jelly powder. korang boleh je guna serbuk jelly brand nona tu ke..ikut arahan pada bungkusan)

Method:

- Mix the digestive biscuits crumbs with melted butter, and press firmly to the base of the cake pan. Chill for later use.

- Dissolve gelatin and sugar with water. Set aside to cool.

- Beat yogurt, yakult and lemon juice until well blended. Add cooled gelatin solution and mix well.

- Whip the non-diary whipping cream till mousse state.

- Add the yogurt mixture to the whipped cream and mix well.

- Pour the combined mixture onto the cake base.

- Sprinkle the lemon zest on the surface of the cake.

- Chill in the fridge to set.

- Boil all Jello topping ingredients using very low heat until dissolved. (Not supposed to bring to boil.)

-When the cake is set, spoon the cooled Jello solution on the cake and refrigerate again.


Layer atas sekali, aku saje bubuh kepingan nenas dan laici..konon lawa la n nampak best kekekeke..Masa nak curah jelly tu, make sure bancuhan tu sejuk sikit n jgn curah mcm buat teh tarik..sbb permukaan yogurt tu mcm lembut sikit...guna senduk n ceduk sikit2 aku rasa selamat sikit...

Monday, May 18, 2009

Kembali tersenyum:D

Alhamdulillah rasanya sudah semakin lega beban kepala yg yg sarat ni. (tp blm hilang sepenuhnya) Ni sume keadaan yg menyebabkan 'the unexplained illness' atau aku huraikan sebagai 'KEMURUNGAN/DEPRESSION'. Ujian yg cukup hebat diterima kebelakangan ini membuatkan aku agak terganggu hormon, cepat sedih, menangis tiba2, muram, bad headache, rasa nak dok diam sorg2, nak jerit tengah2 malam...waaaa cam org gile je. Rasanya hanya kak Long, my SIL (tahu sebahagian cerita sedih itu) dan En.Asben memahami bebanan yg ditanggung..Terima kasih En.Asben for your support dan berusaha memulihkan/menceriakan keadaan. Tks also sbb bw gi PD (lagi!), shopping, jalan2 kat mines and etc......kembali tersenyum:D Hey, window shopping is a good therapy you know...hehehe!!!

Ok guys, tomorrow i will start to post all the new recipes (to me la kannnn) that i wish to share with you. Till then, babai..

Tuesday, May 12, 2009

T.E.R.G.E.N.D.A.L.A

Blog ini tidak dapat diupdate buat sementara waktu atas sebab kemerosotan kesihatan penulis kebelakangan ini...ceh, cam wartawan lak bunyinya..Please wait for my latest trial menu(s) n recipe(s), until i am recovered from 'the unexplained illness'. Ta-ta.

Wednesday, May 6, 2009

Cream puff

Lama dah peram resepi ni. Tak sempat2 nak buat sbb bila tgk cara buat mcm susah n banyak keje je..tp bila dah buat sendiri...la senangnya and yet sedap pun...Terima kasih kepada Puan Nowwa (isteri mejar kepada Capt. Pait) atas resepi yg best ni...kimi n najmi tersangat la sukanya..

C&P dari fail yg diberi..malas nak taip..kekeke


Pastry

250ml air

125gm butter

150gm tepung gandum-ayak

Garam + Gula Secukup Rasa

4 Biji telur

Cara Buat

Didihkan air + Butter hingga cair. Masukkan tepung.Gaul sebati make sure adunan tak melekat di periuk. Angkat & sejukkan pada suhu bilik

Bila dah sejuk,pukul sedikit ngan masukkan telur sebijik2...[den buh esen vanilla bagi wangi] garam + Gula

pastu paipkan la atas dulang pembakar

bakar 25min dgn 200 C

Filling

500 ml susu segar [leh yo guno susu cair]

100gm gula

80gm tepung custard

Kacau bahan2 kat atas di ‘darat’ sebelum di tenggekkan kat api

Masak atas api hingga pekat.


++Filling ni masukkan bila Pastry di atas dah siap masak++



Utk 1st batch, aku guna filling spt di atas, 2nd batch aku tukar bubuh coklat...perghhh lagi la nikmatnya..tp ada masalah sikit, bentuk swirl aku tu x kekal lepas dah masak...ada sesiapa blh share tips utk bg bentuk dia kekal sampai dah lepas masak x? Aku dah sembur dgn air sblm bakar (tips dr Myresepi) tp bentuk swirl tu tetap x kekal...help me...!!!

Cream puff ni kategori apa ye...kategori pastri aku mcm x byk koleksi je..kita bubuh dlm group kuih & kek ok x?

Monday, May 4, 2009

Taufu fa

Percubaan kali ke-2. Kali pertama aku try guna resepi yg aku attend class tp x jadi sgt. Hampes tul. Jadi cam lembut sgt. Bila nak scoop dia hancur terus. Ni resepi jumpa kat blog sapa ye...x ingat la...byk sgt melawat blog org...ishhh cam mengular je kat opis kekekeke...Mandak ni antara dessert yg blh dibuat nnt ye..simple je..confirm mak mertua teruja wakakaka...

Aku ubah sikit2 dr resepi asal. Ok la, menjadi...kimi punya favourite. Kalau gi pasar malam mesti beli..tp sekarang mama boleh buat sendiri, kimi leh makan puas2...:)

Bahan2nya:
300g kacang soya (rendam selama 5-7. Jgn lebih nnt dia akan serap air yg byk)
2 liter air
2 helai daun pandan
2 sdb tepung jagung
1 sdt GDL (GLUCONO DELTA LACTONE)
1/2 cwn air masak

- Bersihkan kacang soya dan blend dengan 2 liter air. Perahkan dengan menggunakan tapis kain (macam mamak selalu tapis teh tu)
- Masukkan dalam periuk dan masukkan daun pandan. Didihkan dan kacau sekali sekala jgn sampai meruap. Api sederhana.
- Sementara itu, bancuhkan tepung jagung, GDL dgn air masak. Curah dalam bekas yg akan kita gunakan utk bekukan taufu fa nnt.
- Setelah air soya mendidih, angkat dan curahkan di tengah2 bekas yg berisi bancuhan tepung jagung tadi. Teknik mencurah bermula dari bawah tarik ke atas. Macam style teh tarik tu. Jgn cedok sikit2 n curah..x jadi..kena curah semua sekali harung..hati2 periuk panas.
- Jgn di kacau atau digoyangkan campuran itu. Jika ada buih terhasil apda permukaannya, cedok dan buang. Biarkan seketika

Air gula
1 cwn gula
2 cwn air
daun pandan

- Rebus je sume2 tu. Kalau nak letak perisa/pewarna pun boleh masa ni. Kacau je. (Hari tu aku guna pewarna kuning dan perisa jagung)

Note:
1. Kalau nak bg taufu fa tu nampak berkilat, masukkan seketul/2 gula batu masa didihkan air soya tu.
2. Scoop sebaiknya guna sudu yg nipis atau khas utk scoop. barula bentuknay nampak smooth je bila hidang. Tp aku pun x de, tu yg nampak rupa cam tu..tp x pe, kimi x komplen..