Monday, November 30, 2009

Potato Corquette

Banyak ke dapat daging korban..mesti jenuh nak menghabiskan daging2 yg banyak itu. Kitorg kat Serdang ni ambik guna kupon. Setiap rumah (yg muslim sahaja) dapat 1 kupon. Tp ada makcik kat situ bg kitorg 1 beg daging..Ada la dlm 2 kg.

Ni antara menu yg blh digunakan utk memperabihkan daging. Tp minta maaf la kat tuan punya resepi. Mungkin tidak menepati citarasa kami atau sy yg silap step, maka kurang mendapat sambutan anak2 n hubby. Maybe daging kot..klu ganti ayam, rasanya laju la sikit diperabihkan.

Sumber: Yani MyResipi

Bahan-bahan;
5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung jagung
minyak untuk mengoreng


Cara membuatnya:

- Goreng kentang hingga lembut kemudian lenyek.

- Potong dadu bawang besar.
- Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
- Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
- Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
- Goreng dalam minyak penuh.


Lomang oh lomang

Sapo kato x do buluh x leh buek lomang..ha ni den buktikan..tersangat la menderitanya menyediakan juadah raya seorg diri bila DH 'membalas dendam' keje x renti2 lepas kuar wad. Maka anak2 adam tu pun 'kunun'nya membantu mama menyediakan juadah raya.

Asalnya MJ nak bakar atas arang..nak dijadikan cite, nak menghidupkan apinya tersangat la pandai...dekat 1/2 botol minyak tanah MJ curah, tp apinya malu2 nak marak. Bila curah je minyak, api naik tinggi, bersoraklah anak2 adam itu. Waaa sgt terseksa masa tu. Akhirnya.............ambik kuali leper, hidupkan gas, masaklah ia di atas kuali itu hehehhee...Janji siap.

Ok, lemang MJ hanya dibaluti dgn foil paper. Letak sikit minyak masak sblm dibalut utk elak melekat. Boleh je klu nak letak pucuk daun pisang. Tp disebabkan kat Serdang ni susah sgt nak cari, so x dela berdaun pisang lemangku itu. Pulut tu mestilah telah dikukus n disantankan. Nak bakar tu cuma nak nampak cam lemang dibakar la gitu.

Malam raya tu, kitorg gi Giant Kinrara. Ya, barang utk menu hari raya baru nak beli mlm tu. So, MJ x prepare apa2 la sehingga subuh hari raya. Tp pg Khamis tu ada la buat kek 2 biji. Nnt MJ upload gambar n resepi ye..Kek mudah2 je..setakat nak melayan tetamu setiap hujung minggu tu...sapa lagi...Kapten Pait la.

Lemang ni dimakan dengan kaya durian a.k.a serawa durian. Beli 2 peket@RM20 kat Giant. Konon dapat free 2 pek kecik. Bila makan yg free tu, cis dah masam..sungguh x ikhlas org itu memberi free!

X tau la nak letak kategori apa lemang ni..MJ bantai je la under simple dish...mmg simple pun:D

Sunday, November 29, 2009

Angkara seekor nyamuk siri ketiga

Pada 24 Nov 09, rumah kami dikunjungi oleh wakil Jabatan Kesihatan Malaysia dan sample air telah diambil di rumah kami. Alhamdulillah result clean. Tp yg x bestnya kenapa cek umah kitorg je, entah2 nyamuk tu dtg dr umah jiran2 ke, workshop depan umah kitorg ni ke...kan...ish...ish...ish..Pastu pegawai tu siap bgtau jiran umah sblh tu yg rumah kitog ada kes denggi..ekeleh...kepoh la..sib baik MJ x de masa tu. Klu x, ada yg berbalas pantun nnt spt kejadian di hosp hr tu...ek...part ni x leh cite.. wa mmg kaki gaduh bila org main2 dgn gua n ahli keluarga gua. X dpt org tu, org lain yg berkaitan wa sembur cam sheltox hehehe...cam garang je pompuan ni..! mmg garang pun.

Fogging by MPSJ was took place on 25 Nov 09. Wah sgt cepat n efisiennya pihak2 PBT ni. mak suke. Sbnrnya diorg ada jadual semburan. Tp disbbkan dah ada kes, tu yg dicepatkan dr tarikh yg dijadualkan. TAMAT.

Angkara seekor nyamuk siri kedua

Kiranya mcm kronologi kejadian gitu..hehehe br aman nak update di subuh2 hari di saat adams tido. Blh la dibarai2kan hp ni utk keluarkan kadnya.
(Gambar di'seal' bg menghormati privacy beliau di alam cyber ini hehehehe...poyo je)

Hari kejadian : 17 Nov 09
Ringkasan cerita : Bawa DH ke Pusat Kesihatan UPM setelah 4 hari demam x kebah2 jugak. Berulang ke klinik sebelum tu utk tambah panadol n tahan muntah. Every time after he finished his meal, he will vomit until nothing were left. Cian sgt. Kat PKU masuk air dan bg ubat demam tp x ok gak.

Note : Nampak x hidung tu merah2 hehehehe...paham pun..

Hari kejadian : 17 Nov 09
Ringkasan cerita : Dipindahkan oleh PKU ke Hospital Serdang setelah platelet count drop dari 79k - 65k dan semasa di sana drop lagi ke 50++k. Diletakkan di ruang 'red room', not sure whether it is for high risk area or what. Masa ni masuk gas kat idung sbb pening kepala melampau2 (kata DH). (Klu mok pimah call masa ni, harus banjir wad tu hehehehe)

Hari kejadian : 17- 20 Nov 09
Ringkasan cerita : The platelet count in graph doesnt show a good progress from 17 - 19. It is fluctuate in range of 50k-60k which for adult men it should be round 150 - 400k. Sedih i masa ni sbb x ok2 jugak. Everyday @ 3pm, i will ask an excuse from my boss to visit him n not return to office until 5. Sib baik bos baik. At last on 19, I cooked a crab soup and urge him to sip a bowl of it until finish. Yes! It show a good result. The next day he call me at 11am and said that he can discharge on that day...:D

Nota kaki:
There is no cure for dengue. What u need is to drink lot of water. Isotonic drink is good where it can replace a liquid that lost in ur body. But dont take it too much as the sugar contain in carbonate drink is too high. Kang x pasal2 kena kencing manis. While in the ward, the doctor advice DH to drink plain water at least 3L a day. Dont take to much isotonic drink b'coz of his diabetic history. Alhamdulillah everything is over.

Wednesday, November 25, 2009

Daging salai lemak kuinin

Menggigil nak siapkan mknn ni. Bkn kerana perasan sedap hehehehe tp sbb bau kuinin tu sgt la terliurnya.

X yah resepi la ye. Salai je daging tu. MJ x de la berarang2 bagai...salai atas dapur gas je. Pastu hiris2. Masak je macam masak lemak kuning biasa tu. Kot nak pedas2 sikit, tumbuk je cili api. Pastu dah mendidih campak je kuinin yg dah dipotong2. Nak guna mangga muda pun blh yo. Ikut le tekak memasing. Tp jgn la cr yg dah ranum sgt. Nnt lembik sgt x sedap lak nak mkn..

Tuesday, November 24, 2009

Asam Pedas Melaka

Menu ni MJ cuba dah lama...cuma x sempat2 nak update...byk sgt menu yg q utk i upload di sini. Cikun dengan izin dari blog k.Ina KL. Saja nak bertukar selera dengan yang biasa buat. Ok, sedap jugak cuma hari tu termasam sikit. Seronok sgt curah air asam jawe ngeeeee....

MJ cnp je dr blog k.ina. Malas plak nak menaip banyak2..angin meng'update' blog belum marii..
  • 5 keping ikan pari-nak ikan lain pun boleh (hari tu MJ guna ikan tenggiri)

Bahan tumbuk/kisar

  • 6 biji bawang merah-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 batang serai-dititik

Bahan tumis

  • 1 bawang besar-hiris
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa ikut keperluan
  • air ikut keperluan
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 bunga kantan-dibelah 2
  • se cekak daun kesum
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan bahan kisar/tumbuk kecuali cili dan biarkan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan garam, kacau sehingga pecah minyak atau cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  5. Rasa garam dan masukkan tomato dan bendi.
  6. Bila mendidih terus padamkan api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

Wednesday, November 18, 2009

Angkara seekor nyamuk

Blog ini tidak dapat di update buat sementara waktu kerana kesuntukan masa menguruskan my DH yg dimasukkan ke Hospital Serdang semalam 17 Nov 09 disebabkan denggi. Last platelet reading tghr smlm drop 62 (normal for adult men :150-400). Mohon doakan kesihatan beliau.


*Nnt MJ update gambar2 DH masa admit hr tu. Skrg DH dah ok & menghabiskan MC yang diberi oleh hospital.

Friday, November 13, 2009

Kek pisang lembab CMG

My passion in baking........Wah konon...apa2 pun terima kasih kepada encik MG sbb sudi berkongsi resepi dengan rakyat jelata. Murah rezeki hendaknya dgn perkongsian ilmu ini...mintak izin berkongsi selera dan C&P dgn pengunjung blog saya ye..Hasil kek ni MJ kirim sikit kat my youngest SIL, balik cuti semester baru2 ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

Selamat Hari Jadi Mysara


Moist choc cake (2 layer)
+
Choc sponge cake (1 layer)
+
Ganache + bc

Tempahan dari Puan Hasnah hari sabtu lepas untuk anak saudaranya. Surprise party katanya! Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada akak dgn tempahan ini. Sorry ye mcm x berapa kemas sbb order last minute sgt. Akak x cukup masa nak mendeco elok2. Next time kalau sudi blh order lagi tp order la awal2 sikit ye:D

Kepada Mysara:
"Didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan nnt. Selamat ulang tahun ke17"

Friday, November 6, 2009

Kek Kurma Kukus

Tayang gambar dulu.........

Ini edisi memperabihkan stok kurma puasa hari tu..Walaupun operasi ini berjaya, kitorg ada sekotak lagi dlm peti ais..argghhhh bila nak abis....

Resepi dia sama mcm kek prune kukus, cuma gantikan prune dgn kurma. Klu kurma yg jenis kering, kukus seketika untuk memudahkan isinya diblend. Cubalah..Sedap jugak. Bawa opis sikit, DH bw sikit gi workshop dan selebihnya habuan kami di rumah.

Masak lemak ketam

Tersangat la bznya minggu ini. Hari ni br dpt nak upload cite baru. Menu ni dah lama buat tp dek kebiziaan yg melampau2, br hari ni sempat buka bahagian 'NEW POST'. Ala menu biasa2 je nak tayang. Antara 'haiwan' yg MJ x suka makan. Bukan apa, leceh nak mkn ketam ni..kena gigit2 sana-sini..Crab stick x pe, senang, tinggal ngap je. Ok kita layan gambar dulu..

X yah la resepi la ye..masak macam masak lemak cili api tu tp x yah la bubuh cili api. Cuma klu suka pedas2 sikit, tumbuk le sekali cili api tu 3/4 biji.

Sunday, November 1, 2009

Roti inti sardin

Idea ni sbnrnya MJ olah dari blog2 orang dan operasi memperabihkan stok fridge. Rasanya dari blog k-ina kl ideanya. X sure plak. Kebetulan plak DH bawa balik roti frankfurter sebungkus. Ada la dlm 12 ketul kalau x salah. Lama sgt pun roti tu bertapa. Kena habiskan cepat sbb takut expired. Disamping tu, nak clearkan stok2 yg menimbun dlm peti ais..waaa byknya barang entah apa dlm fridge ku itu...rimas mak!

Bahan2 'menyadin':
1 tin sederhana besar sardin dlm tin
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - hiris
1 sdk cili giling - saje nak bg pedas2 sikit, x nak bubuh pun x pe
1@2 biji Limau kasturi - ambil jusnya
mayonis

Caranya 'menyadin':
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Kacau agak2 cili dah masak, masukkan sardin dan sos2nya sekali.
- Balik2kan sardin dan kacau hingga mendidih sambil di hancur2kan dengan sudip. Jika anda suka garam lebih, masuk la sikit. Klu x suka, x pe. Masukkan mayonis secukupnya dan gaul.
- Masukkan perahan limau kasturi. Siap dan sejukkan seketika.

Cara 'meroti sardinkan':
- Kerat 2 roti tu. Ambil sebelah dan buatkan lubang pada bhgn tengah roti (diameter roti). Bkn pada bhgn atas roti ye puan2...paham ke instruction ni. X paham, angkat tangan..
- Lubang tersebut jgn sampai tembus ke hujungnya. Ok, sumbatkan sardin yang telah disediakan pada awal tadi.
- Pecahkan telur dan celupkan roti ke dalam telur tersebut.
- Gaul dengan bread crumb dan masak atas non-stick pan atau kuali leper sbb menu ni MJ rasa x sesuai digoreng sbb bun akan meresap minyak yang banyak. So, balik2kan sahaja roti di atas pan sehingga telur yg disalut masak. Buat sehingga semua bun selesai. Selamat mencuba.

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.