Thursday, December 10, 2009

Choc. chips muffin

Sgt syok melayan muffin ni. Kebetulan bahan ada dan ada niat pun utk menghabiskan choc chips yg dah terlebih beli dan menyendatkan peti ais. Resepi yg mudah dan simple ni MJ godek dari umah k.jun yummylicious tu la..Tks kak. Anak2 adam sy sgt suka...apatah lagi DH n isterinya.

Bahan:
  • 1 3/4 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonate
  • 1/2 sk garam
  • 1 cwn fresh milk
  • 1 biji telur - pukul sikit
  • 1/3 cwn minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cwn choc chips
Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12-15 minit)

2 comments:

myza said...

wah main cmpur2 ek..nmpak mcm senang je..nnt balik perlis @ kenduri leh la buat kan ..utk mkn sau fmily larat laa..ekekkeke..

Mamajenn said...

buat manak, jgn x buat...senang je pun. Main gaul je sume. Bila kita nak try membaking kat Pekan ek? syok sikit ramai layan muffin/kek :D