Wednesday, December 23, 2009

Moist choc cake

oppsss k.zana dah sound tu...Hari ni br free skit la kak...byk keje kat opis ni..ok nih sy nak share ngan blogger n my silent reader (jika ada la kan...cis perasan!) resepi moist choc cake. MJ jumpa masa godek2 umah KakPah Sherry. Sedap kek ni. Moist lepas sehari disimpan. Anak2 adams mmg x leh renung lama2 kek2 berunsur coklat gini, malam2 hari pun diorg blh layan...

Tks kakpah sudi kongsi resepi dgn 'pengidam2' choc cake spt kami..

Bahan-bahannya:
  • *1 cawan tepung kek/tepung gandum
  • *2 sdt baking powder (*satukan & ayak 3x)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 125 g butter
  • 1 sdt esen vanila

Pes coklat
  • 1/2 cwn koko
  • 1/2 sdt nescafe
  • 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 cwn air panas
  • 1/4 cwn susu cair
--> Campurkan semua bahan2 spy menjadi pes coklat

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Lapikkan acuan dengan kertas kek.
  2. Pukul butter & gula hingga putih
  3. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu sambil terus memutar hingga kembang & sebati.
  4. Masukkan tepung berseling-seli dengan pes coklat. Gaul rata & sebati.
  5. Masukkan dalam acuan & bakar dalam oven selama 45-50minit. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.
Untuk coklat ganache
  • 150 g coklat masakan
  • 1 sdb susu pekat manis
  • 1/4 cwn air panas
  • 1 sdb butter
Cara-caranya:
  1. Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat manis & air panas ke dalam bekas tahan panas. Masak secara double boiler hingga cair.
  2. Padam api dan masukkan butter. Kacau hingga butter cair & coklat nampak berkilat.
  3. Biarkan suam buat seketika. Lepas itu curahkan ke atas kek.

Nota :
Hari tu MJ secara x sengaja tgk rancangan masak2 nih. Chef Wan tgh buat kek. kemudian ada bbrp reason keadaan2 yg dikatakan perlu dibuat semasa membuat kek. Antaranya:
- Sesetengan resepi kita jumpa tepung perlu diayak 2/3x. Tujuannya untuk membolehkan lebih banyak udara masuk diantara tepung2 tersebut. Ini akan menjadikan kek kita lebih ringan.
- Telur perlu dimasukkan 1 per 1 kerana utk mengelakkan telur terlebih pukul. Jika telur terlebih pukul...............................aaaaa part ni budak paling kecik dlm umah tu sengaja je mengetas kesabaran mamanya dgn menukar channel tanpa memberi salam....hahahaha...baik x yah bagi tips kan..menyesal korg baca..sapa2 yg tahu, tolong habiskan ayat tu, nnt saya edit entry ni..

6 comments:

myza said...

HAHAHHAHAHAHHA...tips ke dua tu lawak laaa..

Mamajenn said...

hai la makndak..begitula perangai anak2 sedara makndak yg 2 org ini..letih mak..

sehati sejiwa said...

muahahaha.....samangan 2 org kat sini

Mamajenn said...

Nak dimarah, x de maknakan k.long..so, bersabar je la hehehehe

Eden From Kolo Pilah said...

tolo kalau lobih pukul.....sakit tolo tu,,,,hu hu hu

Mamajenn said...

pak, x perlu ye ayat2 begitu di sini. Kang sy reply, menangis plak terkenang nasib diri hahahaha