Friday, January 22, 2010

Kenyataan Rasmi ALUMTEK KL

Kepada : Capt. Pait, Diana, Abg Nuar, Norul, Mauze, K.Yani, Intan, Cikgu Isma, Shida

~ Akhirnya kita ada Alumni sendiri....weeeeee ~

Jawatankuasa Protem Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (ALUMTEK KL) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ALUMTEK KL telah mendapat kelulusan penubuhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Januari 2010. Dengan kelulusan tersebut, ALUMTEK KL adalah persatuan alumni yang sah dan rasmi untuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
ALUMTEK KL akan membuka keahlian kepada semua bekas-bekas pelajar SMTKL pada masa yang terdekat setelah selesai urusan-urusan yang berkaitan.

Berikut adalah yuran untuk menjadi Ahli ALUMTEK KL yang telah dipersetujui dan telah diluluskan di dalam perlembagaan ALUMTEK KL :

Pendaftaran (hanya sekali) : RM50
Yuran Tahunan : RM20

ALUMTEK KL amat memerlukan sokongan yang padu daripada semua bekas-bekas pelajar SMTKL untuk menjayakan persatuan alumni ini dan seterusnya meletakkan ALUMTEK KL seiring dengan alumni-alumni yang sudah kukuh dan terkenal.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Protem ALUMTEK KL

No comments: