Friday, January 22, 2010

Petua mengurangkan demam kuning

Demam kuning mmg kebanyakan bayi yang baru lahir akan mengalaminya. Cuma serius atau tidak keadaan mereka perlu dipantau selalu oleh ibubapa. Saya memperolehi petua ini semasa meng'google', mencari ilmu apa saja yg sy rasa berguna. Kat sini sy copy petua2 tersebut utk rujukan sesiapa yg mencari dan rujukan sy juga di masa akan dtg...erkkk insya-Allah 2/3 yrs more.

Petua 1: (Ini yang MJ amalkan masa anak ke-2 slps tahu kaedah, petua menambah susu, dan khasiat susu ibu)

Berikan susu ibu sebanyak mungkin. MJ masa tu susukan baby 2 jam sekali. Memang kena kejutkan dia untuk menyusu. Khasiat susu ibu sebenarnya mampu mempercepatkan jaundice sembuh dengan cepat. Pemakanan ibu sewaktu menyusukan bayi adalah penting agar susu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk kedua-dua ibu dan anak.

Petua 2:

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

Petua 3:

Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

Petua 4:

Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

Petua 5:

Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Jika sesiapa ada petua lg, blh la kongsi di sini. Saya akan edit entry ni untuk rujukan semua.

9 comments:

Dessert Queen said...

Biasanya air rebusan dukung anak tu disuapkan setitik dua titik ke baby tu.

Itu amalan kami sekeluarga,setakat ni anak buah,sepupu sepapat,cucu yang buat sumer alhamdulillah kena jaundis sekejap je.Paling lama pun 3 hari.

Mamajenn said...

senangnya...ni gara2 mak cik pait tu la..anak dia kena jaundis. Tp dah ok la. Penat google cari petua. So, elok la disimpan kat sini.

p/s: den dah poi umah baru tu tp x sompek2 yo nak menukar link. hari ni den cubo. Kang ingek den x jongok2 lak umah baru nowwa tu hehehe..suko den kawan ngan nowwa, byk ilmu!

Mamajenn said...

jap den poning...apo maksud eii 'air rebusan dukung anak'? Nanti ado lak yg jadi pak pandir ni kang..cepat terangkan balik

Dessert Queen said...

Kan pokok dukung anak tu kita rebus dia..nanti air dia tu kaler cam kuning + hijau kan..amikla dalam setitik dua lepas mandikan anak ngan air rebusan tadi,suapkan kek mulut eh setitik dua..biarla dia terjeluek ko apo ko..buek yo..ubek tu!

Mamajenn said...

mati2 den ingat 'dukung anak' tu perbuatan, bukannya nama sejenis pokok...ok ok br paham..hehehhe

Sue @ Nenie said...

Salam,
Mama, ada orang kata bagi air buah halwa kundur pun OK Gak...Caranya ambik sedikit halwa kundur dan masukkan ke dalam air masak.Rendam seketika then bagi minum baby...InsyaAllah....

Mamajenn said...

Nenie, senangnya. Ok2 nnt akak free, akak update entry ni. Tengkiu:D

Chamwaja said...

TQ all for infomation

mkamar said...

Terima kasih kerana berkongsi informasi.

Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.