Friday, April 2, 2010

Cetusan hati...

Amboi lama x berceloteh..sekali dapat bahan, semangat plak nak mengarang di sini.

MJ x tau la samada MJ terasa ke atau perasan ke...tp isu yg agak memanaskan hati MJ berkenaan resepi2 yg diterima dengan menghadiri kelas2 berbayar telah diulas di ruangan sesorg. Seperti MJ katakan dulu, MJ perlu berlaku adil dengan guru-guru MJ yang memang mencari pendapatan sampingan dengan mengajar kelas2 tersebut. Mereka pun sudah tentunya mengeluarkan modal yang banyak, ada yg sampai keluar duit ribu2 hanya untuk mempelajari resepi yang mereka gemari. Layak ke kita yang tidak mengeluarkan sesen pun meminta2 resepi dr org 3rd party yg menimba sedikit dr ilmu guru2 tersebut.

Tiada hal lari customer atau apa dalam isu ini. Rezeki ditentukan oleh Allah. Pandai kita la memilih samada ianya halal, haram mahupun berkat dunia dan akhirat. Sy tukil sedikit dialog di antara rakan2 yg menghadiri kelas dan guru kami. Guru kami meletakkan yuran yg agak rendah berbanding guru2 yg lain. Niatnya hanya untuk menurunkan ilmu yg telah dia pelajari dengan modal hampir ribuan ringgit. Apa yg dia terima, satu email dari org yg tidak dikenali yg memarahi dia kerana meletakkan harga sedemikian rendah. Atau dlm kata lain, paling murah di Lembah Klang.

Jika beliau yang hebat dgn ilmunya itu meletak harga rendah pun dah kena marah, apatah lagi sy ni yg br merangkak2 dlm dunia masakan (err maybe biz too), letak resepi beliau di sini. Mungkin kita boleh kata, pengusaha lain selamba je letak resepi apa yg diorg niagakan, ok je. Tp adakah kita memahami kaedah sebenar penyediaan tersebut? Adakah kita yakin resepi yg diletakkan itu tiada rahsia terselindung? Bagi yg mmg bertuah (tangan sentiasa menjadi) mungkin tidak perlu menghadiri apa2 kelas, semuanya akan menjadi hanya berpandukan resepi2 yg boleh di cari di internet. Bagi yang kurang bertuah, mungkin akan menyumpah2 kononnya pemilik resepi tu tipu dengan meletakkan resepi yg tidak betul. Bg mereka yg telah menghadiri kelas2 tertentu, mereka dpt menilai resepi mana yg betul, resepi mana yg ditulis secara ringkas:D

Saya akui yg sy bknlah golongan yg sentiasa senang dlm segala hal. Byk benda/kemewahan yg sy perlu nafikan untuk sy gunakan budgetnya itu dengan membayar yuran2 kelas yg sy hadiri. Tidak sesen pun duit suami sy yg akan sy gunakan untuk kemewahan diri even to have my very own notebook. Sy perlu asing2kan setiap sen gaji saya jika mmg utk keperluan diri sendiri. Hal2 keluarga, sudah tentu bahagian pendapatan suami kan hehehe. Masa juga adalah masalah bg sy. Sy terpaksa mengorbankan waktu kerja suami yg bekerja shift untuk ambil cuti pada hari2 yg sy terpaksa hadiri kelas2 tersebut. Meninggalkan anak2 dlm jagaan suami bknlah mudah, apatah lagi dia yg kurang melibatkan diri dlm hal2 pengurusan anak setiap hari.

Jadi kepada pembaca, pengunjung, rakan2 blog, jgn mudah menghukum org hanya dengan perkenalan maya ini. Kita tidak berpeluang langsung untuk mendalami situasi masing2. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan saling hormat-menghormati.

2 comments:

Dessert Queen said...

Den paham cito kau ni..hehehe..hehheeh..hahaha..hahhaah

Mamajenn said...

eh ado part yg den lupo hahahaha. Nnt la den edit kemudian..Den teremo sikit dgn entry org tu...