Ok MJ tersangat malas nak menaip. So, C&P je dari blog mamahawa..mintak izin ye mama angkut resepi ke sini pulak:D
Bahan:-
- 5 keping frozen plain paratha (MJ guna jenama Kawan)
- 5 biji telor - dipukul sedikit
- sedikit daun bawang - hiris halus - MJ x letak sbb x de
- 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa
- sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha- MJ guna minyak biasa
- beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)- MJ letak kat dalam semasa menggulung mcm mamahawa buat
Cara-Cara:-
- Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
- Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
- Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
- Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam. MJ makan ngan mayonis + sos cili...
2 comments:
wah abg kimi..kt skool mcamana dia mkn agaknye?ade menu spesel utk dia x?nway nmpk cm best jee rsepi ni..huahuahua lapaq
myza, cikgu dia ckp klu menu pasta dia mmg mkn abis..tp klu menu lain2, kuih ke, buah2 ke...paling susah dia nak menghabiskan. Try la resepi tu, simple giles...tp AWAS jgn ambik cheese lbh2 ye..
Post a Comment