Thursday, April 29, 2010

Limedin (Tumis pucuk paku merah)

Knp Limedin? Hehehe opismate MJ ni org Sarawak. Masa MJ beli sayur ni kat Pasar Tani (pasar ni setiap Jumaat di Jab. Pertanian Serdang), 2 minggu lepas kot, kawan MJ ni punya la excited sebut nama tu. MJ tanya camana masak dia...dia kata, tumbuk2 bwg, ikan bilis, cili padi, tumis, masuk air bla bla bla....eh cam masak tumis biasa je kat sini (semenanjung). Tu yg MJ nak perkenalkan nama tu kat org2 semenanjung yang x biasa dgr. Dia kata, org Iban suka makan sayur ni..MJ ckp, MJ bkn la org Iban tp suka gak mkn sayur ni hehehehe.

Untuk tumis sayur ni, MJ hanya buat camni:

Bahan A
- bawang putih
- bawang merah
- cili padi (ikut kepedasan memasing)
- ikan bilis (sikit je)

Tumbuk lumat semua bahan di atas.

Bahan B
- Pucuk paku merah (ambik daun dan batang yang lembut sahaja)
- kicap manis
- garam secukup rasa

Caranya :
- Tumis semua bahan A dengan sedikit minyak.
- Dah layu atau garing, masukkan 1/2 atau 1 cawan air (depends pd byk mana sayur kita n byk mana kuah yg nak dihasilkan)
- Masuk sikit kicap manis dan garam secukup rasa.
- Kacau rata dan tutup api.

No comments: