Friday, April 30, 2010

Sup ikan merah

Mmg syok sekali sekala layan sup ikan. MJ teringin nak makan sup ikan merah. Mcm org mengidam plak. Setelah puas menggodek internet, merayap rumah2 pakar masak seantero dunia ni, akhirnya MJ jumpa la resepi Sup Ikan Power...sapa lagi klu bukan cik mat kite. Meh la cuba. Mj C&P je dr myr.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
  • BAHAN2 REMPAH:-
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

4 comments:

Nowwa Fitri said...

Hahahha...den ado gambar kari kepala ikan ni...tengah pikir nak buh ke tak resipi den ni...tegokla popcake aku weh..dah banyak order dah ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam MJ...sedapnya sup ikan merah!!mmg sonok sgt anak2 dh blk...(anak k.atie 2 org jer....dua2 dok asrama...tue yg best sgt klu depa dpt blk umah)!!

Sue @ Nenie said...

Salam sup ikan merah memang peberet ni...biasa tapau kat gerai je...bila lah nak masak sendiri yaaaa....

Mamajenn said...

nora : bubuh la weii apa lagi hahahaha...popcake ko? alahai knp aku tidak bernafsu ke arah itu:p

k.atie : mmg best k.atie. Bila dah tau mcm2 resepi, sesuka hati je skrg nak campak2 apa 2 dlm masakan hehehe..

Nenie : try la buat..sedap. x tipu!