Monday, July 19, 2010

Perbezaan Ikan keli (makan bahan haram @ halal)...betul ke?

Salam semua. MJ dapat ni dr email yang di fwd oleh my x-schoolmate. So, x sure samada sumber ini betul atau tidak. Tapi mungkin kita akan lbh berwaspada selepas ini bila membeli atau menyediakan menu ikan keli untuk keluarga.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

5 comments:

Shi Ma said...

salam ziarah...

terima kasih kongsi fakta.. shima tiba2 jadi mcm nk loya pula, padahal ikan keli mmg feverat... :)

sehati sejiwa said...

waduh??
mcm mana nih..itu kegemaran aku n ayahndaku serta suamiku...kena hati2..sumenyew..meragukan skang nih

Mamajenn said...

shima & k.long : eh jgn la sampai x nak mkn pulak..rugi..sedap kan lauk ni..cuma kena hati2 le masa membeli..(hehehe nasihat kat diri gak nih)

myza said...

puas la membelek lepas ni..nak2 kalau beli yg siap masak kan..huhu..cmno nak cam ..harap2 org kedai makan pon jago la yo..

Mamajenn said...

kat selangor ni mmg byk cite pasal ikan ni myza...akak dah laaaammmaaaa x makan melainkan yg dr kolam abg akak..yg dah siap masak mmg dah lama x mkn huhuhu takut woo jadi darah dgg