Friday, February 3, 2012

Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 1)

Mungkin ada sesiapa yg dok riuh mencari info tentang bercuti di Bandung, Indonesia. Apa yg best di sana? Betul ke org nye begitu, begini? Awal2 MJ n family decide utk pergi bercuti di sana, mmg mcm2 cerita yang pelik2 dan menakutkan MJ dengar dari org sekeliling. berdebar2 juga ksebenarnya nak pergi. Tp nak batalkan rugi plak sbb tiket flight semua telah dibayar. So, tawakal je la. Niat mmg nak bawa anak2 jalan2 tgk negara org dan urusan peribadi kami.

Kami memang x pernah membawa keluarga keluar dari Malaysia. Zaman bujang dulu merasa la. Tp itu pun atas alasan kerja (semua diuruskan oleh department). Jadinya, byk ilmu perlu diperolehi sblm berlepas. Mujur ada kawan MJ yg sorg ni. Kaki melancong hehe..Mekasih Nowwa yg byk ajar itu n ini pada kami. Jasamu dikenang. Luv u bebeh! Sapa2 nak refer cuti di sana-sini blh la gi jenguk blog beliau.

Hari yang ditunggu tiba. Setelah sampai di LCCT, kami ke bahagian check-in (luggage n ticket). Beg baju besar dihantar ke kargo manakala beg2 penting (beg susu n diapers baby) MJ isi dlm backpack shj untuk dibawa ke atas flight. Ye arr kang emergency, baby MJ poo ke atas tu kan susah plak nak salin bagai. Kemudian kami ke balai berlepas. Ada lagi satu pemeriksaan pihak kastam di situ. Selepas melewati pihak kastas, kami beli mknn ringan utk anak2 makan kerana bimbang flight delay ke apa ke or dirog maybe lapar. Turun tangga dari bahagian tersebut, kami ke ruangan menunggu. Tunggu berhampiran kawasan gate kami. Flight kami delay 45 minit je. Memang riuh bw anak2 n penat pun ye jugak sbb diorg dah excited sgt nak naik flight. (alah jakun plak anak2 aku ni kan). Tepat jam 8 mlm, Gate kami dibuka. Pihak AA mengesahkan sekali lagi boarding pass kami sebelum dibenarkan melalui laluan ke kapal terbang kami. Saat sampai sahaja di atas kapal terbang, pramugari dan pramugara Indonesia menyambut kami.

Dah cari2 tempat duduk, kemudian tunggu sampai semua penumpang masuk dan duduk tempat masing2. Di luar hujan gerimis. Kilat kadang2 kelihatan di cermin kapal terbang kami. Semasa dlm penerbangan, terasa juga gegaran bila kilat/guruh. berderau jap darah. Dlm hati berdoa, Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami..ngeri tau.

Dalam flight turut dijual makanan. Pramugari/a akan membawa troli dan berjalan di laluan antara penumpang sambil membawa makanan. Mj tidak mengambil tiket sekali dgn makanan. Lagi 1, x berani nak try lagi menu mereka hehehe..klu dah kebulur sgt, blh je beli. Maggi pun ada. Sementara itu, pramugari yg lain akan datang menghampiri setiap penumpang sambil bertanya, Indonesian? If no, then please fill up this form madam. Ada borang kecik yg perlu diisi detail kita. Kad tersebut mesti disimpan sehingga tiba di terminal nnt.

Hampir 1 1/2 jam di dalam flight (eh tp x rasa lama pun), kami nampak 1 kawasan yg penuh cahaya. Ye, rumah2 org2 bandung. Dibina rapat2 dan sangat padat. Maka, kami pun yakin, ahh lega dah nak sampai. Terminal mereka kecil shj. Tidak seluas LCCT/KLIA. So, confirm korang xkan sesat.

Sampai di terminal, agak kurang selesa juga pada MJ. Kami kena beratur di laluan yg agak kecil dan x tau pun utk barisan apa. Sehingga tertinjau2 utk tgk laluan Indonesia or Foreigner. Org sgt ramai. Panas. Penat. Mula la MJ menahan2 je sabar.

Sampai giliran kami, pak imigresen Indonesia memeriksa dokumen kami. Kad kecik yang diberikan di tas flight diserahkan. Sebahagian kecil kad itu dikoyak n diminta kami menyimpannya lagi sehingga diserahkan sebelum pulang nnt.

Beg dah tiba, supir pun dah tiba juga! Terus supir membawa beg kami dan diminta menunggu seketika utk beliau dtg ambil kenderaan. Kereta MPV yg luas dan selesa serta bersih. Hmmm senang hati MJ. Terus sahaja kami minta bawakan kami ke tempat makan. Sebaba anak2 bersungut dah lapar. Agak2 apa yg kami makan hari pertama sampai di sana .............................................. KFC! Waa lega hati dpt mknn yg sama mcm di Malaysia.

1 yg MJ suka, KFC mereka sgt bersih. Ruang basuh tangan yg selesa utk anak2 guna. Walaupun tlh dibina rendah, tp mereka turut sediakan stool untuk mereka yg lagi kecik panjat dan gunakan sinki. Kat Malaysia mungkin ada tp MJ x pernah jumpa. Mereka ada ruangan santai berbumbung mcm coffeahouse di Malaysia. Ohh remaja di sana sama shj mcm di Malaysia. Lepak, main2 enpon/lappy. So, normal okey..x de yg pelik2. DH MJ yg membuat tempahan makanan. Cuak juga katanya masa mula2 nak ckp. Takut mereka tidak faham. Alhamdulillah, ok shj. Sehingga mereka berikan - GRATIS utk bapak!. DH yg tidak faham mulanya menolak apabila 3 cd ditunjukkan kepada DH. Ingatkan suruh beli. Staf kaunter tersebut terus menerus kata, ini gratis pak..gratis..pilih sj. Disebabkan takut benda2 x elok berlaku, gaduh ke apa ke kan..DH MJ memilih salah 1 cd yg ditunjukkan kepadanya. CD Rossa. Sbb itu je artis yg DH kenal hehehe.

Ingatkan kena bayar, rupanya diorg mmg bg free. Comeh laki den.

Penat dah taip..nnt sambung la episod kedua. Bladder MJ pun rasa mcm dah kecut2 nak gi washroom hehehe...

5 comments:

Dessert Queen said...

hihihiihih :P

Mamajenn said...

hehehe suke...n saje nak share ngan org lain plak ke'suke'an aku ini hahahha...bangkok tu nnt ko cite detail lg..berangan gak:p

myza said...

mende ape gratis??

Mamajenn said...

free cd. Ada 4 artis, dia soh pilih 1. Cikbob ambik rossa sbb tu je yg kenal hehehe

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.