Wednesday, April 18, 2012

Granola bars

Sebenarnya MJ x pernah tahu pun nama makanan ni 'granola bars'. Cuma MJ selalu jumpa kat rak2 di supermarket bahagian cereal. MJ cuma emmm sedapnya nampak benda ni n nampak mcm makanan penuh fiber. Tp kotak kecik, sikit n mahal. Tetiba blog walking, terjumpa la sebijik sebijat makanan ni kat blog kak Madiha (lagi)..laju la MJ kopipes tp peram dulu. 2/3 kali gi Giant, dok usha lagi benda tu n CONFIRM, itu la namanya n bendanya.

Terus cari barang n buat ngan anak2 adam MJ. Sgt la meriahnya...ha kau, puas makan...:D

Ok MJ share resepi ni kat blog MJ plak. Ikut semua panduan kak Madiha. Insya-Allah jadi. Minta halal ye kak Madiha untuk MJ kongsi dgn pengunjung blog MJ pula.

Granola Bars
Diolah oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")

Bahan2
2 cawan Oats (kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’)
1 cawan Corn flakes
1 ½ cawan Puffed rice (resepi asal guna ½ cawan je) - non hado..so MJ x bubuh pun
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed) - MJ guna almond flakes
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)
½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter

Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup. (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong. Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.

No comments: