Bahan inti:
250gram Plain Yogurt
200 ml whipping cream
8gram (2 sudu besar) gelatin (MJ guna sepeket halalgel ±10g gitu. Malas nak simpan baki sikit2)
70 gram gula kastor
120ml susu segar
1 sudu kecil jus lemon
untuk base kek (ni resepi ros)
10 keping biskut oreo
50 gram butter yang telah dicairkan.
untuk base kek (ni resepi MJ)
sebaris biskut marie (brand hwa tie) - blend halus
1 1/2 sdb butter - cairkan
Cara-cara untuk base cake:
1. Blend hancur biskut marie/ore. (Klu oreo buang intinya). Masukkan dlm mangkuk dan campurkan dgn butter cair. Gaul rata dan tekan padat dlm loyang. Utk loyang, MJ lapik dgn foil paper yg saje dilebih2kan keluar utk memudahkan kek dikeluarkan apabila dah set.
2. Utk mereka yg byk masa, simpan base cake dlm fridge selama 1 jam. MJ yg x byk masa ni hehehe, bakar selama 20 minit 160°C. Biarkan sejuk selepas itu.
Cara-cara untuk inti:
1. masukkan 2 sudu besar air di dalam cawan dan letakkan gelatin kacau supaya tak beketul. panaskan susu didalam periuk, masukkan gula dan larutan gelatin tadi dan kacau sehingga gelatin betul-betul larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, pukul yogurt sekejap hingga creamy dalam bekas. Kemudian pukul pula whipping cream hingga creamy dlm bekas yg lain, tapi jangan kental sangat ye, masukkan yogurt, jus lemon dan bancuhan susu segar tadi. Kacau menggunakan spatula dan curahkan ke atas base cake, simpan didalam peti ais lebih kurang 4 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dipotong dan sedap dimakan bersama sos blueberry atau orange marmalade. kat umah strawberry filing je. So, layanzzz....
8 comments:
Salam Akak..
Sedapppnya cheese cake ni..pernah makan sekali, itu pun beli kat secret resipi..len kali ada masa dah boleh cuba buat sendiri pula.
mmg sedap pun tp harus diingat, ini bukan cheese cake hehehehe..try la, simple sesgt nak buatnya...
cedapnyeeeee huaaaaa
tu baru tgk, blm rasa lagi. cepat gi cari barang. X susah pun & x yah gi sampai bangi nu. Suma ada kat GU tu hehehhe
Salam Mamajenn ... boleh minta se potong cheese kek tu?
TnT, cemana nak bagi...bekas pun dah simpan dlm gobok hehehehe...
oh ni bukan ceez kek ni yogurt plak eh.sangat pandai+rajin la sifu tongga ni..ehheheh..bleh try nnt..tq
cuba manak...simple je ni...kot ciskek hr tu selamaba je blh buat, apatah lagi yg x yah pakai cis ni..
Post a Comment