Monday, March 8, 2010

Cerita-ceriti balik Pekan

Baru minggu ni MJ sempat mengarang cerita balik ke rumah in-law minggu lepas. Asalnya balik hari sabtu dan pulang ke KL hr Ahad. Tp MIL request stay lg 1 malam. Kebetulan bos MJ x de, outstation. Blh la MJ sambung cuti sampai Isnin. Kesian kat diorg br nak main ngan anak cucu dah sibuk nak balik KL hehehehe.

Sgt panas di Pekan. Sepanjang 3d2n, MJ sakit tekak, sesema n batuk2. Belawan plak ngan MIL batuknya. Sepanjang perjalanan ke Pekan, 2 biji kereta bomba MJ jumpa sedang memadam api di hutan tepi2 jalan. Keadaan panas kering di Pekan ditambah dgn 'kebijaksanaan' mereka yg tidak btggjwb dgn membakar sampah plak secara terbuka. Lagi la sesak dadaku bernafas...

MJ suka balik Pekan ni sbb mewah dgn makanan. Hari pertama sampai je, MJ dah pekena laksa Pahang. 1st time makan. Hmmm nampak lain cara penyediaan. Lebih kurg laksa Penang tp ditumis dan dimasukkan santan pulak. Mee laksanya pula, MIL order laksa gandum. Cemana nak cerita rasa n texture mee ni ye? Lupa plak nak ambik gambar. Maklum le penat br tiba dr KL.

Keesokan paginya, DH belikan sarapan nasi dagang, pulut kuning + rendang ayam. Perghhh sarapan yg mengenyangkan. Tghrnya MJ diamanahkan menyediakan makanan tghr. Puashati tgk FIL makan bertambah hahahaha perasan gue! Menjelang petang, MJ ajak k.long ke rumah beliau utk bw kek yg MJ buat khas untuk adik Danial (anak k.long).

Sebenarnya nak sambut b'day dia kat Melaka masa Raya Haji tahun lepas (ada la org tu last minit terpaksa tukar plan hehehehe). Petangnya ±7pm, kami di bawa oleh k.long my SIL ke pasar malam.

Sampai di pasar malam, wahhhh byknya makanan. Mula la mata rambang, selera x hengat2, mulut dok muncung2 tunjuk mknn :D. Semua nak dimakan dan dicuba. Kalau di Serdang, kuih RM1.20, baru dapat 3 ketul tp di Pekan RM1 Mj blh dpt antara 4-5 ketul kuih dan saiznya besar2. Biasa dgr mee kawah? Ala mee yg masak dlm kuali besar2 tu. Di Serdang, klu sebungkus tu sorg dewasa blh makan, tu pun blm tentu kenyang. Bila kat situ MJ beli la 2 bungkus/mee goreng, 2 bungkus bihun, 2 bungkus kuetiaw untuk dijamu seisi keluarga. Sekali bila bw balik, ha kau..hambik...banyak gile bila masuk dlm pinggan. Makan la kitorg sampai telentang hahahaha! Bising FIL beli byk sgt..haduiii ampunkan patik, patik terbawa2 harga makanan di Serdang:p Malam tu MJ org pertama yg pengsan dulu sbb kekenyangan huhuhu buat malu je.

Esok paginya, k.long + DH (masing2 x tau saling membeli) belikan nasi dagang, nasi kerabu daging salai (perghhh sedapnya daging salai tu. sampai skrg teringinnya nak rasa lagi), laksam, pulut kuning, kuih dll. Banyak sgt mknn pg tu. Semuanya rasa mcm nak ditelan. Tp Mj hanya mampu menghabiskan nasi kerabu daging salai dan kuih kek batik biskut marie sekeping dua. Anak2 adam sedap le melayan pulut kuning. Kenyang sungguh memasing. Selesai sarapan, kami balik KL.

Otw balik KL, singgah plak ke Mentakab melawat anak sedara DH (anak kepada BIL MJ) di rumah mertua beliau. Dah 5 bulan usianya br dpt bersua muka. Sibuk benar mak n bapak sedara dia ye. Sian dia duduk berjauhan dengan umminya. Oh! Sempat la juga MJ menyusukan si Naufal kecik itu...opppsss susu botol ye:) Lebih kurang setengah jam di situ, kami meneruskan perjalanan ke KL.

Ada budak kecik cemburu mama dia pegang baby Naufal..:p

Perjalanan yang lama dan terperuk dlm kereta sgt meletihkan mereka, dan termasuk parents nya hahahaha.


Huh lagi penat nak taip cerita n malas nak teruskan...hahahaha blh gitu ek:)

6 comments:

moon said...

dukung anak sapa tu, hensemnya. aww

Mamajenn said...

entah le. mak dia x de kat situ, sempat le mak ngah picit2 pipi dia yg mcm pau tu..hehehehe

sehati sejiwa said...

la..naper makngah tak bawak balik serdang ...hehehe biar ummi dia cari hehheh..

Mamajenn said...

bkn umminya yg cari, wan dia yg cr sbb kira cucu yg dijaga kurg sorg hahaha...sain dia, masa dukung dia ingat ummi dia kot, dia isap2 tudung sy...rindu ngan ummi dia la tu...

myza said...

isk ank sape tah isap tudung org..hihihi..lain nye naufal..sgt chubby..oh mJ sgt mewah makann d phg yerp..xpa skg giliran saya plak ..(haish bila nk kurus ni)...

Mamajenn said...

sabar myza...sekat2 sikit selera tu..kang ada yg jadi kusyen hehehehe gebu sgt