Tuesday, March 23, 2010

Gulai /Kari ayam

Masa MJ belaja dulu, selalu gak gi kampung kengkawan. Bila tiba menu begini, ada negeri yg panggil gulai dan ada juga negeri yang panggil kari dengan penerangan yang berbeza2. Tp bg MJ (ke mmg org Selangor pun panggil gitu, ke MJ je kata gitu :p), kari atau gulai adalah menu yang sama. Mungkin ada otai2 yg sudi huraikan 'misteri' ini hehehe.

Ok, untuk gulai ayam yg dimakan dengan nasi dagang baru ni, MJ combine dr pelbagai source of recipe. Klu sudi meh la cuba. MJ letak kat sini utk rujukan MJ juga di masa akan dtg.

Sumber asal dr Myresepi. Pastu campur2 sana sini, maka terhasillah resepi ini.

Bahan-bahannya:

a.Mayang halus
Bawang merah
Bawang putih
Halia

b. Bancuh menjadi pes
Rempah kari ayam
1sdt serbuk kurma
1/2 sdt serbuk kunyit
cili boh (ikut kepedasan memasing)

c. Bahan lelain
ayam - potong ikut saiz kegemaran
kentang - potong 4
daun kari
Santan
asam keping
garam

Cara-caranya:
1. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan daun kari hingga kekuningan dan daun kari agak layu.
2. Masukkan pes dan kacau hingga pes pecah minyak (minyak melompat2 gitu)
3. Masukkan santan cair, ayam dan kentang. Kacau sehingga agak2 ayam dan kentang telah empuk.
4. Masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga kentang dan ayam empuk sepenuhnya dan santan masak.

2 comments:

Dessert Queen said...

Orang belah utara panggil kari ni pun gulai la weh...

Orang NS Gulai tu,maknanya Masak Lomak Cili Api..

Orang Melaka/Johor lebih pada masak asam pedas..sebab itu lah lauk utama diorang..

Yang lain2 kalau Kelantan still gulai untuk sumer yg berkuah..

Selangor/KL ni kan dah ramai campur2 pendatang dr semua negeri..aku rasa 2 tempat ni dah xde identiti dah...hahaha..

ERk..panjanglak membebel pagi2 ni;banyak masa order minggu ni dah siap..haha..tinggal minggu depan jea.

Mamajenn said...

hamboiii hang mcm buat program JJCM..habih semua hang tau noo...Siot je ckp org Selangor x de identiti. Aku still panggil yg menu lauk tu Kari, yg sayur2 tu gulai. Jap aku tgh pikir, ada ke menu yg mcm kari tp disayur kan hahahahaha otak jam pepg hr ni.