Thursday, April 22, 2010

Cucur roti daging

Edisi memperabihkan roti gardenia yg dah nak sampai penghujung hayatnya. MJ ambik dari myresepi, kemudian olah sikit2 mana yg patut ikut apa yg ada kat dapur..senang..budak2 pun suka..makan masa hujan petang renyai2 bersama teh 'o perghhh mmg layan.

Resepi ni ditulis oleh Reen violet..tks ye reen.
  • 6-7 keping roti putih (guna roti gardenia)
  • Daging cincang jenama Ramly Burger (anggaran terpulang selera) *Daging hendaklah dicincang menjadi ketulan kecil, basuh dan toskan kemudian digoreng tanpa minyak (kalau ada serbuk oregano bole letakkan pd daging untuk lebih sedap)
  • 2 biji telor ayam
  • Tepung gandum
  • Daun sup (diracik halus)(MJ ganti daun kucai)
  • 1-2 biji lada merah ( dihiris halus)
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Pencicah cucur: sos cili ditambah dgn sedikit sos lada hitam

Cara-cara

Roti dicarik-carik, kemudian tuangkan sedikit air dan hancurkan hingga lumat. Masukkan sedikit tepung gandum untuk jadikan adunan tidak terlalu cair/lembik. Kemudian pecahkan telor dan kacau rata (sekiranya adunan cair bole tambahkan tepung sedikit). Masukkan daging, daun sup dan hirisan lada. Tambahkn garam dan lada sulah sebagai perasa. Kacau rata. Sedia untuk digoreng seperti cucur yang biasa.

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam mama..Adusss...lamanya tak kesempatan nak bertandang sini...tgk, baruuu je tinggal sekejap...hidangannya dah berderet-deret ni.....Sedap-sedap pula tu.....

Alternative hidangan roti yang bagusss untuk abiskan stok...almaklumlah, asyik asyik sapu jemmmm jeee...boring gak kannnn...?

Mamajenn said...

hahahaha nenie lama senyap...blog pun cam lama je x de bau mknn baru hehehe...aah mmg kadang tu mencari2 idea nak perabihkan roti2 yg dipandang sepi org2 kpg kat umah tu:D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam MJ..sedapnya klu dapat mkn cucur ptg2...num lak air kopi..adusssss!!nanti MJ dtg umah yer...amik munge!!

Mamajenn said...

salam kak atie...klu dah malas sgt tu kak, cucur pun syok gak layan ptg2...hehehhe..ooo nnt sy dtg umah petik munge tu ye..sementara tu siram dulu bagi segar sikit...mekasih ye