Wednesday, December 10, 2008

Apam Ice Cream Soda/Sprite

Percubaan kali kedua. Tahun lepas pernah try tp x naik langsung. Terajin ni gara-gara ada setin air sprite kat umah baki mkn pizza kelmarin. TQ Tuanku Bob kerana sudi menyingsing lengan, mencemar duli membantu patik di dapur.

Sumber asal x ingat dr blog sapa. Tapi nama kat kertas yg ku print ini, sumber dari maklang FP.

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g gula castor
1 sdb ovellete
3 biji telur

Bahan B
300 g tepung gandum/tepung naik sendiri (i guna tepung berserbuk penaik Brand 'Blue Key")
1 sdt baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Caranya:
1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil terus dipukul.
3. Masukkan Bahan C dan gaul sebati
4. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk warna plain dan 1 bahagian lagi dibahagi 2 dan dicampurkan 2 warna.
5. Masukkan bancuhan dalam acuan dan kukusan mestilah telah sedia menggelegak airnya. Bungkus penutup kukusan supaya wap tidak jatuh ke atas bancuhan.
6. Kukus selama 10 minit.

Post-mortem :
1. Tak tau kat mana silapnya, masa 1 round buat apam mcm melekat2 bila nak keluarkan. Adakah disebabkan acuan basah atau tidak digriskan terlebih dahulu? 2 round buat, aku griskan dulu acuan dan hasilnya senang pulak nak keluarkan.
2. Maklang tu kata kalau kukus dgn api yang besar apam akan pecah cantik. Tapi aku punya api tu dah max tp hasilnya camtu gak...hahahahha. Apa yg kurang ye? Susah gak buat apam ni sbnrnya. Ke aku yang tak pandai..:p

Rasa apam ni ok la...x manis sgt, x tawar sgt..ringan dan lembut. Kimi pun suka makan, Najmi tu tolak kayu ngan batu je... ooo dan juga segala jenis ubat.Selamat mencuba.

4 comments:

Saiful Ramadzan said...

tahniah kaler menarik.. letak icing leh jadi lawa.

Mamajenn said...

Tengkiu..ade ke org bubuh aising atas kuih apam? Sedap ke?

Anonymous said...

ovellete tu ape?

Mamajenn said...

Anonymous : Ovellete tu dia kaler kuning keorenan (ceh ada ke perkataan nih:p). Klu pasaraya biasa, diorg letak kat area bahan2 baking - esen, pewarna, baking powder gitu. Dia likat, nak guna kena ambik guna sudu. X leh tuang2 cam madu tu. Gunanya utk bagi gebu n lembut, klu x salah le. Ilmu sy pun x byk mana lagi hehehe