Tuesday, December 9, 2008

M.A.T.I

Masa kitorg sampai dari kampung, ada sekor kucing kurus sgt, berkurap, duduk atas kerusi depan rumah. Kesian pun ye jugak. So aku biar je la. Cik Bob pun x halau gak. Memasing penat. Malas nak layan kes2 begitu.

Pagi tadi nak gi keje, tengok ada lagi kucing tu. Ah, biar la! Nak cepat gi keje. Pastu tengahari tadi balik umah jap. Konon nak basuh baju kotor yg bw dr kampung. Pastu terperasan le kucing tu dah terbaring atas lantai, najisnya bersepah2. Ada lalat dah datang2 hinggap kat badan dia. Tgk lelama, eh gerak lagi dada dia. Hidup la ni. Terbantut niat nak membasuh.

Pastu aku masuk umah. Makan tengahari, tapau dr kedai. Masa tgh makan tu dengar bunyi macam kucing 'jerit' tp sekali je. Pastu senyap. Masa tu x syak apa2. Call Cik Bob bgtau dia ada kucing nak mati kot. So, mintak tolong Cik Bob 'settle'kan kawasan kejadian. Blh pulak Cik Bob kata aku pijak kucing tu..suke2 hati je. Ingat kita ni kejam sgt ke.

Pastu dah nak dekat kul 2, siap2 nak gi balik opis. Aku tgk kucing tu dah mati, pastu siap ada air kencing n najis kuar lagi..tetiba terfikir haiwan yang x buat dosa besar2 pun mati sampai terkencing, terberak. Kalau manusia, entah macamana la. Baru teringat bunyi kucing 'jerit' sebelum tu. Betapa sakitnya nyawa dicabut. Kesian pulak tgk kucing tu. Rasa takut pulak andai kata esok lusa kita dijemput menemui-Nya. Memang mengaku amalan x banyak mana, dosa bertimpa-timpa..mana nak tampal pahala kat dosa sesama manusia lagi, dengan Tuhan lagi..Oh Tuhan! Takutnya mati.

2 comments:

machogirl said...

amboi-amboi rajinnye meng'update' blog nie...sah2 mung lg x de keje....muakahkahkahkahkiok...siannye kuching tuh...posal le ko x bg dia mkn...dh kebumi kat ne

Shima Sulaiman said...

ni sbb prof. akak cuti seminggu. tu yg rajin hahahha..mana ada kebumi, cik bob baling je dlm tong sampah..siap muntah2 lg..busuk mcm dah mati brp hr..