Friday, December 12, 2008

Ikan Masak Asam

Semalam cuti utk rakyat Selangor sahaja sempena hari Keputeraan Sultan Selangor. Macam biasa la kan, bila cuti ni dok sorg2 je la kat umah. Malas la sikit nak masak beriya sgt utk lunch ke breakfast ke.. so ni menu tghr smlm..

Bahan-bahannya:

Bahan A
4 biji bawang merah
sebiji cili merah (ikut suka nak pedas mana)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
sebatang serai
sedikit belacan

*Blend sume bahan A

Bahan B
1 mangkuk air asam jawa

Bahan C
Ikan apa2 je
gula + garam

Bahan D - optional
hirisan nenas/bendi (kalau dah bubuh nenas, kurangkan air asam jawa)

Caranya
Tumis Bahan A sampai naik bau. Masukkan Bahan B dan kacau sehingga mendidih. Masukkan Bahan D jika suka dan akhir sekali masukkan ikan. Perasakan gula n garam. Senang je utk mereka2 yg malas nak masak seperti saya hahahaha. Kimi n najmi pun blh makan sbb x pedas n ada rasa manis2 air nenas tu kuar. Perhatian ye, ramuan di atas adalah utk seekor ikan shj.

No comments: