Tuesday, December 9, 2008

Kek Mentega Keju

Lamanya blog ku terperap..hehehe start dah penyakit 'M' menyerang..Baru sekarang free utk keje2 yg x masuk dlm job description nih :)

Ok ni nak update resepi br buat last Friday. Bawak balik kampung hubby ada kenduri kawen. And i only can prepare them below cake...huhuhu mak penat last week..

Ok tenung gambar ni dulu yek...

Sumber : C&P from Chef Norzailina blog (maleh nak menaip)

Bahan2nya:

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna }
1½ camt serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam



1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. (My oven - 160°C ; 50 minit)
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Kek ni baunya harum. Makan bebanyak pun x jemu/muak macam kita makan kek butter sahaja. Boleh le try.

Note : Butter n cheese perlu berada pada suhu bilik sebelum digunakan. Butter blh dipotong kpd bbrp bhgn sebelum dipukul supaya suhu sekata. Cheese yg terlalu sejuk akan menyebabkan adunan berketul-ketul dan hasil tidak menarik. Kaedah kaup-balik semasa memasukkan putih telur ke dalam adunan tepung sangat membantu memerangkap udara dan menyebabkan kek ringan. Ni sume petua chef tu...mak ringkaskan ye nyah...ceh! Tu yang korg nampak mcm terer masak..hakikatnya ohhhh tidak..aku pun budak baru belajar..tp suka nak share ilmu yg sikit nih...

No comments: