Tuesday, December 23, 2008

Puding tapai berkuah

Hari minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti memasak. Bermula dari rumahku membawa ke rumah Capt. Pait. Atas permintaan suamiku itew, menu pencuci mulut ini aku sediakan utk kawan2nya di workshop disamping ikan siakap sweet sour, ayam goreng, sambal udang, sayur.


Resepi ini aku copy dr blog K.Ummi, Kuantan.

Bahan2 puding:
6 ketul/sebekas tapai ubi (saiz bekas tau fu fa yg beli kat pasar mlm tu)- buang empulurnya
600 ml fresh milk
1 biji telur
1 1/2 sdb tepung jagung
1 sdt esen vanila
pes pandan/pewarna hijau

* Blend je sume diatas, masuk dalam loyang, tutup loyang dgn foil paper utk mengelakkan wap air jatuh dan kukus dlm 20 -30 minit. Sejukkan

bahan2 kuahnya:
1 tin susu cair
2/3 cawan gula
1/2 cwn air
daun pandan - simpulkan
esen vanila

*campur sume dan masak atas api kecik sehingga gula larut

Bila puding dah ready, skopkan dlm mangkuk kecik2, curah kuah. Sedap dimakan lepas kuar dr peti sejuk.

2 comments:

aid said...

mekasih aa masak utk umah gua....lupo aa....puding tapai nie x dok lobeh ko

Shima Sulaiman said...

tgk la wkend ni kot ada mood nak buat..:)brg ada balance lg kat umah...