Thursday, March 25, 2010

Apam Gula Melaka

Kuih kegemaran anak2 adam kami. Klu ikut resepinya, masak guna loyang je. Tp hari tu angin rajin kuat sangat meniupnya, MJ buat dlm cawan apam yang kecik2 tu. Senang anak MJ nak makan. Masa buat ni, Hakimi makan dekat 6 biji, si adik x kurang hebat, 5 biji sekali hadap je...fuhhh sib baik sempat disimpan untuk org2 dewasa di rumah tu merasa..

Sgt mudah, bahan2 yg simple, manisnya yg sedang elok sahaja...mari la cuba kalau sudi. Resepi MJ ambik dari blog k.jun yummylicious..Akak, mintak izin tepek kat sini...mmg mabeles!

Bahan-bahannya:

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam (Kelapa MJ x letak pun sbb lupa nak beli hehehe)


2 comments:

myza said...

amboi gula melaka dah guna buat kuih.
melaka bila lg nk btndang..hikhik..ok x pntun 2 kerat mak..kikiki..

Mamajenn said...

org melaka dok bertanya, entah bila nak ke sana, kena tanya en.driver, dok sibuk ngan train dia aje..alahai la manak...sy dah beli pantun puan tu ye hikhikhik