Friday, April 30, 2010

Sup ikan merah

Mmg syok sekali sekala layan sup ikan. MJ teringin nak makan sup ikan merah. Mcm org mengidam plak. Setelah puas menggodek internet, merayap rumah2 pakar masak seantero dunia ni, akhirnya MJ jumpa la resepi Sup Ikan Power...sapa lagi klu bukan cik mat kite. Meh la cuba. Mj C&P je dr myr.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
  • BAHAN2 REMPAH:-
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

Thursday, April 29, 2010

Selamat Hari Jadi DH (Honeycomb cheese cake)

Add ImageSbnrnya 24hb lepas adalah b'day my DH. X celebrate sesgt pun sbb dia sibuk keje. Entah cemana MJ plak tersilap mengira hari. Kononnya nak buatkan kek untuk dia hr tu. Brg dah beli nih, tetiba br perasan tarikhnya keesokan hari membeli brg tu. Haduiii silap sungguh kali ni. Tiba harinya MJ plak diserang penyakit bulanan itu. Terus x larat nak bgn, jadi letih sesgt. Kesian sungguh DH punya bday langsung x de pape this yr. Akhirnya kitorg postpone sambut n kek pun MJ x deco sesgt. Resepi kek ni dah lama simpan. Tp br kali ni teringin nak try.

Tu je tinggal..ni pun gambar dlm fridege:p
Bahan-bahan
150 gm digestive biscuits, dihancurkan
70 gm butter, dicairkan
500 gm cream cheese
2 (A) eggs
1/4 cup sugar
1 tsp vanila esen
3 crunchie cadbury choc bar, dihancurkan

Cara-cara
1. Sediakan crust dgn mencampurkan biskut dan butter.
2. Pukul cream cheese dgn gula.
3. Masukkan telur dan esen vanila.
4. Tuangkan choc crunchie dan kacau dgn spatula.
5. Bakar 150C selama 15-20 mins ( mengikut kesesuaian oven )

Tp ada sedikti terkilan la ngan hasilnya. Mula2 tu MJ rasa knp resepi ni x pakai lemon zest atau fresh cream atau sour cream. Gambar pemilik asalnya kek pun nampak tinggi w/pun dia kat hanya buat separuh adunan & acuan 6". Dlm cuak tu, MJ try jugak dan hasilnya agak kecewa. Knp x tinggi? Ke mmg resepi ni x abis tulis? x kan 2 buku cheese blh jadi tinggi kek tanpa campur fresh cream dll. Mmg x syok. Tak pe la, nnt sy blanja lain la bang ye...


Nota : Sesiapa yg ada resepi penuh kek ini, tolong la bgtau sy ye..sy blh agak kek ni mesti sedap...cehhh firasat tu!!!
Add Image

Limedin (Tumis pucuk paku merah)

Knp Limedin? Hehehe opismate MJ ni org Sarawak. Masa MJ beli sayur ni kat Pasar Tani (pasar ni setiap Jumaat di Jab. Pertanian Serdang), 2 minggu lepas kot, kawan MJ ni punya la excited sebut nama tu. MJ tanya camana masak dia...dia kata, tumbuk2 bwg, ikan bilis, cili padi, tumis, masuk air bla bla bla....eh cam masak tumis biasa je kat sini (semenanjung). Tu yg MJ nak perkenalkan nama tu kat org2 semenanjung yang x biasa dgr. Dia kata, org Iban suka makan sayur ni..MJ ckp, MJ bkn la org Iban tp suka gak mkn sayur ni hehehehe.

Untuk tumis sayur ni, MJ hanya buat camni:

Bahan A
- bawang putih
- bawang merah
- cili padi (ikut kepedasan memasing)
- ikan bilis (sikit je)

Tumbuk lumat semua bahan di atas.

Bahan B
- Pucuk paku merah (ambik daun dan batang yang lembut sahaja)
- kicap manis
- garam secukup rasa

Caranya :
- Tumis semua bahan A dengan sedikit minyak.
- Dah layu atau garing, masukkan 1/2 atau 1 cawan air (depends pd byk mana sayur kita n byk mana kuah yg nak dihasilkan)
- Masuk sikit kicap manis dan garam secukup rasa.
- Kacau rata dan tutup api.

Menyahut cabaran k.atie dulu...

Lamanya br dapat mengupdate blog. Bz sesgt dgn urusan opis dan hal2 umah..utk pembukaan MINGGU ini (hahaha dah nak ujung minggu br sempat update), MJ nak settlekan hutang dgn k.atie. Lama dah k.atie tag. Sorry ye kak, br sempat nak jawab.



1. Thank and link the person that give you the award.
- Besar makna award ni...rasa cam x layak je nak terima hehehe...apa2 pun MJ SGT2 BERTERIMA KASIH kepada k.atie yg MJ hanya kenal di alam internet ni sahaja. Tks sbb sudi nominate blog MJ untuk menerima award ni. Jom le kengkawan ke blog akak ni. Terer sungguh memasak!

2. pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover
- recently discover? hmmm cemana tu, x sempat nak meng'blog walking' ke blog org lain br ni.

3. contact said blogs and let them know they've won this award
- i am not interested to tag anybody at this moment hehehehe...but i just want to share this award with others. Blh ka sesuka hati tukar syarat camtu hehehe...x pe la kan, dah jadi award kita.

- i would like to give out this award to :
a. k. Nur singapore - admire all photos in ur blog sis and inspired me sometimes!
b. k.sue72, Johor - suka tgk org pompuan biz:D
c. Ninie, Shah Alam - ni pun antara rakan yg rajin jenguk blog w/pun MJ lama x update.
d. Bini askar - antara blog yg MJ rasa interesting utk dikunjungi semua.
e. Fiza ITA - mcm2 dah dibuat kat blog tu..menarik gakk
f. Last but not least, to all my followers too, please take this award as i couldnt list all your name here. This is an appreciation from me to you. Ambik tau, klu x, x nak kawan hahahaha blh plak camtu:D

Ambik je award tu, soalan tu x yah tp klu rajin jawab la ek.

4. state 7 things about yourself

7 je...sikit sgt hahahaha. Ok i am:

- a 'fussy' wife to a very nice, simple and easy-going husband hahahaha
- a fierce but soft-hearted (cemana tu) mum to 2 notti boys (ceeewahhh)
- a very sensitive lady when talk about kids, abuse, poverty
- a person who only know how to cook nasi at age of 22nd (br grad, mak meninggal, dpt keje pastu dok bujang)
- always looking for a new recipies to try out.
- kecik but eat much and in the same time worry about gaining my weight
- always praying that 1 day we can have a 'flower' in our family:D Insya-Allah

K.Atie, dah siap....

Thursday, April 22, 2010

Cucur roti daging

Edisi memperabihkan roti gardenia yg dah nak sampai penghujung hayatnya. MJ ambik dari myresepi, kemudian olah sikit2 mana yg patut ikut apa yg ada kat dapur..senang..budak2 pun suka..makan masa hujan petang renyai2 bersama teh 'o perghhh mmg layan.

Resepi ni ditulis oleh Reen violet..tks ye reen.
  • 6-7 keping roti putih (guna roti gardenia)
  • Daging cincang jenama Ramly Burger (anggaran terpulang selera) *Daging hendaklah dicincang menjadi ketulan kecil, basuh dan toskan kemudian digoreng tanpa minyak (kalau ada serbuk oregano bole letakkan pd daging untuk lebih sedap)
  • 2 biji telor ayam
  • Tepung gandum
  • Daun sup (diracik halus)(MJ ganti daun kucai)
  • 1-2 biji lada merah ( dihiris halus)
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Pencicah cucur: sos cili ditambah dgn sedikit sos lada hitam

Cara-cara

Roti dicarik-carik, kemudian tuangkan sedikit air dan hancurkan hingga lumat. Masukkan sedikit tepung gandum untuk jadikan adunan tidak terlalu cair/lembik. Kemudian pecahkan telor dan kacau rata (sekiranya adunan cair bole tambahkan tepung sedikit). Masukkan daging, daun sup dan hirisan lada. Tambahkn garam dan lada sulah sebagai perasa. Kacau rata. Sedia untuk digoreng seperti cucur yang biasa.

Bubur nasi + sup ayam

Ok menu yang simple je. Harap2 memberi idea kepada kita utk menyediakan menu yg disukai ramai nih:D...buat bubur nasi kosong cam biasa, kemudian buat sup ayam asing tau. Bila nak makan baru la ceduk bubur masuk mangkuk, kemudian curah je nasi ayam..barang2 lain tu, bubuh la klu nak. sekadar nak memeriahkan suasana je...hehehhe

Monday, April 19, 2010

Kung Pao Chicken

Dah lama dah MJ buat sebenarnya tp baru kali ni dapat post menu ni. MJ suka menu ni masa makan panas. Anak2 pun layan. Jumpa resepi ni masa buat 'lawatan diplomatik' kat umah Ros kat Tokyo sana nu..hehehe memang layan..Ros, akak mintak izin ye tepek resepi kat sini plak..

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung ( ros guna katakuriko)
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil) - ros guna peha ayam boneless
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih ( ros guna sos chili thai)
1 sudubesar gula - ros gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung. ( ros guna katakuriko)

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Ros tambah (Dalam banyak2 ni MJ tambah bawang je hehehhe...barang x de kat umah)
1/2 biji capcicum kuning
1 biji piman ( lada hijau)
1/4 biji bawang besar ( dipotong kasar)

* semua sayur sampingan ni ros potong dadu, saiz agak-agak je*

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, April 14, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Diambil bulat2 dr email ye...selamat membaca

"SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya (penulis artikel ini) sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian."

Popia Goreng Bercili

Baru-baru ni teringin sesangat nak buat popia. Tp yang jenis bersalut sambal tu. Manis-manis pedas..intai umah k.Ummi Kuantan yang glam sgt blognye tu..jumpa la pulak resepi tu..lama dah post tu, 2008 lagi hehehe..jom layan..resepi MJ C&P je dr blog k.ummi. K.ummi ambik plak dari kak Liza. Anyway, tqvm to both of youfor sharing the yummylicious recipe..;D


Bahan:-
Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam popia


Inti Popia:-

  • 200 gm udang - hiris halus
  • 1 batang carrot - sagat/racik halus2
  • 1 mangkuk kobis - hiris2 halus
  • 5 batang kacang panjang - potong halus
  • 1 tangkai cili merah - potong halus2 (MJ x bubuh yg ni)
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar minyak
  • garam
Cara Membuat:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun. Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan Sos Cili:-

  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula (MJ letak hampir 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak
  • garam
  • bijan untuk tabur (jika suka)

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Jgn lama sgt nnt kulit popia akan lembik dan tidak rangup. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, April 13, 2010

CIGARETTES may contain traces of pigs' blood

I just receive this from my email and would like to share with all of you...euuuww yuck!!!

CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.

http://www.news.com.au/breaking-news/cigarettes-may-contain-pigs-blood/story-e6frfku0-1225847538778

Home Made Burger

Sejak dah beranak-pinak ni (ceeewah cam la ramai sgt anak;p), hati ibu tu mesti risau bila anak2 x nak makan. Risau gak, nnt sakit perut ke, kembung ke....kan..MJ akan sedaya upaya mencari atau menyediakan menu kesukaan mereka. Memang penat, tp risau punya pasal n kesian kat anak2 sendiri, MJ gagahkan juga.

Ni dinner 2 beradik tu. MJ tanya si abang, nak makan nasi x? Jwbnya, x nak. MJ tanya lagi, dah tu nak makan apa? Jwbnya, nak burger, ma! Ok, daging burger yg siap x de kat umah. Pasaraya sgt la jauh. Lagi pun dah kol 8.30 mlm. Mama mmg malas nak tuakr baju gi kedai beli. Sib baik stok daging cincang ada, roti burger kebetulan ada, apa lagi, menjadi la burger buatan mamanya nih;p hehehe

Resepi ni MJ ambik dari buku Ready, Steady, Spaghetti - cooking for kids and with kids...huiisshhh panjang sungguh tajuk buku..tp as the book mentioned, cooking for kids, so mmg sesuai la menu2nya untuk anak2 adam kami..

MJ ambik bhgn daging burger je ye..

500g minced beef (u may change to chicken minced as well)
1 onion, finely chopped
1 egg, lightly beaten
25g fresh breadcrumbs (yg ni MJ x bubuh sbb bread satu hal x de kat umah, pastu yg siap punya nun jauh di pasaraya :D)
2 tablespoons ketchup
2 teaspoons Worcestershire sauce

Cara-cara: (Part ni MJ ubah ikut step mcm program Chef at Home, AFC)
- Campurkan semua bahan dalam mixing bowl. Gaul hingga benar2 sebati.
- Biarkan dlm 10 - 20 minit dulu.
- Bentuk2kan ia menjadi seperti daging burger yg siap dijual cam kat supermarket tu.
- Bakar seperti biasa daging burger di bakar

Untuk mem'burger'kan ia:
Disebabkan MJ prepare ni utk my sons, so MJ x letak la segala sayur2 yg sepatutnya ada. Letak timun pun diorg dah bising2 suruh keluarkan...hishhh susah sungguh nak mkn sayur

- Roti burger di belah dua.
- Sapukan butter pada permukaan dalam burger tu (Base & top). Bakar seketika.
- Letakkan daging burger yang tlh siap dimasak di atas burger bhgn base. Letakkan sekeping cheddar cheese di atasnya.
- Masukkan burger tersebut dalam oven dan bakar seketika. Agak2 dah nak melt cheese tu, keluarkan la.
- Letakkan mayo/cili sos/salad2 dan akhir sekali tutup dgn bhgn top roti burger.
Dah blh ngap!

Monday, April 12, 2010

Award dari kaksue...mekasih kak!

Hampir terlupa plak MJ dgn award ni.. Mintak maaf ye k.sue bukan x sudi..tp lupa dek kesibukan harian...MJ dgn hati terbuka menerima award dari akak yang jauh di Selatan tanahair. Sama juga harapan saya, semoga persahabatan kita berkekalan selamanya.

Cantikkan...entah bila la dpt merasa bendalah ni nak dok atas kepala hikhikhik..berangan je la..

Moist choc cake (ver.2)

Dah lama dah sebenarnya ni tp sbbkan x tenang2, tu yg br nak buat post hari ni..MJ buat untuk Capt.Pait (adik MJ), sempena hari jadinya pada 4/4/2010. Tarikh paling senang nak ingat. Tp masa buat ni pun mmg x plan. My C's, alang, tetiba je menyuarakan idea nak gi umah dia utk celebrate. So, barang mmg x de kat umah nak buat decoration. Belasah je picit white choc atas kek tu utk deco..

Maap le tinggal tu je yang tinggal dlm bbrp minit...so x yah la nak hulur2 pinggan tu sume...ahaks..selamat dah..

Sorry gambar agak blur sbb pakai kamera hp adik MJ. Gambar ni ehsan dr beliau..Tks ye!

Ni resepinya. MJ copy dari blog kak Jun Yummylicious. MJ suka ambik dr blog kak jun, sbb resepi beliau simple, cepat dan sedap. Tks ye kak..sy mintak izin kongsi dgn blogger lain.

Bahan2nya:

2 cawan tepung
2 cawan gula (MJ kurangkan kpd 1 1/2 cawan..ikut le memasing)
3/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 cawan buttermilk/susu segar
1 cawan minyak sayur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas

masukkan semua bahan kedalam mixer n pada kelajuan sederhana, pukul hingga sebati. masukkan kedalam loyang beralas n bergris n bakar pada 180'c selama 1 jam.. (akak bakar lebih 20min n guna loyang 7"x7")


Lepas kek dah sejuk, bubuh la apa saja resepi ganache yg u ols ada okey. Yg kali ni MJ buat camni...

200g coklat masakan
1 sdb susu pekat
1/4 cawan air panas
sedikit butter.

Campurkan coklat, susu dan air panas. Cairkan guna kaedah double boil. Dah sebati semuanya, tutup api n campurkan butter. Curah atas kek.

Boleh juga refer kat entry MJ yang ni. Senang kan? Selamat mencuba..

Lama x bersiaran...:D

Agak lama juga MJ x sempat post apa2 di sini..ada yg dah termimpi2 ke hehehe...mode perasan...teeettt..Terima kasih pada yang sudi menjengah dan menambah trafic di blog MJ ni. sama2 la kita mencari income dgn beblogging kan...

Lately MJ agak sibuk dengan tugasan untuk mengejar macam2 dlm kerjaya. Tu yang sampai x sempat nak update apa. Eemmmm bukan x sempat actually, tp hati dok gusar assignment yg x siap2 tp datelinenya makin hampir. Anyway, MJ sempat gak mencari masa menjenguk n mencuba resepi2 dr blog kengkawan yang lain.

Ok kembali bersiaran. Nantikan post MJ yang pertama selepas ni...:D

Monday, April 5, 2010

Pratha Rolls

Terliur tgk umah org lain sume buat menu ni. MJ baru terhegeh2 nak mencari barang2nya. X sempat la. Sekarang ni pun kalau keluar sambar benda yg mmg betul2 nak pakai je. Smlm baru la rasa tenang sikit membeli barang di supermarket :D

Ok MJ tersangat malas nak menaip. So, C&P je dari blog mamahawa..mintak izin ye mama angkut resepi ke sini pulak:D

Bahan:-
  • 5 keping frozen plain paratha (MJ guna jenama Kawan)
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus - MJ x letak sbb x de
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha- MJ guna minyak biasa
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)- MJ letak kat dalam semasa menggulung mcm mamahawa buat

Cara-Cara:-

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam. MJ makan ngan mayonis + sos cili...
Nota : Anak2 adam sgt suka tp kimi bila tergigit bawang tu, terus dia keluarkan sume. Nx time buat x nak letak bawang la..picky eater sungguh anak sulung kami ni:p

Apo namo eiiii...?

Ala ni baru buat semalam tp sbb tajuknya panjang sgt, MJ x leh nak recall nama menu ni. Anak2 adam kami layan sungguh makan ayam ni..tp DH mcm kureng je..maybe sbb manis madu kot.:(

Nanti balik karang MJ cek balik nama buku tu n resepinya hehehehe tp basic bahannya - Madu, bwg putih, sesame seeds, ayam yg dipotong kecil2, parutan lemon n halia.

Tempahan kek untuk yang tersayang

Baru berkesempatan meng'update' tempahan2. Ni tempahan kek bulan Mac sebenarnya. Tp sibuk sesgt, bulan ni br dpt update. Layan gambar je la ek..

Ini tempahan Oreo cheesecake..tempahan dari office-mate, ummi untuk buah hatinya. Resepi sapa2 yang teringin tu, boleh cek kat label kek - oreo cheesecake. Malas plak nak membuat link hehehe..Sapa2 yg x de masa, boleh je kalau nak tempah..Tks ummi, harap berpuashati dengan tempahan hari tu.

My youngest sis pun tempah gak utk b'day husbandnya. Moist coklat cake. Masa ni idea mendeco tgh kering- kontang gara2 serabut dengan appointment anak bln lepas dan macam2 hal la..Kek ni dipotong kat umah MJ gak. Tp disebabkan tidak dikeluarkan awal, so kek tu cam keras/padat sikit masa nak potong. X gebu sgt masa nak potong. Tp bila di biar lelama, lepas tuannya balik, sedap plak makan hahahaha... So sebagai pengajaran utk diri sendiri, kek2 gini mesti dikeluarkan 30 minit awal dari fridge sblm dihidangkan. Hmmmmm....

Friday, April 2, 2010

Chicken Blackpepper

MJ try buat ni ikut resepi dari blog K.Nor Secubitgaram.blogspot. Boleh la sapa2 yg teringin nak cuba kelainan masakan ayam ni. Resepinya MJ C&P je dari blog k.nor. Time kasih bebanyak ye kak.

CHICKEN BLACKPEPPER – k.nor

  • 300g ayam dipotong kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 2 sk lada hitam & garam
  • Kuah
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap
  • tomato ceri -optional
  • salad, timun & daun sup sebagai hiasan
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  1. Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer..
  2. Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak.
  3. Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu.
  4. Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air..
  5. Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing.

Petite Chocolate Cupcakes

Nama salanya bukan la camtu..tp sebab Mj bubuh dlm papercup kecik2, sesuka hati MJ la tukar. Mintak ampun kepada pemilik asal resepi. MJ x salin plak nama blog dia. Tp klu merayap ke blog otai2 dapur ni, sure familiar tgk nama dia - FA London. Ni MJ cuba br ni. Ok la buat makan anak2..Kepada yg sudi, meh la cuba

Choc cupcakes – FA London

Ingredients:

1 1/3 Cup Plain Flour*
1/4 tsp bicarbonate soda*
2 tsp baking powder*
3/4 Cup cocoa powder*
1/8 tsp salt*
*sift 3x

45 g butter
1 1/2 Cup sugar
2 eggs
3/4 tsp vanilla essence
1 cup milk

Method:

1. Beat butter and sugar till light and fluffy, add in egg one by one.Add in vanilla essence.
2. alternately mix sifted flour with milk, mix well until combined.
3. Spread evenly into cupcake cases and bake about 20-25 minutes

note: letak mixture half sahaja dalam cases, sebab takut nanti over flow bila bakar.

Chocolate Ganache

1. 150 g whipp cream/ double cream
2. 250g cooking chocolate
3. 15 g butter

Method:

1. Masak double cream/whip cream hingga didih, tutup api lepas tu add in chocolate, mix well until combined, lastly add in butter.


Nota : Masa buat ni x letak ganache pun...Malas punya angkara..tp sedap gak rasanya hehehe..

Cetusan hati...

Amboi lama x berceloteh..sekali dapat bahan, semangat plak nak mengarang di sini.

MJ x tau la samada MJ terasa ke atau perasan ke...tp isu yg agak memanaskan hati MJ berkenaan resepi2 yg diterima dengan menghadiri kelas2 berbayar telah diulas di ruangan sesorg. Seperti MJ katakan dulu, MJ perlu berlaku adil dengan guru-guru MJ yang memang mencari pendapatan sampingan dengan mengajar kelas2 tersebut. Mereka pun sudah tentunya mengeluarkan modal yang banyak, ada yg sampai keluar duit ribu2 hanya untuk mempelajari resepi yang mereka gemari. Layak ke kita yang tidak mengeluarkan sesen pun meminta2 resepi dr org 3rd party yg menimba sedikit dr ilmu guru2 tersebut.

Tiada hal lari customer atau apa dalam isu ini. Rezeki ditentukan oleh Allah. Pandai kita la memilih samada ianya halal, haram mahupun berkat dunia dan akhirat. Sy tukil sedikit dialog di antara rakan2 yg menghadiri kelas dan guru kami. Guru kami meletakkan yuran yg agak rendah berbanding guru2 yg lain. Niatnya hanya untuk menurunkan ilmu yg telah dia pelajari dengan modal hampir ribuan ringgit. Apa yg dia terima, satu email dari org yg tidak dikenali yg memarahi dia kerana meletakkan harga sedemikian rendah. Atau dlm kata lain, paling murah di Lembah Klang.

Jika beliau yang hebat dgn ilmunya itu meletak harga rendah pun dah kena marah, apatah lagi sy ni yg br merangkak2 dlm dunia masakan (err maybe biz too), letak resepi beliau di sini. Mungkin kita boleh kata, pengusaha lain selamba je letak resepi apa yg diorg niagakan, ok je. Tp adakah kita memahami kaedah sebenar penyediaan tersebut? Adakah kita yakin resepi yg diletakkan itu tiada rahsia terselindung? Bagi yg mmg bertuah (tangan sentiasa menjadi) mungkin tidak perlu menghadiri apa2 kelas, semuanya akan menjadi hanya berpandukan resepi2 yg boleh di cari di internet. Bagi yang kurang bertuah, mungkin akan menyumpah2 kononnya pemilik resepi tu tipu dengan meletakkan resepi yg tidak betul. Bg mereka yg telah menghadiri kelas2 tertentu, mereka dpt menilai resepi mana yg betul, resepi mana yg ditulis secara ringkas:D

Saya akui yg sy bknlah golongan yg sentiasa senang dlm segala hal. Byk benda/kemewahan yg sy perlu nafikan untuk sy gunakan budgetnya itu dengan membayar yuran2 kelas yg sy hadiri. Tidak sesen pun duit suami sy yg akan sy gunakan untuk kemewahan diri even to have my very own notebook. Sy perlu asing2kan setiap sen gaji saya jika mmg utk keperluan diri sendiri. Hal2 keluarga, sudah tentu bahagian pendapatan suami kan hehehe. Masa juga adalah masalah bg sy. Sy terpaksa mengorbankan waktu kerja suami yg bekerja shift untuk ambil cuti pada hari2 yg sy terpaksa hadiri kelas2 tersebut. Meninggalkan anak2 dlm jagaan suami bknlah mudah, apatah lagi dia yg kurang melibatkan diri dlm hal2 pengurusan anak setiap hari.

Jadi kepada pembaca, pengunjung, rakan2 blog, jgn mudah menghukum org hanya dengan perkenalan maya ini. Kita tidak berpeluang langsung untuk mendalami situasi masing2. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan saling hormat-menghormati.