Monday, April 12, 2010

Moist choc cake (ver.2)

Dah lama dah sebenarnya ni tp sbbkan x tenang2, tu yg br nak buat post hari ni..MJ buat untuk Capt.Pait (adik MJ), sempena hari jadinya pada 4/4/2010. Tarikh paling senang nak ingat. Tp masa buat ni pun mmg x plan. My C's, alang, tetiba je menyuarakan idea nak gi umah dia utk celebrate. So, barang mmg x de kat umah nak buat decoration. Belasah je picit white choc atas kek tu utk deco..

Maap le tinggal tu je yang tinggal dlm bbrp minit...so x yah la nak hulur2 pinggan tu sume...ahaks..selamat dah..

Sorry gambar agak blur sbb pakai kamera hp adik MJ. Gambar ni ehsan dr beliau..Tks ye!

Ni resepinya. MJ copy dari blog kak Jun Yummylicious. MJ suka ambik dr blog kak jun, sbb resepi beliau simple, cepat dan sedap. Tks ye kak..sy mintak izin kongsi dgn blogger lain.

Bahan2nya:

2 cawan tepung
2 cawan gula (MJ kurangkan kpd 1 1/2 cawan..ikut le memasing)
3/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 cawan buttermilk/susu segar
1 cawan minyak sayur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas

masukkan semua bahan kedalam mixer n pada kelajuan sederhana, pukul hingga sebati. masukkan kedalam loyang beralas n bergris n bakar pada 180'c selama 1 jam.. (akak bakar lebih 20min n guna loyang 7"x7")


Lepas kek dah sejuk, bubuh la apa saja resepi ganache yg u ols ada okey. Yg kali ni MJ buat camni...

200g coklat masakan
1 sdb susu pekat
1/4 cawan air panas
sedikit butter.

Campurkan coklat, susu dan air panas. Cairkan guna kaedah double boil. Dah sebati semuanya, tutup api n campurkan butter. Curah atas kek.

Boleh juga refer kat entry MJ yang ni. Senang kan? Selamat mencuba..

2 comments:

aid said...

tq ek...nanti buat2 le suprise kat gua lg...bleh dpt kek free lg kan kan kan...muakahkahkahkiok

Mamajenn said...

wah tersangat la surprisenya ye sbb tuan rumah siap sempat orderkan menu yg mengetatkan perut kami anak-beranak..tq gak..ayam mati...mana? mana? kiok!