Tuesday, December 30, 2008

Non-bake Classic Cheesecake

Sebagaimana tajuknya itu, sebegitu jugak la cara penyediaannya. Chilled je. Confirm x merekah hahahahhaha. Sumber dari kakak kesayangan fiza - kakteng :p dan ku tokok tambah mana yg sesuai..Lihatla amaturnya keje...base kek x sama tinggi...hehehhehe
Bahan base cake:
200g Biskut oreo (lebih kurang sebungkus panjang tu je) - Buang cream dia n blend
50g Butter - cairkan

*masukkan butter yang telah dicairkan dengan biskut, gaul. tekan dalam bekas spring form. (Kalau x de mould ni, lapik je loyang ngan plastik. Buat lebih sikit dari saiz loyang. Senang nak tarik kuar kek tu nnt) Simpan dalam fridge 1-2 jam. Kalau 'rajin' seperti gue, bakar je dlm 10 minit. Cepat sikit siapnya hehehehe.

Bahan inti:
250g cheese
3/4 tin susu pekat
sebiji lemon (perah jusnya)
2 sdt parutan kulit lemon (x nak pun x pe)
2 sdb geletin (cari yang halal ye - kaler dia perang2 sikit. Klu non-halal kaler dia putih)
1/2 cawan air panas

*Pukul cheese, agak2 dah lembut tu kira ok la. Campurkan susu pekat, pukul lagi. Masukkan jus lemon dan parutan kulitnya. Bancuh geletin bersama air panas. Kacau sehingga geletin larut. campurkan dalam bancuhan cheese tadi dan gaul sebati.

Tuang inti ke dalam base-cake dan simpan dalam fridge 2-3 jam. Keluarkan dari fridge dan curahkan filing yang digemari. Sedap dimakan sejuk2.

p/s: gamba x de sbb kek ni bg org so x de yg dah berpotong..nnt le klu org tu rajin nak bg gamba..fiza tunggu turn ye..org tu dah setahun tunggu kek ni..nnt dah cukup haul akak buat utk awak ye. Saudara kero, try ni dulu ye. Yg buat kat Pekan hr tu bahannya lagi byk..ni pun kimi dah suke sesgt..

Wednesday, December 24, 2008

Kek keju merekah

I just C&P from Kak Ani blog sebagai panduan ibu emiralisa ttg kek kejunya yg merekah atau panduan sebenar menyediakan kek keju..

Secara ringkasnya, kek keju boleh dibahagikan kepada dua jenis ialah jenis bakar(bake) dan juga jenis dingin (chill). Jenis dingin lebih mudah kerana tidak perlu membakar. Anda hanya perlu menyediakan lapisan asas (base) yang terdiri dari kek span atau biscuit crust. Tetapi kelemahan kek ini ialah ia perlu sentiasa didinginkan supaya tidak lembik.
Panduan Membuat Kek Keju
1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) bukan jenis spreadable (dalam botol).

3. Gunakan kaedah
water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.

5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).

6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.

7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.

8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.

9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.

10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

Tuesday, December 23, 2008

Puding tapai berkuah

Hari minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti memasak. Bermula dari rumahku membawa ke rumah Capt. Pait. Atas permintaan suamiku itew, menu pencuci mulut ini aku sediakan utk kawan2nya di workshop disamping ikan siakap sweet sour, ayam goreng, sambal udang, sayur.


Resepi ini aku copy dr blog K.Ummi, Kuantan.

Bahan2 puding:
6 ketul/sebekas tapai ubi (saiz bekas tau fu fa yg beli kat pasar mlm tu)- buang empulurnya
600 ml fresh milk
1 biji telur
1 1/2 sdb tepung jagung
1 sdt esen vanila
pes pandan/pewarna hijau

* Blend je sume diatas, masuk dalam loyang, tutup loyang dgn foil paper utk mengelakkan wap air jatuh dan kukus dlm 20 -30 minit. Sejukkan

bahan2 kuahnya:
1 tin susu cair
2/3 cawan gula
1/2 cwn air
daun pandan - simpulkan
esen vanila

*campur sume dan masak atas api kecik sehingga gula larut

Bila puding dah ready, skopkan dlm mangkuk kecik2, curah kuah. Sedap dimakan lepas kuar dr peti sejuk.

Thursday, December 18, 2008

Sayur free!!

Nampak segar2kan sayur2 ni..ini la kelebihan kalau keje kat jabatan2 kerajaan yang ada hasil pertanian. Selalu dpt free hehehehe. Sayur ni datangnya dari Negeri Sembilan. Ada student gi collect data kat farm area situ. Tempat x ingat la. Diorg ada sebut semalam. Tu kira cenderamata la kunun. Anyway, tq.

Institut kitorg ni menjalankan penyelidikan cili, tomato, rock melon, kelapa sawit, kenaf, jatropha, kambing boer (ishhh betul ke ejaan aku ni), ayam dll. So, kekadang kitorg la yg jadi testernya (buah2an n sayuran ye). Setakat ni x de lagi yg keracunan mknn atau mati ye :p Daging kambing pernah la kitorg rasa sekali. Tapi aku x makan pun, staf lain kata sedap dagingnya. Macam rock melon, bentuk mcm honeydew tp berkulit hijau pastu ada retak2 corak kaler putih. Sejenis tanaman melon yang blh menghasilkan pendapatan lumayan. Sekilo dalm RM6/7..kalau x salah la. Kalau tembikai biasa, baru RM1.50 sekilo kan. Di sini penyelidik2 kami membuat pelbagai kajian cthnya utk menambahkan kemanisan buah, mengelakkan penyakit pokok dan akar, penghasilan minyak kelapa sawit yg lebih baik serta hasil berganda errr apa lagi ye. Sbbkan peluang yg ada ni, so aku secara freenya dapat la belajar sikit2 tanaman2 yang blh dikomersilkan. ty.

Dulu x minat pun tanam2 pokok ni. Sekarang slowly i like this activi

Sebelah ni sayur2 yg aku ambik. Sawi ngan peria. Rumpun yg banyak tu n peria utk babysitter anak2ku. Yg sikit tu je utk kitorg.

Tuesday, December 16, 2008

Sausage roll

Terajin plak pg tadi buat breakfast..hehehehe..tapi simple je la. dapat idea masa merayap2 blog orang lama da. so toksah la tanya dr mana sumbernya ye.
Bahan2nya:
sausage (aku guna cocktail sausage...comey sikit) - rebus seketika
bbrp keping roti buku
sebiji telur - pukul
serbuk roti

Caranya:
1. Gelek sekeping roti. Agak2 dah nak nipis tu ok la. Klu guna cocktail sausage blh potong 2 ye.
2. Letakkan sausage di atasnya dan gulung
3. Celup dlm telur dan golekkan atas serbuk roti.
4. deep-fry

Serbuk roti x de?
Hmmm senang je. Bakar bbrp keping roti, kemudian blend.

Senangkan..x yah susah2 nak uli doh.

Monday, December 15, 2008

Resepi x jadi..

x tau la nak marah ke apa ke...tp mmg tensen ngan1 buku resepi ni. promote kat web bagai nak rak. Kononnya sedap la, gerenti menjadi la..tp dah 2 kali try biskut dia, 1 pun x jadi. xmo cakap la sapa punya buku..tp rasanya x baik la dia buat camtu. Klu nak buat bisnes dgn jual buku resepi, so make sure la all the sukatan betul..mak keciwa...huaaaa..dia ckp nama biskut tu biskut badam rangup...tp mak buat x jadi rangup pun huaaaa sedihnya..sblm tu buat biskut apatah namanya...camtu gak resultnya...x rangup pun. Tipah tertipu lagik...

Friday, December 12, 2008

Tragedi 11 Dis...

Semalam kononnya plan nak mendobi. Sejak ayahnda dok umah capt.pait, susah plak nak mengampai baju kat luar rumah bila gi keje. Takut ujan. So, ampai baju minggu ni setengah hari je. Ampai kat luar sblm gi keje pagi, masa lunch balik umah, sblm gi keje balik dah masuk balik ampai ke bawah rumah...takut hujan petang dan biasanya begitu la. Petang2 hujan kat sini siap ribut2 lagi. Harap2 le selamat bila gi balik keje. Amin.

Entah cemana semalam sume benda nak rosak. Tensen betul. Tengah mesin baju tetiba bunyi mcm crack kuat sgt masa mesin tu tgh nak spin. Pastu start dr kejadian tu sampai kesudah mesin tu dok tambah air, buang air, tambah air buang air..x leh nak spin utk keringkan baju. Bengang betul. Pastu terpaksala mak perah baju satu2, ampai. Tp disebabkan baju byk sgt semlm, mak main sangkut je you. Menitik2 air kat ampai tu. Arghh mana larat nak perah byk2.

Dah settle tu, konon nak mengadap komputer. On je plug, tetiba je cpu on sendiri, pastu off, pastu on balik, off balik...aaaa sudah..apa benda yg aku sentuh tadi ni. rasanya tekan suis plug je..eeeiiii sumenya nak rosak masa tu. Dah la dok umah sorg2. Sakit betul hati.

Cik Bob balik, so i pun buat la report dr A to Z..kesian plak, penat2 balik keja nak tadah telinga plak ngan cite2 segala kerosakan. Baik bgtau kan. Sekurang2nya mengaku dah buat 'bencana' masa dia x de hehehhehe..

Malam tu kitorg melayan la anak2 terchenta bermesra2 ngan kucing jiran yg x nak balik umah dia sambil menikmati kek coklat mama santapan selepas dinner.

"Walaupun rhopamu tidak ku kenang tatapi lobang idung mu tetap menjadi pojaan hatiku"

Gembira ye dapat tarik ekor kucing!!

Nak Inter-frame gak!

Dark choc. cake

Ni buat petang semalam. X tau nak masak apa dah ptg2 semalam. Hujan dah la lebat. Lagi la malasnya nak bertapa lelama kat dapur tu..

Sumber jun@yummylicious

bahan2nya:
2 biji telur
1/2 tin susu cair
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sdt soda bikarbonat
1 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (semlm buat x bubuh pun)
1 sdt serbuk nescafe
2 penutup esen vanila
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air mendidih

cara2nya:
Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi. Masukkan susu cair, pukul lagi. Masukkan tepung, koko, garam dan minyak. masukkan nescafe, soda bikarbonat, baking powder n esen - satu per satu. Pukul lagi. masukkan air mendidih n pukul sebati. Masukkan dlm loyang yang dialas dan digris. Bakar pada suhu 160°C selama 50 minit.

Untuk topping:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sdb butter

campur je sume dlm kuali dgn api sederhana. kacau sampai semua larut. Qty ni cukup2 utk bhgn atas shj ye. Klu nak byk, keliling kek, double-up all the quantity.

Nota : hasil kek ni sgt lembut, ringan n x manis sgt. Topping tu rasa pahit2 coklat. Sedap (ikut tekaka aku la kan) Bagi sikit kat jiran sblh, balas pinggan dia. Bw sikit utk en.boncit n cik momot supaya kurang sikit 'berkicau' di rumah ku ini.

Ikan Masak Asam

Semalam cuti utk rakyat Selangor sahaja sempena hari Keputeraan Sultan Selangor. Macam biasa la kan, bila cuti ni dok sorg2 je la kat umah. Malas la sikit nak masak beriya sgt utk lunch ke breakfast ke.. so ni menu tghr smlm..

Bahan-bahannya:

Bahan A
4 biji bawang merah
sebiji cili merah (ikut suka nak pedas mana)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
sebatang serai
sedikit belacan

*Blend sume bahan A

Bahan B
1 mangkuk air asam jawa

Bahan C
Ikan apa2 je
gula + garam

Bahan D - optional
hirisan nenas/bendi (kalau dah bubuh nenas, kurangkan air asam jawa)

Caranya
Tumis Bahan A sampai naik bau. Masukkan Bahan B dan kacau sehingga mendidih. Masukkan Bahan D jika suka dan akhir sekali masukkan ikan. Perasakan gula n garam. Senang je utk mereka2 yg malas nak masak seperti saya hahahaha. Kimi n najmi pun blh makan sbb x pedas n ada rasa manis2 air nenas tu kuar. Perhatian ye, ramuan di atas adalah utk seekor ikan shj.

Wednesday, December 10, 2008

DIABETES TREATMENT - using lady's finger

Just found it in my email. I think i should try this to improve my father health problem, recently.



Please note that another name for Lady Finger (Bhindi ) is " OKRA ".
Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar
(Diabetes). Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my
Sugar is in control now. In fact I have already reduced my medicine.
Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each
piece. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in
glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during
night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady
finger (bhindi) from the glass and drink that water.
Keep doing it on daily basis.
Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of your
SUGAR.
My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few
years, but after taking the lady fingers every morning for a few months,
she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every
day. But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds
the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it
will not do you any harm even if it does not do much good to you, but U
have to keep taking it for a few months before U see results, as most
cases might be chronic.

Apam Ice Cream Soda/Sprite

Percubaan kali kedua. Tahun lepas pernah try tp x naik langsung. Terajin ni gara-gara ada setin air sprite kat umah baki mkn pizza kelmarin. TQ Tuanku Bob kerana sudi menyingsing lengan, mencemar duli membantu patik di dapur.

Sumber asal x ingat dr blog sapa. Tapi nama kat kertas yg ku print ini, sumber dari maklang FP.

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g gula castor
1 sdb ovellete
3 biji telur

Bahan B
300 g tepung gandum/tepung naik sendiri (i guna tepung berserbuk penaik Brand 'Blue Key")
1 sdt baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Caranya:
1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil terus dipukul.
3. Masukkan Bahan C dan gaul sebati
4. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk warna plain dan 1 bahagian lagi dibahagi 2 dan dicampurkan 2 warna.
5. Masukkan bancuhan dalam acuan dan kukusan mestilah telah sedia menggelegak airnya. Bungkus penutup kukusan supaya wap tidak jatuh ke atas bancuhan.
6. Kukus selama 10 minit.

Post-mortem :
1. Tak tau kat mana silapnya, masa 1 round buat apam mcm melekat2 bila nak keluarkan. Adakah disebabkan acuan basah atau tidak digriskan terlebih dahulu? 2 round buat, aku griskan dulu acuan dan hasilnya senang pulak nak keluarkan.
2. Maklang tu kata kalau kukus dgn api yang besar apam akan pecah cantik. Tapi aku punya api tu dah max tp hasilnya camtu gak...hahahahha. Apa yg kurang ye? Susah gak buat apam ni sbnrnya. Ke aku yang tak pandai..:p

Rasa apam ni ok la...x manis sgt, x tawar sgt..ringan dan lembut. Kimi pun suka makan, Najmi tu tolak kayu ngan batu je... ooo dan juga segala jenis ubat.Selamat mencuba.

Tuesday, December 9, 2008

M.A.T.I

Masa kitorg sampai dari kampung, ada sekor kucing kurus sgt, berkurap, duduk atas kerusi depan rumah. Kesian pun ye jugak. So aku biar je la. Cik Bob pun x halau gak. Memasing penat. Malas nak layan kes2 begitu.

Pagi tadi nak gi keje, tengok ada lagi kucing tu. Ah, biar la! Nak cepat gi keje. Pastu tengahari tadi balik umah jap. Konon nak basuh baju kotor yg bw dr kampung. Pastu terperasan le kucing tu dah terbaring atas lantai, najisnya bersepah2. Ada lalat dah datang2 hinggap kat badan dia. Tgk lelama, eh gerak lagi dada dia. Hidup la ni. Terbantut niat nak membasuh.

Pastu aku masuk umah. Makan tengahari, tapau dr kedai. Masa tgh makan tu dengar bunyi macam kucing 'jerit' tp sekali je. Pastu senyap. Masa tu x syak apa2. Call Cik Bob bgtau dia ada kucing nak mati kot. So, mintak tolong Cik Bob 'settle'kan kawasan kejadian. Blh pulak Cik Bob kata aku pijak kucing tu..suke2 hati je. Ingat kita ni kejam sgt ke.

Pastu dah nak dekat kul 2, siap2 nak gi balik opis. Aku tgk kucing tu dah mati, pastu siap ada air kencing n najis kuar lagi..tetiba terfikir haiwan yang x buat dosa besar2 pun mati sampai terkencing, terberak. Kalau manusia, entah macamana la. Baru teringat bunyi kucing 'jerit' sebelum tu. Betapa sakitnya nyawa dicabut. Kesian pulak tgk kucing tu. Rasa takut pulak andai kata esok lusa kita dijemput menemui-Nya. Memang mengaku amalan x banyak mana, dosa bertimpa-timpa..mana nak tampal pahala kat dosa sesama manusia lagi, dengan Tuhan lagi..Oh Tuhan! Takutnya mati.

Kek Batik Biskut Marie

Ini la resepi yang main pejam mata je boleh buat. Dapat dari FP/blog sapa ke tah..x hengat. Dah lama sangat.
Ghope yang x semenggah..Ni buat kat umah MIL i la.

Ok here is the recipe

Bahan-bahannya:
1. 1 buku butter
2. 1 small packet of Milo (200g if i'm not mistaken)
3. 3/4 tin susu pekat
4. 2 row of biscuit Marie - pecah2kan kepada 2/3 bhgn setiap kepingan (Normally if you buy this biscuit, the green color wrapper one, i forgot the brand la en. bob tolong!, there will be 3 row of biscuits in it.)

How to do:
1. Cairkan butter dalam periuk dengan api sederhana.
2. Apabila kesemua butter telah cair, masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan milo dan kacau lagi sehingga hampir likat. Kalau kacau tu rasa macam berat sikit. (Masa kat kpg tu nak cepat siap, so x berapa likat. Lepas dah potong n dok kat luar, lelama dia jadi mcm lembik sikit)
4. Tutup api, masukkan biskut dan gaul lagi sehingga semua bahagian biskut disaluti susu+milo tadi.
5. Lapik loyang (seeloknya dilapik dengan plastik. Senang nak kuarkan nnt). Tuangkan bancuhan tadi. Tekan2 sikit dengan sudu supaya padat.
6. Agak2 dah nak sejuk tu, masukkan la dalam peti ais.

Post-mortem result : Hasil kek akan menjadi lembik selepas dipotong jika bancuhan tidak cukup likat. Selamat mencuba!

Selamat Hari Raya Aidiladha

Baru nak wish korg...banyak ke buat korban/akikah? Kitorg x buat pun tahun ni. Akikah utk anak2 alhamdulillah dah lama settle. Hari raya baru ni kitorg balik kpg hubby...lagi...:) Kebetulan his relative was ijab kabul on the Saturday, Dec 6. We spent 4 days at Pekan starting from Jumaat till Isnin.

Almost all 4 days it was raining there. I am afraid n worried too if flood will happen at Pekan like last year. The Sg. Pahang water level still in secure mark, i guess but its look high actually. My MIL told me that last year Pekan was like a new island in Pahang. All water had covered and rise most of all area. They seems like 'terputus hubungan' with other side of Pekan. They also having a food shortage, no much raw food they can get from the nearest shop. perghh takutnya. And before i go back this time, i already inform my sis if they found in the news any faces that look like one of our family at the temporary relief shelter, that absolutely us! No doubt! Hahahha..but alhamdulillah we reach our home yesterday in safe n sound.

Yesterday was rainy too n along the way from Pekan to KL. We took almost 4 hours to arrive at Serdang. Everybody look so tired due to long hour sitting in a car. Hubby decide to call a fast-food delivery service for our dinner. So, Domino has been chosen and at 7, both sons get a sleep. Kesian..penat.

- Pizza, chicken wings n soft drink -

"Sorry dear, mama penat sgt. Terpaksa la awak makan fast-food"

Kek Mentega Keju

Lamanya blog ku terperap..hehehe start dah penyakit 'M' menyerang..Baru sekarang free utk keje2 yg x masuk dlm job description nih :)

Ok ni nak update resepi br buat last Friday. Bawak balik kampung hubby ada kenduri kawen. And i only can prepare them below cake...huhuhu mak penat last week..

Ok tenung gambar ni dulu yek...

Sumber : C&P from Chef Norzailina blog (maleh nak menaip)

Bahan2nya:

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna }
1½ camt serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam



1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. (My oven - 160°C ; 50 minit)
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Kek ni baunya harum. Makan bebanyak pun x jemu/muak macam kita makan kek butter sahaja. Boleh le try.

Note : Butter n cheese perlu berada pada suhu bilik sebelum digunakan. Butter blh dipotong kpd bbrp bhgn sebelum dipukul supaya suhu sekata. Cheese yg terlalu sejuk akan menyebabkan adunan berketul-ketul dan hasil tidak menarik. Kaedah kaup-balik semasa memasukkan putih telur ke dalam adunan tepung sangat membantu memerangkap udara dan menyebabkan kek ringan. Ni sume petua chef tu...mak ringkaskan ye nyah...ceh! Tu yang korg nampak mcm terer masak..hakikatnya ohhhh tidak..aku pun budak baru belajar..tp suka nak share ilmu yg sikit nih...