Wednesday, December 24, 2008

Kek keju merekah

I just C&P from Kak Ani blog sebagai panduan ibu emiralisa ttg kek kejunya yg merekah atau panduan sebenar menyediakan kek keju..

Secara ringkasnya, kek keju boleh dibahagikan kepada dua jenis ialah jenis bakar(bake) dan juga jenis dingin (chill). Jenis dingin lebih mudah kerana tidak perlu membakar. Anda hanya perlu menyediakan lapisan asas (base) yang terdiri dari kek span atau biscuit crust. Tetapi kelemahan kek ini ialah ia perlu sentiasa didinginkan supaya tidak lembik.
Panduan Membuat Kek Keju
1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) bukan jenis spreadable (dalam botol).

3. Gunakan kaedah
water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.

5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).

6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.

7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.

8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.

9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.

10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

3 comments:

D said...

Waaa ada tips lagik. CC aku mmg overbeat kot tuh psal merekah.. Camner eh nak agak2 tak overbeat. Kasik panduan skit sifoo :)

Anonymous said...

tq2!! ni kang kena g cari krimcis lagi la nih..hahaha..

Mamajenn said...

D: Sifoo? ohhh tidak..jauh sekali..kau pukul agak2 dah lembut tu dah le...bkn mcm kita nak pukul butter, nak kena tunggu kaler dia kuning pucat kan...agaknya la...aku pun x reti sgt hahahahaha...

Isma : teruskan mencuba ye dek non.