Thursday, March 25, 2010

Apam Gula Melaka

Kuih kegemaran anak2 adam kami. Klu ikut resepinya, masak guna loyang je. Tp hari tu angin rajin kuat sangat meniupnya, MJ buat dlm cawan apam yang kecik2 tu. Senang anak MJ nak makan. Masa buat ni, Hakimi makan dekat 6 biji, si adik x kurang hebat, 5 biji sekali hadap je...fuhhh sib baik sempat disimpan untuk org2 dewasa di rumah tu merasa..

Sgt mudah, bahan2 yg simple, manisnya yg sedang elok sahaja...mari la cuba kalau sudi. Resepi MJ ambik dari blog k.jun yummylicious..Akak, mintak izin tepek kat sini...mmg mabeles!

Bahan-bahannya:

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam (Kelapa MJ x letak pun sbb lupa nak beli hehehe)


Tuesday, March 23, 2010

Gulai /Kari ayam

Masa MJ belaja dulu, selalu gak gi kampung kengkawan. Bila tiba menu begini, ada negeri yg panggil gulai dan ada juga negeri yang panggil kari dengan penerangan yang berbeza2. Tp bg MJ (ke mmg org Selangor pun panggil gitu, ke MJ je kata gitu :p), kari atau gulai adalah menu yang sama. Mungkin ada otai2 yg sudi huraikan 'misteri' ini hehehe.

Ok, untuk gulai ayam yg dimakan dengan nasi dagang baru ni, MJ combine dr pelbagai source of recipe. Klu sudi meh la cuba. MJ letak kat sini utk rujukan MJ juga di masa akan dtg.

Sumber asal dr Myresepi. Pastu campur2 sana sini, maka terhasillah resepi ini.

Bahan-bahannya:

a.Mayang halus
Bawang merah
Bawang putih
Halia

b. Bancuh menjadi pes
Rempah kari ayam
1sdt serbuk kurma
1/2 sdt serbuk kunyit
cili boh (ikut kepedasan memasing)

c. Bahan lelain
ayam - potong ikut saiz kegemaran
kentang - potong 4
daun kari
Santan
asam keping
garam

Cara-caranya:
1. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan daun kari hingga kekuningan dan daun kari agak layu.
2. Masukkan pes dan kacau hingga pes pecah minyak (minyak melompat2 gitu)
3. Masukkan santan cair, ayam dan kentang. Kacau sehingga agak2 ayam dan kentang telah empuk.
4. Masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa.
5. Kacau sehingga kentang dan ayam empuk sepenuhnya dan santan masak.

Kek pisang sempoi

Dah lama sgt x buat kek pisang. Teringin plak. Jalan-jalan umah k.ummi Kuantan, pastu gi blog sapatah lagijumpa plak resepi kek pisang ni. Ramai gak yg dah cuba. Sgt la mudah dan x remeh. MJ masuk dalam blender je. Hasilnya, gebu dan halus.

Gambar close-up sikit dr entry tadi.

MJ CnP je dari Myresepi..tks sofinar for sharing this recipe.

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek(MJ guna 4 biji pisang emas saiz sederhana)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing (MJ kurangkan ke 140g dan guna brown sugar)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

Bagi yang 'rajin' seperti MJ dan berangan2 nak guna blender, make sure bahan yg berbentuk cecair dimasukkan dahulu dan last sekali br tepung2..kalau x, berat jugak la blender nak pusing.

Sarapan pagi minggu lepas

Hari ni baru sempat nak update blog. Agak bz plak kebelakangan ni. Macam2. Dari hal rumah sampai la hal office. Tp, alhamdulillah masih boleh manage dan tidak dicampur-adukkan mahupun terbawa2 ke 2 2 lokasi itu :D.

Hari minggu lepas, kebetulan DH keje shift petang. So sarapan pagi agak bersemangat sikit MJ nak prepare. Jom layan gambar ni...
Nasi dagang, gulai ayam, acar mentah dan kek pisang mudah...

Hhmm yg simple2 je dan alhamdulillah memenuhi kehendak semua customer MJ dari yang junior sampai la yg veteran. Untuk menu nasi dagang, kali ni MJ guna beras yg kaler perang tu yg diimport khas dr Kelantan oleh Capt.Pait. Mekasih ye.

Untuk menu nasi dagang, boleh refer kat post MJ yang lepas. Klik sini.
Resepi kek pisang mudah tu MJ akan post selepas ni...mudah sesgt, main blend je

Thursday, March 18, 2010

Ikan talapia goreng berlada

Ikan sungai yg sama lagi...rajin plak DH ni membeli ikan2 gini lately..

Hari ni agak malas berceloteh banyak. Nak share resepi je yg MJ godek dari peti besi My resepi. Alamak nama owner resepi ni x salin plak..haduiii entah apa yg kelam-kabut masa copy resepi tu x tau la. Tp x pe la, klu pemilik resepi ni jumpa kat blog sy ni, mintak izin & halal untuk dikongsi di sini ye. Senang & sedap. Sy C&P je...haishhh ngape malas sgt ni..

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan talapia(apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5-10 cili padi
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tbs sos ikan (nampla) /Jus lemon + garam
  • garam
  • tepung jagung
  • minyak utk mengoreng ikan + menumis

Cara-cara

  1. ikan di bersih, belah dua, season dgn garam+tepung jagung. goreng dgn minyak banyak.
  2. semua bahan2 di potong kecil.
  3. panaskan 1 senduk minyak. tumis semua bahan diatas hingga kuning. masukkan sos ikan.
  4. curah sos diatas ikan tadi

Senangkan...ni la dia klu mood nak memasak tu dah sampai pemalas tahap dewa hahaha..

Wednesday, March 17, 2010

** This message is for my DH **

Offline msg:-

mamajenn2: abe syg
mamajenn2: pls check this website
mamajenn2: http://www.tbr.com.my/promotion.php
mamajenn2: can we go
mamajenn2: plzzz
mamajenn2: i am so tergedik2 to go

The promotion is open until August.
U still have much time to plan ur duty schedule.
Tolong la...sy perlu pergi bercuti....hahahha blh gitu!

Tuesday, March 16, 2010

Pernah tau asal pembuatan vanila?

Esen vanila la, serbuk vanila la....Selalu kita guna bahan ni dalam masakan (baking). Ada juga vanila yg dikomersilkan sebagai bahan pewangi. Tapi maybe x semua org pernah tgk rupa asal bahan ini. Ni MJ jumpa masa Pameran Siswazah UPM baru ni. MJ pernah gak dengar bos pergi seminar berkenaan penanaman pokok vanila ni yang agak kurang diusahakan tp permintaan tinggi dipasaran. Kebetulan plak masa pameran tu x plak pokok tu berbunga...rugi2. Kalau x, MJ blh tunjukkan gambar sebenar bunga vanila yang di extract untuk mendapatkan cecair dr bunga tersebut dan menghasilkan vanila yang kita gunakan dalam masakan. Menurut Pegawai Penyelidik Fakulti tersebut (betulkan sy jika ada yg silap ye), esen vanila yang kita gunakan dalam masakan tu telah dicampur bahan kimia dan hanya bbrp % sahaja extract vanila asli digunakan. Mula tu dgr cuak jugak. Aku letak bahan kimia ke utk keluarga aku makan? Hehehehe...terus MJ tanya, x bahaya ke bahan kimia tu. Dia kata x. Tu semua bahan kimia yang dibenarkan dan selamat untuk dicampur dalam bahan makanan. Fuhhh lega..

Pokok ni kena sokong macam pokok bunga orkid tu.

Ni pokoknya...
Jelas ke gambar ni...heheheSib baik jumpa gambar penuh ni terselit..


Gambar bunga ni MJ gugel je n tepek kat sini..

Kucuba lagi....:P

Apam Eno. Gara-gara x puashati dengan rupa hasil hari tu, MJ buat lagi baru ni. Kak Nur jgn cemburu ye hehehhe...Fuhhh gembira dengan hasilnya. Baru la berselera tgk. Gebu je. Masa nak susun tu pun gegar2 lagi. Anak2 Adam suka sgt la makan kuih2 gini tp siap buangkan dulu kelapa2 atasnya.

Resepi dah paste dulu & boleh refer kat sini.

Monday, March 15, 2010

Sup Ayam Hadnyai

Amboi jauh datangnya resepi ni hehehe tp MJ jumpa masa rayau2 ke Terengganu, umah k.Nor blog secubitgaram. Pernah gak MJ jumpa sup yg dimasuk serai tp x pernah nak try plak sbb takut nnt ada yg kutuk berbakul2 masakan MJ ahaksss..:)



Gambar mcm x selera je tgk kan hahahaha harap maklum la kamera MJ yg x canggih itu...tp cuba buat dulu dan rasa la perbezaannya :D

Jom tengok resepinya. K.Nor mintak halal ye tepek resepi kat sini untuk dikongsi dgn blogger/reader lelain.

Bahan-bahannya:


Blend:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah,
  • 3 biji cabai (yg ni MJ x bubuh sbb anak2 yg makan)
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Bahan lain:

  • Sebelah ayam dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai (ketuk sehingga bhgn bawah yg putih tu pecah)
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ketul kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-Cara:-

  1. Tumiskan semua bahan yg dikisar dan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas,serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
  3. Masukkan batang sadri
  4. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  5. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  6. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....

Anak2 adam dok hirup sup je, nasinya makan sikit sgt.

Friday, March 12, 2010

Bubur Nasi

Xkan bubur nasi pun nak resepi kan....hehehehe tp yg bagusnya menu2 yg simple camni kadang2 memberi idea di saat2 penyakit malas menyerang dan si ibu perlu juga menyediakan sarapan pagi. (sgt malas nak keluar di pagi hari minggu utk mencari mknn siap hehehe)

Ni bahagian maknya yg masih batuk sesema.

Ada byk cara sbnrnya hendak menyediakan bubur nasi:
1. Bubur nasi + sup ayam
2. Bubur nasi shj

MJ suka buat bubur nasi ala-ala bubur lambuk. Tp x de la bubuh daun pucuk paku merah tu. Cuma carrot + kentang + udang kering + santan. Berasnya MJ rendam dulu dlm 30 minit spy hasilnya bubur tu akan berwarna putih bersih. MJ masukkan juga isi ayam dipotong kecil, halba dan sedikit hirisan halia serta hirisan bawang putih+merah. Biar je dlm periuk. Tau2 dah siap..Senangkan.

Thursday, March 11, 2010

Pulut panggang (inti serunding ikan)

Otw balik ke KL dari Pekan hari tu, kami singgah di kawasan jualan mkn2 org pantai timur. Alaaa x ingat plak apa nama taman tu (Jaya Gading ke?) Kat situ sempat la MJ beli keropok lekor yg belum goreng lg tu, sos2 keropok, keropok ikan termasuk la serunding ikan. Maka terhasil la makanan ini...tadaaaaaaa...:)


Owhhh gambar ada sikit goyang tp tara apa, tara apa, janji hasilnya sedap

(ada x mcm ayat Bob Lokman Judges RajaLawak:D)


Untuk pulut tu:

- Rendam 2 cwn beras pulut selama 1 jam atau lbh.

- Bersihkan dan toskan.

- Masukkan dalam loyang dan gaulkan dengan santan yg telah dicampur garam. Qtynya agak2 beras tu bersanta nsemuanya, kira ok la. Kukus.

- Selepas 30 minit dikukus, keluarkan pulut. Jika masih tidak masak, gaulkan lagi dengan santan tadi. Kukus semula.

- Setelah masak, sejukkan pulut.


Untuk menyediakan pulut panggang:

- Layurkan daun pisang atas api terlebih dahulu (Spy daun senang nak digulung dan tidak pecah)

- Ambil sepotong (agak2 la saiznya ye)dan letakkan ±2 sdb pulut di atasnya. Ratakan.

- Letakkan serunding ikan ditengah2nya dan gulung kemas.

- Sematkan dengan tooth-pick di hujung setiap daun pisang tadi.

- MJ bakar atas kuali leper. Senang.


Nota : Serunding ikan ni blh cari kat Giant/Carre4. Mak kan jenis nak senang hehehe beli instant je.

Home-made choc (Basic)

Untuk tidak mengecewakan Puan Fiza, MJ sertakan resepi asas untuk menyediakan homemade choc. Harap2 berpuashati ye.

Bahan2nya:
300g coklat
1sdb hazelnut paste
kekacang (badam, gajus, hazelnut, walnut dll) - bakar dulu. Klu guna kismis pun blh tp x yah la bakar hehehehe

Caranya:
1. Cairkan coklat dan campurkan dengan hazelnut paste. Gaul rata.
2. Masukkan campuran tadi dalam piping bag.
3. Picit separuh dari ketinggian mould coklat.
4. Letakkan kekacang dan penuhkan baki mould dgn campuran coklat tadi.
5. Sejukkan dan blhlah dikeluarkan dari mouldnye.
6. Dah siap!

Nota : Untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut dan hands on training, blh la pergi ke kelas2 berbayar seperti berikut:

1. http://chetambiz.blogspot.com/
2. http://www.ita-delight.blogspot.com/
3. http://www.homechoc.com

Wednesday, March 10, 2010

Tempahan Blueberry Cheesetart

Sangat letih melayan tempahan dari colleague DH. Semuanya jenis order last2 minit pastu nak cepat dapat. Meh layan gambar2 tempahan mereka...

Ni tempahan dari k.Rozi, scheduler kat tempat DH keje. So terpaksa gak layan sbb takut dia 'menganiaya' jadual kerje DH hahahaha...x de la gurau je. Request 75 pcs, 15 pcs/box. MJ terpaksa la charge box tu sbb byk sgt dan qty tart x sampai 100pcs pun.

Ni dari workshop floor - order sikit je 24 pcs. Katanya nak layan tekak sambil mengadap TV. Bekas habis so terpaksa la pakai container ni.

Workshop floor lagi - 24 pcs and 15 pcs (ni extra tp bila DH lelong, cepat je org sambar)

Lagi tempahan dari workshop floor - 24pcs x 2...tp lg 1 bekas dok dlm fridge. So wakil je la yg bergambar hehehe..

Memang letih tp seronok...

Tuesday, March 9, 2010

Copyright reserve?

MJ kadang tu bila bosan2 suka gak buat aktiviti 'blog walking' ni. Kadang tu kalau rajin, tinggalkan jejak dan kadang tu lalu je :D. Tp bila dah byk umah MJ pegi, x kira la apa jua blog yg MJ rasa menarik untuk dibaca, atau sekadar tgk gambar2 sahaja, ada jugak image2 yg masih kekal di kepala MJ ni.

Ada pemilik2 blog ni yg juga menjalankan perniagaan online (baking nye cite ek), MJ terjumpa pihak2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil gambar dr blog org lain dan letak di page sendiri dan mengaku turut menyediakan kek/cuppies yg sedemikian sama sedap dan cantik dekorasinya. Sgt tidak jujur menjalankan perniagaan sebegini. Jika ambil dr blog org, mintak izin empunya blog dan tulis la sikit kat blog sendiri gambar tu sumbangan/ehsan dari si Polan, si Polan. Kalau nak lebih jujur, letak la link blog/website pemilik asal berkenaan. Tp ni x, selamba jeeeee...dah 2 blog/FP MJ sembur sbb x jujur menarik pelanggan n MJ jumpa gambar2 asal tu dr blog org lain. X tau malu sungguh. Klu betul dia yg buat, apasal entry tu dah x de langsung, ada tu yg delete semua org lain punya komen lagi...huhuhuhu rasa bersalah ke? kalau betul dia yg buat, knp x balas je komen2 tu. So, kita tau la yg ada 'kek dua serupa' kat mesia yg kecik ni. X gitu?

Sesiapa yg pernah atau biasa merias kek mesti tahu bagaimana jerit-perihnya untuk menghasilkan kek mengikut citarasa pelanggan. Itu la kelebihan pembeli kek/cuppies online ni. Diorg blh request apa sahaja. Sakit kepala gak nak perah idea tambah2 klu jenis ad-hoc order. Lg sakit. Tp kepada 'peniru' itu, jgn la sesedap rasa ambil hasil usaha dan perahan otak org lain tanpa berterima kasih dgn meletakkan sekurang2nya nama pemilik asal dekorasi kek tersebut.

Apa yg aku bebel ni hahahahha...ye sy sgt x puashati dgn mereka2 yg 'melanun' gambar2 dr blog org lain dan mengaku kek sendiri. Dan blog itu, MJ pernah order kek dr dia..

P/S : Sapa2 yg duduk area serdang, sila dtg ke kedai Maulana Sri Serdang dan tgk gambar masakan kat bhgn atas2 papan iklan mereka...apa yg korg nampak? Confirm jumpa gambar siap ada link blog kak Hanieliza tu lg. Nak kira jujur ke apa ni? Sbb tu restoran ok. X tau la mamak tu mintak izin ke x, byr royalti ke x kat kak hanieliza. Selekeh betul! MJ jenis 'laser' ni tanya la mamak tu (ye, sy bkn jenis ckp blkg). "U dah bgtau ke org tu u ambik gambar masakan dia?" Dia sengih je. Eiii selamba sungguh.

Monday, March 8, 2010

Chicken Pie

Hahahaha dah lama buat tp baru sempat nak update. Lama dah pun mintak 'petua' dari Puan Peek A Boo, cemana nak dptkan kulit pie yg rangup n ringan...ha ini jawapannya:

X yah pening2, bersusah2 nak pikir untuk menyediakan menu yg ringkas dan sedap untuk keluarga. Mmg MJ suka. Sambil2 nak basuh pinggan lepas masak tghr, sempat je membakar pie ni. Kebetulan DH plak keje petang. So, dapatlah bekalkan sikit untuknya.

Kulit pastri tu boleh dapat kat kebanyakan giant supermarket - Jusco, Carre4, Giant, Tesco. So no fussy to get this instant pastry okey.

Untuk intinya MJ buat camni je:
Bahan2nya:
a. Bawang besar - potong dadu
b. Setengah peket daging cincang (±250g)
c. Sebiji kentang - potong dadu
d. Carrot - potong dadu (qty agak2 le)
e. Sedikit serbuk lada sulah
f. garam secukup rasa
g. sos tiram
h. 1 sdt tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Cara2nya:
1. Goreng kentang, jgn sampai garing sangat dan asingkan.
2. Tumiskan bawang merah hingga agak layu dan masukkan daging cincang. Jangan biarkan daging bergentel besar. Jadi, cincang2kan masa dlm kuali tu.
3. Masukkan carrot, kentang yg telah digoreng tadi, serbuk lada sulah, sos tiram dan garam.
4. Kacau sehingga agak2 carrot empuk dan masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan inti ini tidak berair sgt ye. Nanti kulit pastri blh pecah.
5. Biarkan inti sejuk seketika.

Meng'pie'kan ia:
1. Ambil sekeping kulit pasti dan isikan inti tadi (±1 1/4 sdb).
2. Lipatkan dan tekan setiap tepi kulit pastri dgn garfu. Pastikan tiada yg terbuka.
3. Sapukan luaran pastry dengan kuning telur. MJ kelar2kan (tp x tembus ke inti tau) luarannya. Saje suka.
4. Aturkan dalam tray yg telah digris dan bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.

Cerita-ceriti balik Pekan

Baru minggu ni MJ sempat mengarang cerita balik ke rumah in-law minggu lepas. Asalnya balik hari sabtu dan pulang ke KL hr Ahad. Tp MIL request stay lg 1 malam. Kebetulan bos MJ x de, outstation. Blh la MJ sambung cuti sampai Isnin. Kesian kat diorg br nak main ngan anak cucu dah sibuk nak balik KL hehehehe.

Sgt panas di Pekan. Sepanjang 3d2n, MJ sakit tekak, sesema n batuk2. Belawan plak ngan MIL batuknya. Sepanjang perjalanan ke Pekan, 2 biji kereta bomba MJ jumpa sedang memadam api di hutan tepi2 jalan. Keadaan panas kering di Pekan ditambah dgn 'kebijaksanaan' mereka yg tidak btggjwb dgn membakar sampah plak secara terbuka. Lagi la sesak dadaku bernafas...

MJ suka balik Pekan ni sbb mewah dgn makanan. Hari pertama sampai je, MJ dah pekena laksa Pahang. 1st time makan. Hmmm nampak lain cara penyediaan. Lebih kurg laksa Penang tp ditumis dan dimasukkan santan pulak. Mee laksanya pula, MIL order laksa gandum. Cemana nak cerita rasa n texture mee ni ye? Lupa plak nak ambik gambar. Maklum le penat br tiba dr KL.

Keesokan paginya, DH belikan sarapan nasi dagang, pulut kuning + rendang ayam. Perghhh sarapan yg mengenyangkan. Tghrnya MJ diamanahkan menyediakan makanan tghr. Puashati tgk FIL makan bertambah hahahaha perasan gue! Menjelang petang, MJ ajak k.long ke rumah beliau utk bw kek yg MJ buat khas untuk adik Danial (anak k.long).

Sebenarnya nak sambut b'day dia kat Melaka masa Raya Haji tahun lepas (ada la org tu last minit terpaksa tukar plan hehehehe). Petangnya ±7pm, kami di bawa oleh k.long my SIL ke pasar malam.

Sampai di pasar malam, wahhhh byknya makanan. Mula la mata rambang, selera x hengat2, mulut dok muncung2 tunjuk mknn :D. Semua nak dimakan dan dicuba. Kalau di Serdang, kuih RM1.20, baru dapat 3 ketul tp di Pekan RM1 Mj blh dpt antara 4-5 ketul kuih dan saiznya besar2. Biasa dgr mee kawah? Ala mee yg masak dlm kuali besar2 tu. Di Serdang, klu sebungkus tu sorg dewasa blh makan, tu pun blm tentu kenyang. Bila kat situ MJ beli la 2 bungkus/mee goreng, 2 bungkus bihun, 2 bungkus kuetiaw untuk dijamu seisi keluarga. Sekali bila bw balik, ha kau..hambik...banyak gile bila masuk dlm pinggan. Makan la kitorg sampai telentang hahahaha! Bising FIL beli byk sgt..haduiii ampunkan patik, patik terbawa2 harga makanan di Serdang:p Malam tu MJ org pertama yg pengsan dulu sbb kekenyangan huhuhu buat malu je.

Esok paginya, k.long + DH (masing2 x tau saling membeli) belikan nasi dagang, nasi kerabu daging salai (perghhh sedapnya daging salai tu. sampai skrg teringinnya nak rasa lagi), laksam, pulut kuning, kuih dll. Banyak sgt mknn pg tu. Semuanya rasa mcm nak ditelan. Tp Mj hanya mampu menghabiskan nasi kerabu daging salai dan kuih kek batik biskut marie sekeping dua. Anak2 adam sedap le melayan pulut kuning. Kenyang sungguh memasing. Selesai sarapan, kami balik KL.

Otw balik KL, singgah plak ke Mentakab melawat anak sedara DH (anak kepada BIL MJ) di rumah mertua beliau. Dah 5 bulan usianya br dpt bersua muka. Sibuk benar mak n bapak sedara dia ye. Sian dia duduk berjauhan dengan umminya. Oh! Sempat la juga MJ menyusukan si Naufal kecik itu...opppsss susu botol ye:) Lebih kurang setengah jam di situ, kami meneruskan perjalanan ke KL.

Ada budak kecik cemburu mama dia pegang baby Naufal..:p

Perjalanan yang lama dan terperuk dlm kereta sgt meletihkan mereka, dan termasuk parents nya hahahaha.


Huh lagi penat nak taip cerita n malas nak teruskan...hahahaha blh gitu ek:)

Tuesday, March 2, 2010

Wang segera as segera as Mee Segera?

Dah lama x membebel kat sini. Asik sibuk melayan dapur je. Hari ni MJ nak berkongsi pengalaman tentang Wang Segera ni. Opppsss bukan nak promote apa2. Cuma berkongsi pengalaman MJ join benda2 mengarut ni semua akibat 'kabur' mata dgn segala mcm salinan cek2 upline.

Cerita initidak ramai yg tahu. Hanya bbrp kawan opis (yg tolong cover line bila terpaksa gi tempat2 tertentu:D), adik MJ sahaja, husband of course n 2 of my close friend. MJ telah ditipu sebanyak RM48k! Satu jumlah yg agak banyak bg org yg kurg berkemampuan seperti saya. Penat dah nak nangis, turun naik Kementerian dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bank dll. Puncanya, ayat pancing mereka, "tak perlu modal, x perlu jual barang, dlm tempoh 3 bln confirm blh dpt keuntungan. PERCAYA LA KAT SAYA, KAK"

Waaa sapa x nak duit bln2 dpt RM15k masuk account kan. Si 'makhluk' pompuan ini pun tidak menerangkan secara jelas apa sbnrnya yg diorg dagangkan. Katanya, akak sign dulu, lepas tu nnt br kita cerita lebih sikit, br seronok. Apa yg diminta adalah, salinan slip gaji, bil elektrik klu x salah. Masa tu sy memang x terfikir itu semua adalah benda2 yg diperlukan utk submit loan. Sbb apa yg MJ fikir tu semua adalah syarat utk menjadi ahli. Setelah 'FORM KOSONG' diberikan kepada MJ, Mj sign semuanya tanpa membaca secara detail apa syarat2/perjanjian dlm borg tu. Ala korg pun klu sign borg2 ni ada ke nak baca bahasa2 law yg berjela2 tu. Masa tu MJ mmg kering, x terfikir langsung yg semua tu adalah borg sebuah koperasi yg agak terkenal di kalangan penjawat awam. Semua loan blh dipohon melalui agen sahaja, client tidak perlu dtg. Lg la MJ x tau sbnrnya 1 loan selama 10 tahun telah dibuat di atas nama MJ dimana total amount + interest yg perlu dijelaskan sehingga 10 tahun adalah RM 108 xxx dan tidak boleh buat settlement dlm tempoh 3 tahun!

Apabila salinan surat dari koperasi berkenaan sampai, Mj terduduk terus. Rasa mcm nak mati pun ada, nak gila pun ada. Knp ada manusia yg sanggup menganiaya MJ yg langsung tidak tahu apa jua tujuan segala borg yg ditandatangan, salinan2 slip gaji yg diberi.Masa tu mmg x tau nak buat apa? Blur, sedih, tension, geram..hanya kerana percaya kepada seorg sahabat, perempuan, islam dan penjawat awam juga.

MJ x mahu cerita detail sgt di sini. Cuma mengingatkan kepada rakan2 semua dan ahli keluarga ku yg lain, jgn terjebak dgn drama wang segera ini. Rezeki kita telah ditentukan oleh-Nya. Jadi bersyukurlah dgn nikmat kurniaan yg diberikan. Tiada rezeki datang menggolek jika usaha tidak disertakan sekali.

Skrg ni bila ada kawan2 call ajak join MLM la, log in FB hari2 dpt RMxxx la, sms je Rmxx masuk account la, Mj rasa cam nak marah pun ye gak. Tp nak marah pun, bukannya mereka tahu cerita ini. Cuma rimas utk menolak dan x akan terjebak lagi. Insya-Allah.

Kepada suami MJ, terima kasih atas sokongan, bantuan dan kemaafan yg diberikan 5 bln yg lalu. Doakan saya sentiasa dilindungi dr niat jahat manusia & syaitan. X tau dah nak berterima kasih macam mana lagi sebab selamatkan saya:(