Wednesday, February 25, 2009

Asparagus + shitake mushroom

Masakan yg sgt simple. Buat malam tadi. Boleh tukar dengan sayur2 lain - kailan, pak choy dll. Cuma konsep masak dan ramuan je sama. Masakan ini lebih kurang cara masakan cina. Tuang oyster sauce n pakai bwg putih je. Ramai dah tahu cara masakan ni kan..x pe kita share utk mereka yg blm tahu ye..Chef2 diluar sana jgn berbunyi plak okey..Jom intai cara n bahan2nya ye:

Bahan2:
Seikat asparagus (potong ikut cara memasing. Bhgn yg keras x perlu ambil)
4/5 butir shitake mushroom - belah 4 (kalau guna yg kering, rendam 1 jam. Yg fresh, x perlu la rendam)
2 ulas bawang putih (ketuk/cincang)
3 sdb sos tiram
1 1/2 sdt tepung jagung (bancuh dgn 3 sdb air)
1 cwn air (Kalau nak berkuah sgt, blh lebihkan air)
1/2 ketul kiub ayam
*optional - blh tambah capsicum/cili merah/cili hijau - potong kiub - utk menaikkan seri warna masakan kita)

Caranya :
- Celur asparagus n cendawan - tos dan asingkan
- Tumis bawang putih, bila dah agak kuning, masukkan 1 cawan air + 1 sdb sos tiram. Kacau seketika.
- Masukkan sayur2 (asparagus + cendawan + capsicum) tadi, gaul sekejap.
- Keluarkan sayur sahaja n letak dlm inggan hidangan. Biarkan kuah tinggal di dalam kuali.
- Masukkan baki sos tiram + kiub. Rasa, kalau kurang masin, baru lah ditambah garam. Jgn bubuh garam awal2 sbb kiub ayam can balance the salty taste.
- Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh tadi. Kacau agak likat sedikit.
- Curah atas sayur. Siap!

*Utk sayuran yang agak pahit seperti kailan, blh la dilebihkan sos tiram/kib untuk mengurangkan rasa pahit tersebut ketika makan. Cara di atas lebih sesuai untuk mendapatkan hasil masakan yg nampak fresh n daun sayur tidak nampak terlalu layu. Makan pun dah x de zat kan kalau sayur di masak terlalu lama..So, cuba la.

2 comments:

myza said...

mushroom butang kee..ok ok

Mamajenn said...

button mushroom ngan shitake lain..kalau myza biasa makan sizzling mee ke, yee mee ke, yg hot-plate menu kat food court tu biasanya diorg letak cendawan ni la. Dia ada dijual dlm bentuk kering n basah. Try cari kat eng hong..ada kot.