Sunday, March 1, 2009

Banana yogurt cake

Tekak tetiba teringin sgt nak makan kek. Dah lama x buat operasi baking-membaking nih. Nama asal kek ni "Banana Walnut Yogurt Cake". Tapi rasa macam x suka nak makan walnut, aku ganti ngan almond...Ok gak la...x yah la tukar nama kan..nama tu pun dah cukup panjang..Boleh le cuba!!Sumber : Blog CMG

Bahan-bahannya:
100g mentega
90g gula perang
2 biji telur + 1 sdt esen vanila - pukul sedikit
320g pisang + 1 sdb jus lemon - lecek halus
125ml yogurt biasa ( aku guna yogurt mix berries)
1/4 cawan cincangan walnut/almond (panggang dulu)
130g tepung gandum*
60g tepung ek*
1 sdt soda bicarbonate*
1 1/4 sdt serbuk kayu manis*(x letak pun sbb x suka)

(*) - gaul dan ayak bersama

Cara menyediakannya:
1. Putar mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kembang. Pada kelajuan sederhana, masukkan pisan yang telah dilecek dan yogurt. Putar sebati.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Tuang dalam acuan yang telah digrease dan alas.
3. Taburkan walnut/almond tadi.
4. Bakar pada suhu 175°C selama 55-60 minit. (oven aku dalam 160°C, 45-50 minit). Uji bahagian tengah kek. Kalau dah masak, keluarkan dari acuan.

Nota : Kalau guna almond, guna yg telah dicincang sbb jenis strip tu susah sikit bila nak potong. X kemas la bila kek tu nak dipotong2.

3 comments:

myza said...

hmm..nampak cm kek ni dikukus jek..xnmpak cm bakar? oh bukan en bakar yer..

Shima Sulaiman said...

huaaa percaya la, kek ini mmg dibakar..uhuuuuu sob sob sob. Tp yang penting, sedap tu...

myza said...

ye ye iyee saya percayee.. hehehe