Thursday, March 26, 2009

Bakal 'ditabalkan'!!!!

Setelah hampir 8 bulan aku berkhidmat dengan Universiti Putra Malaysia sebagai staf kontrak, akhirnya aku diserapkan ke jawatan TETAP dan BERPENCEN. Ada sesetengah member sekursus dengan ku yang menjadi staf berstatus kontrak hampir 6/7 tahun..ada yg sampai 10 tahun tau! Perghhh kagum aku diorg sanggup duduk lelama kat tempat yg x pasti lagi kedudukannya mcmana. Alhamdulillah, setiap ujian hidup itu pasti ada rezeki terselindung disebaliknya. Aku redha meninggalkan bidang kegemaranku setelah berjuang hampir 7 tahun di situ. Ini antara plan yg aku buat bbrp tahun dulu, semasa masih berkerja di Sony...Dengan x-bos ku, En.Annuar la yg aku kongsi segala perancangan masa depanku...bosan member dgr cita2 aku...kekekeke..Pak, yang penting x kluar dr Serdang;D

Antara perkara uatama untuk disahkan jawatan adalah menghadiri Kursus induksi, selama 2 minggu, syok gile. Banyak pengalaman baru ditimba disamping memasang 'kabel2' di fakulti2 dan institut lain hehehe..ishhh penting tu..Selama 2 minggu juga la bosku, Prof. Hanafi x senang duduk bila PA dia x de...aku dgr asik miss meeting je..ceh! baru tau kepentingan aku di opis...kunun..

Kursus kami bukan setakat duduk kat dalam UPM je, ada jugak lawatan dan aktiviti luar diadakan..antaranya lawatan Cik Kiah ke Parlimen Malaysia. Merasa la kitorg masuk Dewan Rakyat yang sedang bersidang..blh tgk dengan dekat 'Penentang Raja2 Melayu' yg OKU tu dengan dekat, pastu 'pendakwah' wanita kita yg aku malas nak cakap byk..entah la...tgk je la keseronokan kami dapat naik bas UPM hahahaha...bukan selalu..
Minggu sebelum tu kami dibawa ke Ladang UPM di Puchong. Di situ kami 'didera' untuk menangkap ikan keli dalam kolam..guna jala la..Group kami berjaya mengangkat keluar seekor ikan keli aku rasa sebesar 'LENGAN EN.BOB'. Besar gile..masa dalam kolam tu, terpijak2 ikan2 tu...geli sungguh tp kesian..masa masuk tu aku x mo pikir badan dia licin macam En. Ulau...mau pengsan sblm cecah kaki dalam air tu. Kami juga diajar cara memegang ikan keli untuk mengelak terkena bisa dan tidak terlepas dek badannya yg licin tu. Hasil tangkapan kami semua dijual semula kepada peserta kursus. RM3/kilo. Aku x beli pun sbb x sampai hati nak siang ikan tu..Inilah wajah2 bakal staf berstatus TETAP & BERPENCEN. Sebab x dapat surat dari JPA lagikan, so didoakan semuanya berjaya dalam kursus induksi dan peperiksaan perkhidmatan baru2 ini (23-25 mac 2009)..Seronok sangat la sbb semua mcm sekepala walaupun berbeza umur, pengalaman dan jawatan..sporting gile..

2 comments:

myza said...

va vaa.. bravo0..hope all the best for youuu~!

Shima Sulaiman said...

Insya-Allah and may God bless me in all the way to achieve my gold. Amin