Saturday, March 28, 2009

Carrot cup cakes

Wah lamanya x mem'baking'. Sampai naik kebas tangan lama x menyukat2 tepung..Ni sume gara2 bulan2 STRESS ku yg lepas, penuh dan sarat ngan mcm2 event n program. Huh! letih dan sangat mengganggu hormon ku. So, utk melepas geram, lepas makan malam tadi aku memulakan operasi bersama2 chef2 'cilik'ku..bukan sebab x menang tgn sbb bendanya dah siap, tp x menang tangan menangkis dan menepis tgn2 kecil itu yg kekadang aku rasa nak gigit je..eiii geram..jom layan gambar2 ini...buat la senang je..

wakakakaka benci betul tgk 'kununnya-carrot' tu sbb x de pewarna kuning, pastu bentuk mcm cili..bila mama ckp ngan kimi, tu carrot, kimi tengok je muka mama..hahaha dia pun tau tu bukan bentuk dan ciri2 carrot..kimi konon tolong buat, tp habis dimakannya 'carrot jadian' itu..

Sumber : MR skyblue

Bahan2nya:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3/4 sdt baking powder
1/2 sdt nutmeg (aku x bubuh pun sbb x suka)
1/4 sdt serbuk cinnamon (pun x bubuh sbb x suka)
secubit garam
1 cawan lobak merah yang diparut (toskan seketika)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnuts yg dicincang

Cream cheese frosting (part yg x menang tangan menepis tangan Kimi..gile punya suke ngan cheese anak bujangku ini!)
2 cawan (160g) gula icing
120g cream cheese
1 sdt lemon butter atau kulit lemon yg diparut
perahan sebelah potongan lemon (ni aku tambah sendiri)
sedikit pewarna hijau (ni pun aku tambah ikut suke aku hehehe)

Lobak merah (hiasan): aku guna instant fondant je

Cara2nya:
1. Panaskan oven (Oven aku 160°C). Lapiskan loyang muffin dengan paper cup, ketepikan.
2. Ayak dan masukkan semua bahan2 kering kecuali walnuts ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan lobak merah, telur dan minyak. Pukul sehingga sebati. Masukkan walnuts dan kacau sehingga rata.
4. Isikan paper cup tadi dengan 3/4 penuh bancuhan. Bakar selama 20-25 minit.
5. Sementara itu, sediakan cream cheese frosting. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga creamy. (Aku guna mesin je)
6. Bila cup cake dah sejuk, hias la ikut suka dengan cream cheese frosting dan letakkan carrot jadian korang..dah siap...

Lihatlah donia...kulihat hijauuuuu..

5 comments:

sehati sejiwa said...

a'ah la makngah..bukan nampak cam carot..cam nampak cili padi yang kak imah tanam kat umah tok midah..wahhahaha...patut kimi tak setuju ...hahahah/..

myza said...

ini carrot ke terung atas cupcake tuh?Akakakka..patut la kimi tenunggg jee

Shima Sulaiman said...

huhahuha...tu la tgn ni keras lagi..pastu nak cepat siap punya pasal. Main belasah je buat dgn barang2 yg x cukup...ni percubaan pertama kaklong & myza wehh...tahun depan mesti boleh bentuk dragon fruit pulak hahahahha

chomeldvery said...

x pe..cubaan, janji dh mula exercise jari jemari...nnti dh biasa, mulalah kuar idea canggih manggih...itu carrot zaman 2020..heheheheh... xpe..ambil feel dulu..heheheh keep it up!!!

Shima Sulaiman said...

ala malunya ngan pakar sorg ni hehehe..susah jugak rupanya ye nak bentuk benda2 x berapa hidup ni..otak memang kena cool gila bila buat...tp klu dah nak cepat siap je, mmg camtu la hasilnya hehehhe