Saturday, March 28, 2009

Spageti Bolognese

Lama dah x buat makanan peberet abg Kimi ni. Petang tadi hujan ribut siap petir2 lagi kat sini, perut memasing berkeroncong. Tgk dlm fridge semua barang ada. Tomato ambik kat luar rumah je..(nnt i tell u dr mana tomato tu dtg)

Resepi ni guna bahan2 instant je. Mudah dan ringkas. Yang penting masa dgn keluarga tu sgt2 berharga..jgn lama sgt di dapur..xkan nak 'berchenta' dgn dapur je kan..so, let's find the recipe....

Spageti
- Rebus mengikut arahan pada bungkusan.
- Toskan dan gaulkan dengan sedikit butter utk mengelakkannya dr melekit2 sewaktu serving.

Bahan kuah
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
bbrp hirisan batang saderi
2 keping daging burger dipotong dadu kecil2
1 botol sos spageti (aku guna yg ada mushroom brand Kimball, ada cop halal :) )
*kalau beli sos yg dah dicampur mushroom, x perlu tambah button mushroom yg dihiris nipis2. Kalau guna yg Traditional br tambah button mushroom ye.
1 sdk rempah Spagethi Bolognese*optional

Cara penyediaanya:
- Tumis bawang besar dengan minyak yg sedikit sehingga agak layu.
- Masukkan daging burger dan kacau lagi sehingga daging masak. Air lemak daging tu akan keluar sekali, jadi tak perlu minyak yg byk semasa menumis. sakit jantung nnt!
- Masukkan sos spageti dan campurkan 1/2 botol air ke dlm periuk tadi. Jumlah air tu ikut la kepekatan kuah yg korg suka.
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan rempah spageti.
- Rasa kuahnya, tambah garam jika perlu. Sapa2 yg suka kuah lbh masam, bolehlah tambahkan 2 sdb tomato puri.
- Boleh la dihidangkan terus dengan spageti tadi..Mudahkan, potong2 dan campak2 je.

2 comments:

myza said...

alamal..preego halal x eh??

Mamajenn said...

dah lama x guna sejak dapat info meragukan...tp ikut memasing punya pendapat la. Takut nak ckp lebih2, kang kena sita plak blog akak ni hehehehe