Wednesday, March 25, 2009

Kuah dal + roti canai

Perghhh dekat 3 hari gak aku gantung kuali n keyboard gara2 mengadap buku perkhidmatan awan. 3 hari peksa, macam nak weng dah kepala..so hari ni nak lepaskan rindu dendam kat pc kekekeke...

Kali ni aku nak share cara2 buat kuah dal. Roti canai tu aku beli instant je...tp insya-Allah bukan diuli pakai kaki yeee..resepi ni kutip kat MR dan hanya satu2nya resepi kuah dal ni. Meh tengok..aku C&P je..malas nak menaip..Tks s_shamen for the recipe..memang syok..

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
Sedapnya x hengat wehhhh!!!

No comments: