Monday, March 16, 2009

Kek coklat sponge

Resepi ni dapat dari member sony. Nama dia kitorg panggil Kak Ala..atau nama manja bila di 'match'kan dgn saudara Anuar, ia bertukar kepada Dek Lang Abg Nuar. Kak Ala ni orang India tapi sgt fasih berbahasa melayu dan pandai sungguh memasak. Bapa mertuanya bekas ketua pengiring peribadi Sultan Pahang, katanya la. Sekarang ni tak tau la apa cite ngan akak tu...Dgr khabar ambik VSS. Ok ni resepi kek tu..Bahan2nya:
4 biji telur
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air sejuk
1 cawan minyak mazola (minyak masak biasa pun boleh)
1 1/2 sdk soda bikarbonat
2 sdk esen vanila
1/2 cawan serbuk koko

Cara2nya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan susu cair, air sejuk, minyak mazola dan esen. Gaulkan.
3. Ayak bersama - tepung gandum soda bikarbonat dan serbuk koko. Campurkan dalam bancuhan telur tadi. Gaul sebati.
4. Bakar selama 55minit, 160°C (ikut oven aku la ye) atau sehingga masak.

Utk menambahkan kelembapan dan menyedapkan kek. Curah la ganache. Bawah ni ada sample ganache yg agak mudah utk dicuba:

Resepi 1 (Dari my c's-Along)
1 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
sehiris butter untuk mengilatkan ganache tersebut.

Caranya:
masukkan semua bahan tersebut dalam periuk kecuali butter. Kacau atas api sederhana sehingga semua bahan sebati. Tututp api dan masukkan butter, kacau sehingga butter mencair. Curah atas kek.

Resepi 2 (Dari Chef Norzailina)
200g cooking chocolate
1/2 cawan koko powder
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
sedikit gula pasir
sedikit tepung gandum untuk memekatkannya

Caranya:
- Masukkan semua bahan dan masak atas sederhana.
- Masukkan tepung untuk memekatkan larutan


*Kalau bubuh bancuhan ganache begini, lebih sedap disejukkan semalaman kek tersebut. Ia akan lebih meresap dalam kek dan kek akan jadi lebih moist. Kek ni buat hari tu untuk bekal SIL balik hostel dia. X tau nak bg apa hehehe...

7 comments:

Nuar said...

ooooo...ghindu lah tu dengan Kak Lang dio tu...he he he

Ummi Arissariz said...

hai shima...rajinnya masak..

Shima Sulaiman said...

x-bosku: eh terasa ke...jgn la nagis. tau la dah dok jejauh..nnt sy suruh dia kirim maruku kat abg nuar hahhaha

Norul: memang rajin tp x pandai :p..wah jauh merantau ek...

myza said...

wah ade intan cite bwh balik choc cakes..dia kata sdappp..erm yg ganache norzailina tu yg slalu kite buat tu ek.tp resepi kek ni mcm snng ajo.tah bile nk smbung try buat kek.skg dh malasss..laki takdo.

Shima Sulaiman said...

aah ganache tu la...akak copy terus kat sini takut resepi dia hilang..memang simple je resepi ni..ala buat la x kisah la laki ada ke x de kat cc. Nnt bila dia balik, terus dah terer buat..intan cite? mesti dia komplen boring ikut kitorg sbb terlepas sesi bermandi-manda. Dia layan tido mcm x de esok2...kesian nak kejutkan hahahahha

myza said...

aiseyh..aritu masa bg intan,guna ganache mana satu?dia ckp sedap bangat..risau plak nk try..takut xsesedap kakipar intan buat..huhu~erm yg resepi chef norzailina tu-tepung bukan utk pekat,rasanya sama je kepekatan.cuma tepung tu menukar warna ganache lebih terang.mungkin kalau letak tepung ubi/jagung kot baru jadi lebih "leidueet"-bahasa org pekan.hahaha~..pastu resepi ni letak air sejuk tu -AIS ke? dulu masa kita wat dark choch cake tu guna air panas kan?ape bezanya?lebih moist guna air sejuk ke??TQ sifUU kek~

Shima Sulaiman said...

1. masa buat utk intan tu, akak guna ganache yg guna serbuk koko tu. Pastu biar lelama supaya dia meresap dlm kek. So, kek akan jadi lembab. 2. Setahu akak tepung tu dia akan melikatkan coklat yg kita cairkan. Tp x tau la klu function dia lain sebenarnya. Terang tu maknanya berkilat ke? Klu berkilat sbbnya kita tambah sedikit butter dlm coklat dah cair tu.
3. Air sejuk tu, air biasa je. Room temp.
4. Air sejuk vs air panas hmmm eden kurang periksa plak..tp bukan tu sbb kek akan moist rasanya. nnt den tanyo cikgo2 den yg lelain yo..