Tuesday, March 10, 2009

Ikan cencaru sumbat bakar

kenapa tajuk tu mcm terbalik je...ikan cencaru sumbat bakar ke, ikan cencaru bakar sumbat ke, sumbat ikan cencaru bakar ke, cecaru bakar sumbat ikan ke hahahahhaha tp korg paham la kan...fenin aku susun perkataan ni..Ni dah tahap malas nak pikir masak apa..kebetulan dear hubby keje, so buat cukup2 utk kami 3 beranak je..

Hasil agak terhangus sikit sbb berlari-larian masa masak...susah tul nak masak kalau anak bujangku masing2 angin x betul..apa2 pun syedap....

Bahan sumbat ikan:)
1 ekor ikan cencaru sederhana besar (belah belakang jgn putus)
2 biji bawang merah
1 1/2 biji cili merah
secubit garam
sebelah kelapa parut

Cara:)
- Belah belakang ikan dan bersihkan. Sapukan serbuk kunyit dan garam pada luaran ikan. Ketepikan.
- Tumbuk lumat bawang merah, cili masak, garam.
- Campurkan kelapa parut dan gaulkan dengan bahan2 ditumbuk tadi.
- Sumbatkan dibelakang ikan dan bakar.

Bahan untuk air asam:)
1/2 cawan air asam jawa pekat
sebelah bawang besar - potong dadu
3/4 biji cili api - hiris halus
sebelah tomato - potong dadu
sedikit belacan
gula dan garam (kuantiti garam mesti sikit dr gula)

Caranya:
- Masukkan gula dan garam dalam air asam jawa. Kacau sehingga gula larut. Air asam tu seeloknya suam. Cepat sikit gula larut.
- Masukkan semua bahan2 lain dan kacau sambil tekan/tenyeh2kan bahan2 tu semua.
- Rasakan dan tambah la apa yg kurang.

4 comments:

Nuar said...

Shima bole letak nama......Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama Kambing.....he he he.
Kalu kambing tu dok bersimpung pakai tudung saji....lagi cun.....

Shima Sulaiman said...

hahahaha senget tul..mana ada org cakap 'simpung'. Simpuh ada la..ni bhs melayu UK ye...tu le lama sgt kawan ngan pembekal beras itu:)

Nuar said...

tu ler....huruf 'g' dok sebelah dgn 'h'.........sekali tekan keluar 'g' daaaa.....

Shima Sulaiman said...

hahahhahahaahampeh