Menu yang sedap tp tersangat la byknya step..apa2 pun sgt berbaloi la sbb org tua ku itu suka lak makan..meh la cuba..aku malas nak taip balik. Kopipes je dari blog tukang masak termasyur di alam cyber ni - K.Hanieliza...mintak izin ye share ngan kengkawan n suku-sakat..
Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula
Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa
Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.
NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.
2 comments:
memang sedap ..kalu maklong n tok..ratah camtu jer muahahaha..cuba la wat kerabu kacang kelisa taruk sotong ..pergh..!!
akan dicuba kaklong...bln2 pose nnt menu2 camni la yg plg best..
Post a Comment