Monday, August 17, 2009

Terung goreng sambal

Aku sebenarnya suka menu ni tp memang x reti nak buat..korang yang dah pro mesti ckp, ala ni pun nak refer blog org ke....hahahhahaha suka la - tekak aku, perut aku, blog aku huhuhuhu sikit punya kejam ayat tu..ok kali ni dari blog secubitgaram, k.nor, t'ganu..sgt mudah n cepat nak disediakan..cubalah..

Malas nak taip punya pasal...aku C&P je ye tuan-tuan n puan-puan...
Cara-caranya:D

2-3 Terung panjang

1 tangkai cili merah (ikut selera nak tmbh cili api)*

2 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

segenggam udang kering* (aku buat x de la sampai segenggam)

1 sudu belacan*

Perasa-Garam dan gula secukupnya

Limau Kasturi-Ketika menghidang


Bahan-bahan:D

Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.

Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering.

Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahan2 sekata.Kecilkan sedikit api..

Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa.

Apabila terung sudah lembut, (sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan..


Sonang yo...

No comments: