Monday, August 24, 2009

Makan-makan dan jalan2 sebelum pose

Rabu lepas (19 Aug) aku ambik cuti kebetulan ada hal di KL. Alang2 cuti, apa lagi panjang le langkah aku ditambah pulak en.Asben yg 'sudi' menjadi driver ke sana-sini.

Selepas settle urusan yg penting sgt tu, aku ajak en.Asben merayau kat Sogo. Gigil mak tengok bunting2 n banner2 yg digantung di sana-sini...sumanya Sale!. Woh bertambah miang le kaki mak nak menjelajah ke setiap pelosok kedai. Sib baik la H1N1 tengah hebat, so mendapat larangan dari Paduka Baginda - only @ Sogo's ground floor okey! Baju anak2 je...Baju mak ayah kemudian nnt. Grrrr geram betul..

Tp x pe, puas gak dapat membeli baju2 utk anak2 Adam. Beli pun main agak2 je sbb x berani la nak bawa diorg kat public. Nanti kalau nak bawa gak kena la pikir cemana nak suruh Ami pakai mask. Kimi ok je, Ami x tau la cemana nnt.

Selesai di situ, kitorg gerak nak balik. En.Asben tanya nak lunch kat mana. Teringat la pulak janji manisnya dulu nak bawa makan ikan bakar kat Jln. Bellamy (belakang Istana Negara). Kononnya sedap sgt kat situ. Bila dah membelok ke lorong itu, umang aiiii ramai eiii umat manusio..mano nak parking ni..nak kena paking haram ke cemana...sib baik la akhirnya berjaya gak mendapatkan parking.



Disebabkan ramai sgt org, aku malas la nak meredah manusia2 yg ramai itu, ditambah plak panas menyengat2 atas kepala. So, kitorg pilih kedai yg paling awal sekali kitorg blh sampai hehehehe..Kat situ ada gak dijual lauk2 nasi campur. Ikan bakar tu setakat tambahan je.

So, menu kitorg simple je - ikan pari bakar+ pencicah, ayam panggang, ulam2an, sambal belacan, air memasing la kan. Pada aku masakan dia boleh la, nak kata best sgt tu x la. Harga x ingat plak berapa tp rasanya berbaloi sgt kat situ sbb aku ingat aku ada ckp, ok la harga dia. Sapa2 yg nak mencuba selera di situ, boleh la dtg ye..weekend x sure plak buka ke x..

No comments: